Monday, November 26, 2012

Dong Zhong Anti Perpaduan !


Imej
Dong Zong buat hal lagi. Jumaat 9 november 2012, satu iklan telah disiarkan di dua akhbar berbahasa Cina yang dominan iaitu Sin Chew Daily dan Nan Yang SIang Pau.

Terjemahan Bebas:
SURAT DARIPADA DONG ZONG KEPADA RAKYAT
Negara kita ialah sebuah Negara yang mempunyai pelbagai kaum, bahasa, kebudayaan serta agama. Namun, Selama ini kerajaan telah mengabaikan hak yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kepada semua kaum untuk menggunakan bahasa ibunda. Kerajaan telah melaksanakan dasar pendidikan satu aliran secara jangka masa panjang yang tidak selaras dengan keadaan Negara kita. Sejak <Laporan Tun Razak 1956> yang mengemukakan dasar pendidikan yang berorientasi “satu bahasa, satu jenis sekolah”, dasar-dasar pendidikan Negara yang seterusnya seperti laporan pendidikan, akta pendidikan dan pelan pembangunan pendidikan juga tidak dapat dipisahkan daripada pemikiran untuk mencapai matlamat utama tersebut. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang baru diumumkan turut mempunyai konsep yang sama dan lebih dipergiatkan.
Pelan tersebut masih terus berpegang kepada dasar pendidikan satu aliran dan meminggirkan sekolah rendah Cina dan sekolah rendah Tamil sebagai matlamat utama. Pelan tersebut mencadangkan sekolah rendah Cina dan Tamil menggunakan sukatan, buku dan cara mengajar subjek Bahasa Melayu yang mempunyai standard sama dengan sekolah rendah kebangsaan, Oleh itu, masa belajar Bahasa Melayu di sekolah telah ditambah secara ketara sehingga 570 minit setiap minggu. Ini akan menyebabkan struktur sukatan pelajaran di sekolah rendah Cina dan Tamil menjadi tidak seimbang dan ini akan menjejaskan matlamat untuk menggunakan  bahasa ibunda dalam pengajaran.
Pelan tersebut bertujuan untuk mempopular dan meningkat kualiti pendidikan, namun tindakan ini adalah tidak adil kepada sekolah agama dan SMPC serta mengabaikan janji kepada sekolah menengah kebangsaan dan sekolah katolik. Tindakan ini juga menafikan sumbangan SMPC terhadap pembangunan Negara dan sengaja mengecualikan ia daripada arus pendidikan Negara.
Pelaksanaan pelan pembangunan pendidikan tersebut mencabuli prinsip pendidikan yang adil, dan ini tidak menguntungkan pembangunan pendidikan pelbagai kaum dan bahasa serta menghalang perpaduan dan masyarakat yang harmoni, dengan ini kita harus tegas untuk membantah pelaksanaannya.
Sekarang, pendidikan bahasa etnik menghadapi krisis, dan cara perjuangan yang selama ini tidak berkesan. Dong Zong berpendapat bahawa kita harus menggabungkan semua kuasa daripada pelbagai pihak dan lapisan masyarakat untuk mengambil tindakan yang lebih praktikaldemi menyampaikan hasrat kita untuk melindungi dan membangunkan pendidikan bahasa etnik. Oleh demikian, kami akan menganjurkan “Perhimpunan aman 1125” pada 25 November 2012, jam 11 pagi di Padang Timur, AmCorp Mall, Petaling Jaya untuk bersatu kuasa daripada pelbagai kaum, pelbagai lapisan masyarakat, pelbagai parti politik, persatuan-persatuan dan badan-badan NGO  untuk membantah Pelan Pembangunan Pendidikan yang dapat mengugat pembangunan pendidikan bahasa ibunda dan perpaduan kaum. 

pejuangmelaka-Bersatulah bangsaku !!!

