Merdekalah Jiwa Bangsaku!
Selamat Hari Kemerdekaan Bangsa Malaysia ! Elok rasanya kita mengenang sejenak
sejarah dan perjuangan nenek moyang kita sebagai iktibar untuk
semua.Tidak dinafikan lagi teramat perit dan jerih mereka berjuang dalam
menuntut kemerdekaan, namun lebih perit lagi bagi kita generasi kini
dan mendatang untuk mengisi erti kemerdekaan itu.
Kesultanan Melayu Melaka yang gah selama 110 tahun musnah dan tumbang
dalam masa 10 hari saja oleh Portugis. Selepas itu kita dijajah oleh
kuasa-kuasa asing silih berganti. Sifat mementingkan diri sendiri,
dengki khianat dan perpecahan sesama sendiri adalah punca kelemahan dan
jatuhnya Empayar Melayu.
Kuasa-kuasa asing dari dulu hingga kini amat mengidam untuk menakluki
tanah melayu, kerana bumi yang kita pijak ini kaya dengan emas, bijih
timah, bijih besi dan subur untuk tanaman getah, kelapa sawit dan
sebagainya.
Oleh kerana bimbang kuasa raja dan orang melayu hilang, pada tahun 1909
raja-raja melayu telah mencadangkan kepada British agar ditubuhkan satu
pasukan tentera yang terdiri dari orang-orang melayu.Untuk mengambil
hati raja-raja melayu, maka pihak British bersetuju menubuhkan Rejimen
Askar Melayu pada 1 Febuari 1933, itupun selepas mengambil masa berpuluh
tahun. Apakan daya, hanya 25 orang anak melayu yang terpilih dari 100
orang calon untuk menjadi rekrut pertama Askar Melayu.Walaupun pada
namanya Askar Melayu, tetapi mereka telah dilatih oleh Pegawai tentera
British.
Percubaan pengambilan rekrut askar melayu tahun 1933 telah meyakinkan
Pihak British untuk menambahkan lagi bilangan anggotanya lalu mereka
telah menubuhkan sebuah Rejimen Askar Melayu yang terdiri daripada 150
orang anggota pada tahun 1935.
Diantara mereka yang terawal memasuki Rejimen Askar Melayu ialah Adnan Saidi pada
umur 18 tahun, yang kemudiannya dinaikkan pangkat dengan pantas kerana
kecemerlangannya kepada pangkat Leftenan. Beliau adalah satu-satunya
Askar Melayu yang diberi kepercayaan untuk terlibat dalam pembarisan
memberi hormat dalam upacara pertabalan King George VI di London. Ketika
di sana, Leftenan Adnan telah dihadiahkan sepasang Uniform Tentera
British oleh King George, Raja England yang baru.
Rupa-rupanya 2 batalion askar melayu yang ditubuhkan oleh British hanya
untuk dijadikan perisai pertahanan untuk menangkis serangan tentera
Jepun dalam Perang Dunia Kedua, itu saja.Ternyata penubuhan Rejimen
Askar Melayu yang disyorkan oleh Raja-Raja Melayu, hanya memberi manfaat
kepada British bukan sebaliknya.Satu batalion askar melayu ditempatkan
di Pantai Cahaya Bulan Kelantan untuk menyekat kemaraan tentera Jepun
dan satu batalion lagi diletakkan di Bukit Candu Singapura.
Sayang seribu kali sayang, kita kehilangan seorang perwira melayu tulen
seperti Allahyarham Leftenan Adnan Saidi. Beliau mati syahid dalam
menentang musuh tanahair di Bukit Candu. Sesetengah orang tua
berpendapat mengapa British meletakkan pasukan askar yang diketuai oleh
Leftenan Adnan di Bukit Candu adalah kerana mereka tahu pasukan askar
melayu itu akan berperang dengan bersungguh-sungguh dengan memperjudikan
nyawa mereka demi tanahair mereka dan Bukit Candu adalah merupakan kubu
terakhir British di Tanah Melayu.
Tentera British sangat licik dengan menjadikan pasukan askar melayu
sebagai benteng manusia, iaitu jika tentera Jepun menyerang Bukit Candu,
mereka akan dapat melarikan diri melalui Pasir Panjang dan jika mereka
diserang di Pasir panjang, mereka akan meloloskan diri mereka melalui
Bukit Candu. Mereka sendiri tidak yakin dengan tentera British, India,
Australia ataupun Sikh yang meyertai mereka kerana bumi Melayu bukanlah
tanahair mereka untuk dipertahankan sehinggakan terpaksa menggadaikan
nyawa.
