Monday, December 19, 2011

Siasat Melayu Bertengkolok Kahwin Sejenis !





BANGI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata siasatan akan dibuat berhubung penyebaran gambar di Internet yang mendakwa seorang lelaki Melayu 'berkahwin' dengan lelaki warga asing di luar negara. "Kita akan siasat kerana kadang-kadang kita pun tidak tahu siapa kerana ada rakyat negara lain pun pakai tengkolok juga. "Jadi, kita tidak tahu adakah itu penggambaran atau peristiwa sebenarnya.  Kita tengoklah dulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini. Akhbar hari ini melaporkan sebuah laman web menyiarkan gambar perkahwinan sejenis lelaki yang memakai baju Melayu hitam, bersamping serta tanjak warna emas dan bertengkolok, dipercayai berlangsung di sebuah gereja. 

No comments:

Post a Comment