Thursday, November 22, 2012

Jarum Yahudi di Tanah Melayu



Indonesia tidak akan bertoleransi (berhubung) tindakan negara lain yang mengancam kedaulatan, termasuk melanggar batas sempadan. ”Tidak ada kompromi soal kedaulatan,” menurut Jurucakap Presiden, Julian Aldrin Pasha, Selasa (11/10/2011).

Hubungan Indonesia (dan Malaysia) kembali panas. Setelah sekian lama, dua buah negara serumpun-seakidah ini kembali dihangatkan dengan isu nasionalisme yang sama sekali tidak ditekankan oleh  ulama-ulama Melayu dahulu. Kesnya perkara kecil, namun luar biasa bagi pihak nasionalis, yakni permasalahan sempadan Camar Bulan di Sambas yang didakwa telah diceroboh oleh Malaysia.

Kita harus membuka mata bahawa konflik antara Malaysia dan Indonesia ini tidak terjadi dengan sendirinya. Ada unsur-unsur pemicu api yang mengakibatkan asap (kebakaran) besar. Persoalannya siapakah pemetik api itu? Muslim? Tidak, kerana kita hanyalah korban.

Prof. Dr Dato’ Nik Anuar Nik Mahmud dari Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersetuju bahawa wujud campurtangan pihak luar dibalik perseteruan kedua-dua negara serumpun Muslim ini.

Dalam memoir buku Thomas Raffles dinyatakan, Barat harus memastikan bahawa alam Melayu ini lemah. Bagi melemahkannya, Raffles telah mengusul dua buah strategi.
  1. Imigran-imigran asing dibawa masuk ke alam Melayu (Nusantara) supaya wilayah ini tidak menjadi kawasan Melayu, melainkan (kawasan) majmuk (orang-orang China dan India dibawa masuk).
  2. Memastikan bahawa Raja-raja Melayu di Semenanjung Tanah (ﺕ) Melayu (ﻡ), Sumatera, Jawa dan sebagainya, tidak mengambil para ulama Arab menjadi penasihat mereka. Justeru, tujuan asal mereka sememangnya untuk memisahkan dunia Arab dengan Melayu.
Bersatunya antara Malaysia dan Indonesia membentuk Imperium Islam Melayu inilah yang sangat ditakuti oleh Zionisme. Mereka sedar bahawa bangsa Melayu berpotensi kuat dalam membangkitkan (semula) Islam dari tenggara Asia, maka oleh itu jalur ini harus dihabisi, walau dengan apajua caranya.

Pengalaman bangsa Indonesia yang begitu mudah diadu domba adalah kunci yang selalu mereka (zionisme) pegang sejak dari zaman devide et impera. Selain itu, kita juga harus faham bahawa Thomas Stamford Raffles sendiri adalah seorang ahli pertubuhan Freemason. Menurut Th Stevens dalam bukunya Gerakan Freemasory - Raffles pada tahun 1813 telah dilantik sebagai mason bebas di bantara “Virtutis et Artis Amici”. “Virtus” merupakan suatu bantara sementara di ladang Pondok Gede di Bogor.

Kawasan ladang tersebut dimiliki oleh Wakil Suhu Agung Nicolaas Engelhard. Di situ Raffles dinaikkan pangkat menjadi ahli (gezel), dan hanya sebulan kemudian dinaikkan menjadi meester di lodge “De Vriendschap” di Surabaya.
Raffles pula yang mendirikan Singapura moden yang kini menjadi pangkalan Israel di Asia Tenggara. Agen-agen Zionis melalui Singapura adalah penghasut sebenar dalam mengeruhkan hubungan sesama Muslim Melayu. Kebanyakan perasuah dari Indonesia juga menetap di Singapura setelah merompak wang rakyat Indonesia. Mereka tidak mahu memerterai perjanjian ektradisi dengan Indonesia semata-mata untuk melindungi golongan perasuah kerana golongan tersebutlah yang membawa banyak wang ke Singapura.