Kalaulah Raja-Raja Melayu telah diberikan kuasa untuk memilih dan
membentuk pasukan askar melayu, saya berpendapat Jepun pasti akan
dikalahkan dengan mudah. Ambil contoh pertempuran di Pasir Panjang ,
Askar Melayu dibawah pimpinan Leftenan Adnan telah berjaya mengalahkan
tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur , tetapi atas
arahan Jeneral A.E Percival, mereka telah diarahkan berpindah dan
mempertahankan Bukit Candu. Ia sebenarnya adalah satu muslihat, untuk
memudahkan semua tentera British melarikan diri dan mengosongkan markas
di Bukit Candu ke Alexandra! Kalau dikira, tidak ada apa-apa pun yang
penting di Bukit Candu untuk dipertahankan oleh askar melayu, kalau ada
pun hanya ada sebuah Kilang candu milik British di atas bukit tersebut.
Arwah Leftenan Adnan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir
bersama anggota-anggota askar melayu lain yang berjiwa kental dan berani
di Bukit Candu. Mereka berjuang dengan laungan takbir Allahuakbar !.
Amat sedih bila mengenangkan pasukan askar melayu yang benar-benar
berani itu hanya menjadi benteng untuk British.
Bila mereka terkepung dan kehabisan peluru, Leftenan Adnan ditangkap,
dipukul dan diikat pada sebatang pokok ceri sebelum ditikam dengan
bayonet di perutnya oleh Leftenan Renya Mutuguchi. Mayat arwah ditikam
bertubi-tubi dengan bayonet dan pedang oleh anggota-anggota tentera
jepun yang berdendam atas kematian rakan-rakan mereka ditangan pasukan
Leftenan Adnan sebelum itu . Akhirnya mayat arwah Leftenan Adnan yang
telah hancur robek itu dibakar pula.
Kuasa British dalam mencengkam tanah melayu sekian lama hanya
dihancurkan oleh tentera Jepun dalam masa 69 hari saja! Jeneral
Yamashita telah mengotakan janjinya sehari lebih awal setelah berjanji
dihadapan Maharaja Jepun untuk menakluk Tanah Melayu dalam masa 70 hari!
Apa rahsia kejayaan tentera Jepun? Anda semua sudah maklum….jawapannya ialah : semangat juang Kamikaze tentera Jepun … Kesungguhan dan perjuangan jihad Leftenan Adnan dan pasukannya di Bukit candu juga tidak kurang hebatnya. Tentera melayu sebenarnya masih belum diuji dalam ertikata sebenar berperang, berdepan di medan juang.
Apa rahsia kejayaan tentera Jepun? Anda semua sudah maklum….jawapannya ialah : semangat juang Kamikaze tentera Jepun … Kesungguhan dan perjuangan jihad Leftenan Adnan dan pasukannya di Bukit candu juga tidak kurang hebatnya. Tentera melayu sebenarnya masih belum diuji dalam ertikata sebenar berperang, berdepan di medan juang.
Sejarah yang lalu banyak mencatatkan bahawa kekalahan biasanya akibat ditipu oleh musuh.
Bukannya kita sudah lupa bagaimana beraninya tentera Selempang Merah pimpinan Kiyai Salleh untuk menghapuskan seluruh cina komunis di bumi Johor setelah Cina Komunis beberapa kali melanggar perjanjian damai melayu-cina .Lupakah kita bagaimana cina komunis yang diketuai oleh Ah Seng membunuh pegawai daerah Batu Pahat iaitu Ismail dan selepas itu membunuh pula Qadi daerah Batu Pahat iaitu Tuan Haji Abdullah kerana marah Qadi itu tidak melarang orang melayu islam berkumpul dan sembahyang berjemaah di Masjid seperti yang pihak komunis mahukan. Setelah mengetahui akan kemarahan Kiyai Salleh dan tindakan yang akan diambil , mereka sangat gerun terutamanya yang tinggal di Batu Pahat dan Muar, malah ada cina komunis yang lari masuk ke hutan semula. Kiyai Salleh digelar “malaikat maut” dikalangan komunis!.
