Saturday, September 22, 2012

Jangan Bermain Dengan Api BACILE !



Sehingga kini identiti SAM BACILE masih lagi menjadi tanda tanya, ada juga yang menyatakan bahawa sam bacile adalah Nakoula Basseley Nakoula, berdasarkan penglibatan lakonan anaknya iaitu Abanoub Basseley, yang berusia 21 tahun dalam filem pendek Innocence of Muslims.

ISLAM tidak mengajar akan kekecohan dan huru hara kerana ISLAM bukan agama sedemikian. Benar kita perlu merasa Terguris dan Marah dengan sikap biadap "mereka" tetapi bukan bermakna kita perlu bertindak sehingga memudaratkan orang lain yang tidak punya kaitan.


Rasulullah s.a.w dalam hadisnya beliau bersabda ‘Kami ini diperintah untuk bijak dalam menyelesaikan masalah dan untuk bijak dalam menuntut hak dalam masalah yang kita hadapi.'

"It is not strange for a civilization which holds nothing sacred (besides the Holocaust) to make fun of the Prophet of Islam – may God’s peace and blessings be upon him. The buttons are once again being pushed and Muslims’ feelings are hurt. Consequently, some are angrily lashing out and harming innocent people in their ignorance. However, this is only further distorts the image of Islam which was the intention of those who made that evil film. Let us, instead, follow the prophetic way, and convey the message of Islam positively and with greater vigor, while patiently bearing the harm of our enemies."- Dr. Bilal Philips
Apakah terdapat agenda tersembunyi disebalik isu ini? Adakah ia akan dijadikan "TIKET" oleh Amerika (Israel) bagi memerangi Ummat ISLAM dan sekaligus menakluk negara ISLAM dengan hanya beralasan Ummat ISLAM bersikap GANAS a.k.a Terrorisme (kononnya) dan merbahaya.
Apapun sehingga ke saat ini, Amerika masih mengiktiraf "Kebebasan Bersuara" dan ia bukannya menjadi satu kesalahan.




PENGARAH filem berketurunan Israel Amerika, yang menetap di California, mula menyembunyikan diri selepas filem terbarunya, yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW, menerima protes daripada umat Islam seluruh dunia.Bercakap kepada pemberita di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan, penulis dan pengarah, Sam Bacile terus berdegil dengan mengatakan agama Islam seperti satu barah dan menyatakan filemnya itu ialah sebagai satu sentimen provokatif politik dengan tujuan mengutuk ajaran agama Islam.

Berikutan penerbitan filem itu, Duta Amerika ke Libya, Christopher Stevens terbunuh dalam protes berhubung filem keluaran negara itu, semalam.

“Filem ini ialah sebuah filem politik,” kata Bacile.

“Amerika mempunyai banyak duit dan banyak orang berperang di Iraq dan Afghanistan tetapi saya berperang dengan idea,” tambah Bacile.

Bacile yang merupakan seorang ejen hartanah percaya filemnya itu akan dapat menerangkan kepada rakan-rakan seagamanya tentang kekurangan agama Islam kepada mereka.

Menurut Bacile, 56, filem yang memakan masa selama dua jam itu, yang berjudul Innocence of Muslims, melibatkan kos pembikinan sebanyak A$5 juta (RM15.3 juta) serta memperolehi dana daripada 100 bangsa Yahudi.

Penerbitan sebanyak 12 karikatur Nabi Muhammad SAW dalam sebuah akhbar di Denmark pada 2005 turut mencetuskan protes di kebanyakan negara Islam.

Walaupun Bacile berasa kesal dengan insiden pembunuhan itu, dia menyalahkan pihak kedutaan di Libya yang tidak mengetatkan kawalan keselamatan sehingga perkara seperti itu boleh berlaku.

“Saya merasakan sistem keselamatan di sana tidak cukup ketat dan kita patut berbuat sesuatu untuk mengubahnya,” kata Bacile.

Menurut konsultan kepada filem itu, Steve Klein, Bacile berasa risau dengan keselamatan ahli keluarganya yang menetap di Mesir walaupun Bacile enggan mengakuinya.

Menurutnya lagi, Klein berjanji untuk membantu Bacile menerbitkan filem itu tetapi sudah memberi amaran kepadanya dengan berkata, “awak bakal menjadi Theo van Gogh yang seterusnya.”

Van Gogh merupakan seorang pengarah Belanda yang dibunuh ekstremis Islam pada 2004 selepas menerbitkan sebuah filem yang mencemarkan kesucian agama Islam.

“Saya memang sudah jangkakan perkara seperti ini akan berlaku,” kata Klein.

Filem itu dihasilkan dalam tiga bulan pada musim panas tahun lepas, melibatkan seramai 59 pelakon dan 45 krew produksi. 

No comments:

Post a Comment