Singapura adalah sekutu Zionis. Ingatlah apa yang dikatakan oleh Lee Kuan Yew pada teman rapatnya diperingkat pimpinan kerajaan yang juga menteri pertahanan Dr Goh Keng Swee, ketika diperingkat awal pembentukan The Singapore Armed Forces (SAF) :
“Kita mesti memastikan kehadiran Israel tidak diketahui umum, supaya tidak mendatangkan tentangan dari orang Islam yang tinggal di Malaysia dan Singapura”.
Sedikit terjemahan maklumat berkaitan penubuhan SAF yang dipetik daripada laman sesawang Indiadefence[http://www.indiadefence.com/SingAF.htm]  : 
14. Ini adalah masalah Singapura. Penduduk pulau yang kecil ini 670 kilometer persegi (Israel 30 kali lebih luas) majoritinya berbangsa Cina, dan mereka berada diantara dua negara Islam iaitu Malaysia dan Indonesia. Sehingga 1965, Singapura masih lagi sebahagian Malaysia. Pada tahun tersebut British mengambil keputusan untuk keluar dari jajahannya ke timur Terusan Suez. Dalam proses yang pantas Singapura dipisahkan daripada Malaysia.

15.Singapura mengisytiharkan kemerdekaan pada 9 Ogos 1965. Dan pada masa tersebut ia hanya mempunyai dua rejimen infantri, yang telah ditubuhkan dan diketuai oleh pegawai British. Dua pertiga tenteranya bukannya penduduk Singapura, dan pemimpin mereka tidak yakin dengan kekuatan tenteranya. Menteri Pertahanan, Goh, menghubungi Mordechai Kidron, bekas duta Israel ke Thailand untuk meminta bantuan. Kidron tiba di Singapura dalam beberapa hari bersama Hezi Carmel dari Mossad. “Goh memberitahu kita hanya Israel, negara kecil yang dikelilingi negara umat Islam, dengan tentera yang kuat, boleh membantu mereka membina tentera yang kuat, tentera yang dinamik”, menurut Carmel. Kedua-dua orang Israel menemui Lee, yang menulis “beritahu Keng Swee untuk menunggu dulu sehingga Lal Bahadur Shastri, Perdana Menteri India, dan Presiden Nasser dari Mesir membalas surat saya untuk membentuk tentera Singapura”.

16.Adalah tidak pasti samada Lee percaya India dan Mesir mampu atau berminat untuk membentuk tentera Singapura. Ramai Israel percaya ianya adalah taktik semata-mata. Selepas beberapa minggu India dan Mesir mengucapkan tahniah diatas kemerdekaan mereka tetapi tidak menawarkan bantuan ketenteraan. Lee mengarahkan Goh untuk mengubungi terus pegawai Israel.

17.Pada masa yang sama, sejurus laporan oleh Kidron dan Carmel, pertahanan Israel menghantar bantuan ketenteraan kepada Singapura. Dalam perbincangan yang dikendalikan oleh Ketua Turus Yitzhak Rabin, dengan kehadiran Timbalan Ketua Turus dan Pengarah Bahagian Operasi , Ezer Weizmann, telah diputuskan untuk melantik Major General Rehavam Ze’evi, ketika itu Timbalan Bahagian Operasi, bertanggungjawab untuk membina tentera Singapura. Ze’evi (digelar”Gandhi”) melawat Singapura secara rahsia dan memulakan persiapan sekembalinya. “Gandhi ingin membentuk tentera Singapura yang ideal, sesuatu yang kita tidak buat disini”, menurut Carmel. “Dengan tidak membentuk Kementerian Pertahanan dan Staf Jeneral, Gandhi mencadangkan organisasi bersepadu, struktur yang lebih ekonomi. Jadi tidak akan ada terlalu ramai jeneral dan terlalu sedikit askar biasa”

18. Ze’evi melantik Elazari, yang bekerja dibawahnya dalam Bahagian Operasi, sebagai mengetuai kumpulan pembentukan. Lieutenant Colonel Yehuda Golan, ketika itu mengetuai divisyen armor (dia bersara dari tentera Israel berpangkat brigadier general), ditambah dalam kumpulan tersebut. Beberapa ahli kumpulan “menumpukan dalam persiapan untuk membina kem tentera”, menurut Golan. Pada mulanya mereka mereka menghasilkan buku “Brown Book,” berkatian doktrin peperangan, kemudian buku “Blue Book,” mengenai pembantukan Kementerian Pertahanan dan badan perisikan. Brown Book telah diterjemah ke Bahasa Inggeris dan dihantar ke kerajaan Singapura. Pada Oktober 1965, perwakilan tentera dari Singapura tiba di Israel.