Bukannya kita sudah lupa bagaimana beraninya tentera Selempang Merah pimpinan Kiyai Salleh untuk menghapuskan seluruh cina komunis di bumi Johor setelah Cina Komunis beberapa kali melanggar perjanjian damai melayu-cina .Lupakah kita bagaimana cina komunis yang diketuai oleh Ah Seng membunuh pegawai daerah Batu Pahat iaitu Ismail dan selepas itu membunuh pula Qadi daerah Batu Pahat iaitu Tuan Haji Abdullah kerana marah Qadi itu tidak melarang orang melayu islam berkumpul dan sembahyang berjemaah di Masjid seperti yang pihak komunis mahukan. Setelah mengetahui akan kemarahan Kiyai Salleh dan tindakan yang akan diambil , mereka sangat gerun terutamanya yang tinggal di Batu Pahat dan Muar, malah ada cina komunis yang lari masuk ke hutan semula. Kiyai Salleh digelar “malaikat maut” dikalangan komunis!.
Nasib baik ada Dato Onn yang ketika itu menyandang jawatan Pegawai
Daerah yang baru menghalang niat Kiyai Salleh untuk menyerang cina
komunis di Batu Pahat. Kata-kata Dato Onn telah melembutkan hati Kiyai
Salleh berbunyi :
“ Wahai Salleh, aku diamanahkan oleh Sultan Johor (Sultan Ibrahim)
untuk mewujudkan perdamaian di Batu Pahat.Sekiranya kamu tidak mahu
mendengar cakap aku sebagai pegawai daerah di sini, maka bunuh saja
aku.Aku rela korbankan nyawa aku , kemudian kamu buatlah apa-apa sahaja
yang kamu suka”.
Sepatutnya orang cina komunis perlu berterima kasih banyak kepada Dato
Onn dalam hal ini kerana jika tidak, sudah pasti seluruh bangsa
cina-komunis akan dihapuskan di bumi Johor, atau mungkin ia akan merebak
ke seluruh tanahair kerana ketika itu pun perjuangan jihad Kiyai Salleh
telah mendapat sokongan yang padu dari orang-orang melayu terutamanya
di Batu Pahat dan Muar.
Sejarah bercerita kepada kita, pejuang dan pendekar sufi melayu tidak
pernah kalah berjuang dari dulu hingga sekarang… Tok Janggut, Mat Kilau,
Datuk Bahaman , Dol Said , Si Bongkok Tanjung Puteri, Datuk Siamang
Gagap dan ramai lagi pejuang disebut PENDERHAKA oleh penjajah untuk
membelenggu jiwa anak cucu mereka.Oleh itu sehingga kini jiwa kita masih
belum merdeka dalam erti kata yang sebenar.
Bila diteliti sejarah rupanya Moyang Leftenan Adnan yang bernama Alang
adalah berasal dari Pagar Ruyung , menetap di Naning dan pernah berjuang
menentang penjajah bersama Dol Said. Dalam perang Naning Pertama orang
melayu menang keatas tentera British setelah dibantu oleh orang-orang
Rembau dan Seri Menanti. Namun dalam perang Naning kedua pada tahun
berikutnya, tentera British dapat mengalahkan orang melayu Naning kerana
mereka berjaya memujuk dan memperdaya orang-orang Rembau dan Seri
Menanti untuk tidak membantu Naning.Dol Said ditipu lalu menyerah kepada
British. Setelah dijanjikan pangkat Penghulu dan diberi pengampunan.
Alang tidak bersetuju untuk menyerah diri kepada British lalu mengambil
kesempatan untuk melarikan diri bersama isterinya dari Gunung Pasir ke
Kampung Repah.Anak mereka bernama Mukmin adalah ayah kepada Kahar. Kahar
inilah pahlawan melayu yang digelar Datuk Siamang Gagap. Dialah
pahlawan yang memimpin angkatan perang Seri Menanti menentang Inggeris
dalam Perang Bukit Putus.Dalam perang ini mereka kalah kerana Inggeris
telah dibantu oleh pasukan Datuk Kelana Sungai Ujung yang ramai. Datuk
Siamang Gagap masih tidak mahu menyerah kalah lalu berpindah ke Kampung
Juaseh dalam daerah Jempol. Dari daerah itu seorang anaknya berpindah
dan mudik ke Sungai Beranang lalu menetap di Sungai Ramal dan
menyembunyikan identiti dan asal usul mereka kerana tidak mahu diburu
oleh Inggeris. Dia adalah ayah kepada Saidi, datuk kepada Leftenan
Adnan.
