Menteri KPT mengamuk, Timbalan Menteri pulak didesak letak jawatan !
Tindakan sekumpulan ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menurunkan bendera yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berdemonstrasi menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dimansuhkan di Kuala Lumpur, semalam adalah satu perbuatan biadab.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perbuatan tersebut amat tidak bertanggungjawab dan siasatan perlu dilakukan terhadap pelakunya.
“Ini adalah satu tindakan biadab, reaksinya kita tengok pada kesannya. Selain itu, kalau demonstrasi ini melibatkan kerosakan harta awam, penuntut yang terlibat kena bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan.
“Kita nasihatkan kumpulan penuntut terbabit supaya tidak lakukan sesuatu yang boleh menyinggung pihak lain,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Komuniti Pasir Gudang dekat sini, hari ini.
ASPIRASI desak Saifuddin Abdullah letak jawatan !
Kekecewaan yang sama diluahkan oleh Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah.
Beliau kesal dengan sikap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang didakwanya berdiam diri apabila bendera yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digantikan dengan bendera Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas).
"Aspirasi membantah sekeras-kerasnya tindakan mahasiswa kerana tindakan tersebut dapat mencetuskan huru-hara.
"Alasan yang diberi Saifuddin kononnya beliau kebetulan mendapat jemputan itu dalam masa yang singkat dan tidak perasan insiden menurunkan bendera itu, adalah tidak berasas sama sekali," katanya.
Mohd. Shahar berkata, pihaknya bersama para mahasiswa dan alumni universiti akan mengadakan perhimpunan aman di depan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya pada Rabu ini, pukul 2.30 petang untuk menunjukkan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri.
pejuangmelaka - Belajar adalah kewajipan.Belajar kenal diri sebelum melakukan sesuatu. Demontrasi menurunkan bendera adalah tanda kebodohan mahasiswa yang bakal di lahirkan. Ingatlah sahabat dunia bagai roda jangan sesekali menghina seseorang esok kalian akan dihina !
Salam Perjuangan !
No comments:
Post a Comment