Berbalik kepada isu sebenar yang dibincangkan - untuk mengalihkan isu ini dari perhatian rakyat Indonesia, mereka akan cuba mencari isu lain agar rakyat Indonesia lebih fokus pada isu yang mereka cipta. Maka dengan itu, wujudlah isu sekarang, konfrontasi Malaysia-Indonesia. Melalui media sekular di Indonesia, mereka terus berusaha agar rumpun Melayu berbangga dengan identiti negara masing-masing. (Hinggakan satey, lemang, batik dan ikan juga dijadikan isu hingga mahu berperang)



Percayalah, jika Muslim Melayu tidak kembali ke ajaran Islam sejati, tidak akan ada ruang pada nasionalisme yang berkiblatkan bangsa, benih permusuhan itu akan selalu muncul, walau kedua-dua buah negara makmur dan sama-sama beragama Islam.Maka dengan itu, bersatulah bangsa Melayu-Muslim. Bersatulah diatas Panji Islam yang akan membuka jalan tegaknya dienullah ini di tanah perjuangan kita,..

Rahsia Israel Yahudi !





Perkataan Yahudi berasal dari perkataan ibri, abra, ibrani yang bermaksud potong jalan/berpindah. Yahudi berasal dari keturunan Sam (semitik) bin Nuh. Semitik merujuk kepada bangsa Yahudi, Arab, Chaldaen dan Assyrian. Ia bermula dengan Nabi Ibrahim A.S yang merupakan bapa kepada Para Nabi. Nabi Ibrahim berkahwin dengan Hajar dan mendapat Nabi Ismail yang kemudiannya menjadi moyang bangsa Arab. Selain itu,hasil daripada perkahwinannya dengan Sarah, lahirlah Nabi Ishak. Daripada keturunan Nabi Ishak munculnya Nabi Isa dan Nabi Yaakub.
Nabi Yaakub inilah yang disebut sebagai Israel. Nabi Yaakub mempunyai 12 anak dan munculnya 12 keturunan Bani Israel pada zaman Nabi Musa. Dan bermula pada zaman Nabi Musa ini sebahagian daripada mereka mengambil ajaran baginda dan menggunakan Nama Yahudi bermakna semua Yahudi adalah Bani Israel dan bukan semua Bani Israel adalah Yahudi. Keturunan Yahudi ini diturunkan melalui darah bermakna tiada orang yang boleh menganuti agama Yahudi melainkan turun melalui darah.
Tidak semua Bani Israel berfahaman Yahudi ada Bani Israel beragama Islam dan Kristian. Munculnya Theoder Herzl's seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel Raya. Oleh itu, ada sekelompok Bani Israel ini ingin menubuhkan suatu negara besar Israel Raya.
Keturunan Yahudi sekarang terbahagi kepada tiga kelompok iaitu bangsa Sephardim di Sepanyol, Oriental Jews di Arab dan Habsyah, dan Ashkenazim di Eropah. Kemunculan tiga kelompok ini hasil daripada perpindahan pada abad 17 sebelum kelahiran Nabi Isa A.S. Karl Marx, Hitler dan Albert Pike adalah keturunan Ashkenazim. Karl Max terkenal dengan fahaman Komunis yang berpendapat agama adalah candu kepada masyarakat dan perlu disebarkan kepada Goyyim (manusia selain Yahudi). Keturunan Yahudi yang tulen adalah daripada jurai keturunan ibu. Ashkenazim dikatakan bukan keturunan sebelah ibu atau keturunan 12 Bani Israel tetapi digelar keturunan ke-13 ataupun anak haram kerana bukan datangnya daripada keturunan jurai ibu. Manakala di Eropah juga bukan daripada keturunan jurai ibu tetapi bapa.
