Pejuangmelaka lihat
setelah "diversion tactic" Pakatan GAGAL mengalih isu kepincangan
pentadbiran dan skandal Bayan Mutiara serta Air di Penang dan Selangor,
Pakatan terdesak mengubah persepsi rakyat melalui provokasi. Hebat
tahap hebat provokasi yang dilakukan sekarang
1- Bas Anwar disimbah cat heboh dicanang satu dunia
2- Bas Barisan disimbah cat di Georgetown tak heboh berita hanya diterima dalam akhbar The Star
3 -Kita lihat ada pihak sengaja main PROVOKASI utk menghuru harakan negara
4-Sebagai
ilmuan Islam jika bertindak melulu dgn provokasi maka akan kucar
kacirlah negara . Terkini ialah provokasi pengawal keselamatan Anwar
mengacu pistol ke atas orang awam seolah olah nyawa Anwar dalam bahaya.
Ingatlah rakyat Malaysia dan PDRM tak bodoh. Jika Anwar luka tercalar
sedikit pon maka segala "blame game" akan dihempap ke atas Pentadbiran
Najib dan Barisan Nasional. Kerajaan tidak bodoh untuk mengapa apakan
Anwar Ibrahim. Jadi tujuan apakah pistol tersebut diacukan selain dari mengubah persepsi rakyat kononnya nyawa Anwar yang terancam?
5- Pejuangmelaka tak
tolak kemungkinan kes simbah cat pada bas Anwar dan kes baling selipar
dalam masjid di Kedah mungkin ditimbulkan oleh agen yang bekerjasama
dengan pihak musuh negara utk membikin huru hara- ingat kejadian Benazir
Bhuto mati ditembak dan selepas itu Asif (suaminya) menang pilihanraya
Pakistan maka berkuasalah negara Amerika ke atas Pakistan.- Modus
operandi Negara Musuh Islam itulah "nyawa agennya boleh
dilupusgunakan utk menaikkan momentum kebencian rakyat kepada pemimpin
sedia ada ". Rujuk CIA-linked-to-benazir-bhutto-s-assassination
."The assassination of Bhutto is similar to that of the Lebanese Prime Minister Rafik Hariri. In the case of Hariri, it was done to try and destabilize the Lebanese government and to also put pressure on Syria to withdraw its military forces from Lebanon, leaving Lebanon defenseless for a planned military strike, supported by the United States, against Hezbollah and Lebanon's infrastructure. Inside the intelligence community the blame was directed at the Israeli Mossad and the CIA, and that Henry Kissinger was also involved "- rumormillnews.
Pejuangmelaka meminta ILMUAN ISLAM utk fikir dgn rasional-seeloknya banyakkan doa dan
jangan masuk dalam kancah fitnah.... dan secara tak langsung menjadi
alat kepada musuh....ini pesanan saya
Bas Barisan Nasional disembah cat di Georgetown-tak pulak bising satu dunia nak jumpa IGP - |
Bas Barisan Nasional disembah cat di Georgetown boleh dibaca lanjut di antarapos
Bandingkan dengan tindakan yang sama ke atas Pakatan dah nak jumpa IGP?
Saya kemukakan pemerhatian saya kepada
seorang ilmuan Islam tentang perkembangan terkini di mana para ulama
partisan (yang berparti) pula cepat cepat mempertahankan tindakan
partinya . Ini ulasan beliau-
"Saya tidak menolak segala kebarangkalian tersebut.Sudah lama saya perhatikan ; antara yang jelas dapat kita perhatikan ialah kebanyakan institusi-institusi fundamental negara seakan-akan ada cubaan untukk merosakkannya. Wibawa institusi agama seperti majlis-majlis fatwa & jabatan-jabatan agama dipertikai wewenangnya & direndah-rendahkan. Begitu juga dengan institusi perundangan, polis, & macam-macam lagi. Sebab itulah dari dulu lagi saya konsisten dengan usaha ke arah penyatuan umat kerana inilah yang diajar & dididik oleh para guru saya samada dari bumi Yaman mahupun bumi Mesir. Mufti Bosnia pernah berpesan bahawa agamawan perlu tahu politik tapi tidak perlu masuk dalam mainan politik. Itulah yang saya pegang. Berbalik kepada senario politik negara kita yang tercinta, saya juga merasakan sedemikian iaitu seakan-akan ada tangan luar yang cemburu dengan kemakmuran negara kita cuba untuk mencetuskan suasana yang tegang. Kalu kita lihat, ulama-ulama kita yang neuteral menyeru kepada perpaduan. Ini ubat yang mujarab untuk membendung virus-virus jahat. Malangnya tidak mendapat sambutan dari agamawan yang berada dalam parti politik ataupun yang pro-partisan tertentu. Ini satu kerugian yang amat besar buat umat Islam Malaysia pada pandangan peribadi saya. Masyarakat akan kompius. Yang ini ustaz..yang itu pun ustaz juga..macam mana ini? Fenomena ini boleh menjauhkan masyarakat dari agama. Mereka mungkin akan fed up dengan sikap agamawan yang berpolitik partisan ini. Sekarang pun sebenarnya sudah kelihatankesannya. Sementara berpeluang, janganlah sudah terhantuk baru terngadah. Saya akui yang saya juga seorang yang berjiwa patriotik. Saya tak rela negara saya dihuru-harakan. Sudah banyak saya tanyakan kepada orang-orang politik ini tentang dakwaan-dakwaan mereka terhadap kerajaan. Kesimpulan yang dapat ialah semuanya lebih kepada mencipta persepsi bukan realiti. Agama ajar bahawa dakwaan perlu dengan bukti. Saya berpegang dengan hukum. Kalau dakwaan tanpa bukti tak boleh dipakai bahkan yang mendakwa itu juga kelihatan bermasalah. Politikus tanah air kita suka berpolitiking sepanjang tahun. Lebih suka berpolitiking dari membangunkan negeri & negara.
pejuangmelaka - Bersatulah Bangsaku !
No comments:
Post a Comment