Ramai
yang berang dengan sikap keterlaluan puak-puak yang
bukannya meraikan Hari Kemerdekaan, tetapi memperlekeh dan menghina
sambutan tersebut. Dalam himpunan 'Janji Demokrasi' yang diadakan
pada malam Merdeka bertindak mengenepikan
Jalur Gemilang dan sebaliknya sebuah bendera baru mirip Indonesia dan
Singapura 'diperkenalkan'. Terdapat juga risalah yang diedarkan untuk
mengajak rakyat mengubah Jalur Gemilang kepada bendera baru itu.
'Khianat' terhadap negara ini menjadi bukti pupusnya
patriotisme di dalam diri mereka.
Jika
kita menyusuri usaha puak-puak ini, kita akan mendapati bahawa mereka
ada mewujudkan blog dan portal, buku dan risalah yang bertujuan mengubah
sejarah negara ini, terutama mengenai Kemerdekaan. Matlamat mereka
ialah mempertikai peranan pejuang-pejuang Melayu serta mengiktiraf
peranan komunis dalam perjuangan kemerdekaan. Mereka telah
menghina askar-askar Melayu, Cina dan India serta orang-orang awam yang
telah terkorban dalam pertempuran atau dibunuh kejam oleh komunis.
Bukan sejarah
mengenai komunis dan kemerdekaan sahaja yang ingin diubah mereka, tetapi
juga semua sejarah yang memaparkan pengkhianatan dan kekejaman mereka,
contohnya 13 Mei juga, cuba diubah atau dipadam terus. Secara teknikalnya, sejarah Singapura ditulis kembali
seolah-olah ia adalah sebuah pulau yang tidak bertuan, tidak pernah
ditemui atau dihuni oleh sesiapa sebelum Raffles.Kisah
bagaimana Temasek, iaitu nama lama Singapura, telah menjadi pelabuhan
penting sejak kurun ke 14 ditutup, mungkin kerana ingin memadamkan terus
nama-nama yang menunjukkan bangsa penduduk asal seperti Sang Nila
Utama, Parameswara atau Iskandar Shah, iaitu Raja terakhir Temasek.
Adalah penting bagi PAP untuk menghapuskan nama-nama atau jejak-jejak
peradaban atau ketamadunan Melayu lama bagi memberi mereka 'tapak' dan
alasan untuk 'menjajah' dan menindas kaum Melayu.Sedarlah bahawa
matlamat mereka untuk mengikut jejak langkah Singapura dengan
menenggelamkan sejarah Melayu lama bukanlah cakap-cakap kosong.
Sesungguhnya, mereka telah lama berusaha ke arah itu, dengan dibantu
oleh Melayu-melayu pengkhianat.
pejuangmelaka-Bersatulah Bangsaku !!!
No comments:
Post a Comment