Tetapi, bukan semua Yahudi itu adalah Zionis di mana ada juga penganut Yahudi yang membangkang kekejaman Rejim Zionis. Ini kerana, rejim Zionis bersifat sekular, tidak berpegang pada asal dan bertentangan dengan melakukan kezaliman. Di Amerika telah wujud gerakan baru iaitu New Conservative. Bekas Presiden Amerika Syarikat George Bush Jr. merupakan pengikut untuk gerakan ini dan sangat agresif terhadap Palestin.
Zionis adalah gerakan yang dipelopori oleh Moses Hess pada abad ke-19 dan diperkuatkan lagi oleh Theoder Herzl's. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula "tanah yang dijanjikan" untuk bangsa Yahudi di Palestin. Theoder Herzl's seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel Raya. Pada tahun 1895,orang-orang Yahudi mengadakan kongres yang pertama di Kota Bale Switzerland, dihadiri oleh anggotanya sekitar 300 orang yang mewakili 50 organisasi Zionis yang bertebaran di seluruh dunia. Pertemuan itu terus berlangsung dari semasa ke semasa. Tujuannya adalah untuk menganalisa strategi mereka yang akan dilancarkan demi mencapai maksud. Dengan itu tertubuhnya Zionis Antarabangsa. Mereka tidak membenarkan rakyat Palestin berpindah dari satu kota ke satu kota yang lain kecuali dengan selepas mendapat visa dari rejim Zionis Israel.
Zionis Israel adalah negara yang paling banyak melanggar resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu lebih daripada 80 resolusi sejak penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945. Mereka telah menerima hampir 1/3 daripada Bajet Tahunan Bantuan Luar Amerika Syarikat yakni dari segi bantuan kewangan, senjata nuklear dan lain-lain. Mereka juga telah menubuhkan negara haram Israel sejak pencerobohan pada tahun 1948 bermakna telah 60 tahun menjajah bumi suci para anbiya' dengan memasukkan bangsa Yahudi melalui beberapa perjanjian yang dicapai seperti Perjanjian Oslo 1 (1992), Perjanjian Oslo 2 (1995) dan banyak lagi dengan itu setiap kali perjanjian diadakan kemasukan Yahudi turut bertambah.
Rejim Zionis Israel mempunyai simpanan senjata nuklear dan tidak membenarkan sebarang pemeriksaan antarabangsa terhadap fasiliti nuklearnya. Mereka juga tidak menandatangani Nuclear Non-Prolification Treaty satu perjanjian di mana sebuah negara itu tidak akan membina senjata nuklear. Semasa pemerintahan Ariel Sharon telah melakukan pembunuhan beramai-ramai secara kejam ke atas lebih daripada 2,750 bangsa Palestin di khemah-khemah pelarian Sabra dan Shatila pada tahun 1982. PBB telah mengklasifikasikan sebagai Holocaust genocide iaitu "pembunuhan seluruh kaum/ bangsa".Berfikirlah Bangsaku !!!

Tuesday, November 20, 2012

Peringatan Buat Pejuang Alif,Ba,Ta !