Cerita bangsat tentera Jepun bukan tamat setelah berjaya membunuh
Leftenan Adnan, mereka pergi pula ke kampung Sungai Ramal untuk
menangkap bapa Leftenan Adnan, iaitu Pak Saidi. Jeneral Yamashita begitu
berdendam dengan Leftenan Adnan kerana dikatakan adik kandungnya maut
dirodok dengan bayonet oleh Leftenan Adnan.Walaupun Pak Saidi tahu
tentera Jepun datang untuk menangkapnya dan orang-orang kampung sudah
puas memujuknya untuk bersembunyi atau melarikan diri, namun darah
pejuang yang mendidih ditubuhnya tidak mengizinkan cucu kepada Datuk
Siamang Gagap itu untuk berganjak atau berundur walaupun setapak. Malah
dia telah bersedia menanti kedatangan tentera Jepun dengan hanya
berbekalkan sebilah keris pusaka. 5 orang tentera Jepun maut dibaham
kerisnya, manakala 15 orang tentera Jepun cedera parah. Oleh kerana
bilangan tentera Jepun yang lengkap bersenjata terlalu ramai, Pak Saidi
akhirnya tewas jua oleh peluru tembakan tentera Jepun.
Itulah lembaran cerita pilu sebuah keluarga dan keturunan pejuang tulen.Pak Saidi gugur sebagai pejuang setelah 2 orang anaknya iaitu Adnan dan Ahmad yang juga seorang tentera gugur terkorban.
Itulah lembaran cerita pilu sebuah keluarga dan keturunan pejuang tulen.Pak Saidi gugur sebagai pejuang setelah 2 orang anaknya iaitu Adnan dan Ahmad yang juga seorang tentera gugur terkorban.
Sempena menyambut Hari Kemerdekaan , saya berseru dan mengajak semua
orang melayu yang beragama islam, agar dapat bersatu padu dan berkasih
sayang semula. Hentikanlah permusuhan sesama kita.Marilah kita
merdekakan jiwa kita dan kita bina semula Empayar Melayu Islam.
Hayatilah lagu “Setanggi Kasih” ini untuk mengisi jiwa merdeka! Padamkan
permusuhan, hindari kejahatan dengan satu kebaikan, agar bangsa melayu
kita bangkit kembali mebina sebuah empayar melayu islam yang terkemuka!
MARI KITA NYALAKAN,
SETANGGI KASIH YANG MEWANGI..
DI SELURUH SEMESTA,
PADA SEPANJANG KEMBARA...
KITA AKAN TEMUI,
BUNGA-BUNGA KEBAIKAN,
HULURKAN SALAM,
BERSYUKUR KEPADA TUHAN...
HINDARI KEJAHATAN,
DENGAN SATU KEBAIKAN,
AGAR KAU KAN RASAI,
ERTI KEMANISAN IMAN,
INI SETANGGI KASIH,
DI PERSADA CINTA TUHAN,
SUBURKAN CINTA KITA SESAMA INSAN...
TIADA SELAIN TUHAN,
BERKUASA MENDAMAIKAN,
TIADA SELAIN TUHAN,
YANG DAPAT MENYATUKAN INSAN,
PASTI KAU TEMUI NANTI,
DURI-DURI PERMUSUHAN,
HADAPI SEGALANYA,
DENGAN KESABARAN...
DAN TEMPUHILAH RINTANGAN
DENGAN KEYAKINAN...
MARI KITA PADAMKAN,
NYALAAN BENCI YANG MEMBAKAR,
DI SEPENUH BUANA,
PADA SELURUH MANUSIA...
KITA AKAN SEDARI,
TITIK-TITIK PERSAMAAN,
TABURKAN DAMAI,
BERSYUKUR KEPADA INSAN...
TIADA SELAIN TUHAN,
BERKUASA MENDAMAIKAN,
TIADA SELAIN TUHAN,
YANG DAPAT MENYATUKAN INSAN,
PASTI KAU TEMUI NANTI,
DURI-DURI KEJAHATAN,
HADAPI SEGALANYA,
DENGAN KESABARAN...
DAN TEMPUHILAH RINTANGAN
DENGAN KEYAKINAN...
HINDARI KEJAHATAN,
DENGAN SATU KEBAIKAN,
AGAR KAU KAN RASAI,
ERTI KEMANISAN IMAN,
INI SETANGGI KASIH,
DI PERSADA CINTA TUHAN,
SUBURKAN CINTA KITA SESAMA INSAN...
HULURKAN SALAM,
BERSYUKUR KEPADA TUHAN...
Salam Kemerdekaan …..
No comments:
Post a Comment