ISLAM itu lebih tinggi daripada bangsa, tetapi sesuatu bangsa yang menganut Islam itulah yang bertindak mempertahankan agama kepercayaan mereka sebagaimana yang Allah perintahkan. Perkataan mempertahankan itu dari segi pengertiannya melibatkan usaha memartabatkan, meletakkan ia di tempat tinggi, di tempat selamat, di tempat yang dihormati dan melakukan segala usaha untuk memastikan ia terpelihara.
Sejarah bangsa Arab menyaksikan suasana yang sangat sepi selepas wafatnya nabi dari kalangan mereka iaitu Nabi Ismail sebelum datangnya Nabi Muhammad (ucaplah selawat dan salam). Manakala sejarah bangsa Yahudi menyaksikan suasana yang berbeza dengan kedatangan nabi-nabi dari kalangan mereka seperti Isaac (Ishaq), Yakob (Yaakub), Yosep (Yusuf), Mosas (Musa), Aaron (Harun), Dawid (Daud), Soloman (Sulaiman), Ezra (Uzair), Yohanes (Yahya) dan Yeshua (Isa). Sekadar menyebut beberapa nama nabi-nabi suci orang Yahudi mengikut sebutan lidah Yahudi sendiri.
Bangsa buta huruf (Arab) yang tinggal di gurun pasir sememangnya sepi selepas kewafatan Ismail. Bangsa-bangsa yang mempunyai empayar besar seperti Rom tidak berminat untuk menjajah orang Arab, orang Greek juga sama tidak ada minat untuk menguasai orang Arab, bangsa Parsi juga tidak berminat terhadap mereka, begitu juga bangsa Mesir yang tidak mempedulikan mereka. Bangsa Arab hidup dengan kabilah-kabilah mereka tanpa gangguan dari tamadun-tamadun luar.
Berlainan pula dengan bangsa Yahudi iaitu saudara seketurunan Semitik kepada bangsa Arab. Bangsa Yahudi sangat dibenci orang Mesir, orang Rom pula amat waspada dengan orang Yahudi di Jerusalem, orang Greek pun waspada dengan mereka, setiap tamadun yang berurusan atau bertembung dengan mereka pasti akan menyimpan sikap waspada. Sehingga sampai satu peringkat, bangsa Yahudi dibedil oleh tamadun-tamadun besar seperti yang berlaku kepada kaum Nabi Musa di Mesir dan dalam peristiwa The Great Diaspora di Jerusalem selepas ketiadaan Isa. Sejarah orang Yahudi tidak pernah sepi, dan mereka yang tidak buta huruf itu mencatatkan sendiri ‘kemeriahan’ sejarah mereka.

Orang Arab tidak diganggu oleh tamadun-tamadun luar kerana mereka tidak mempunyai ilmu, mereka jahil, buta huruf dan bodoh. Mereka hidup jahil dan mundur selama beratus tahun. Disebabkan mereka itu jahil dan tidak ada ilmu, maka mereka itu bukanlah satu ancaman kepada tamadun-tamadun lain di sekitar mereka.

Ia kerana orang bodoh tidak akan mampu mengalahkan orang-orang bijak (tamadun-tamadun maju). Malah tiada langsung kepentingan material yang dimiliki orang Arab ketika itu untuk mendorong tamadun-tamadun besar menjajah mereka.

Langkah menjajah mereka hanya akan menambah bebanan kos yang ditanggung tamadun-tamadun besar untuk menjalankan urus tadbir ke atas orang Arab. Menjajah orang Arab adalah satu kerja kolonial yang merugikan. Tambahan pula amat susah untuk mentadbir orang Arab kerana mereka itu degil suka berperang sesama sendiri meskipun disebabkan isu-isu kecil. Tiada satu tamadun pun yang sanggup untuk mentadbir mereka.
Dari sisi lain, bangsa Arab yang tidak diganggu tamadun-tamadun besar itu sebenarnya dilindungi Allah kerana akan muncul seorang manusia agung di kalangan mereka, manusia mulia yang akan mengangkat martabat mereka melalui satu ajaran paling sempurna.
Manusia agung yang memulakan langkah berseorangan untuk mendisiplinkan bangsa degil itu, sedangkan tamadun-tamadun besar tidak mampu berbuat demikian dan tidak pula ambil peduli disebabkan kedegilan orang Arab dengan fahaman kabilah mereka yang melampau.
Orang Yahudi pula, mereka sentiasa menerima ilmu melalui nabi-nabi mereka walaupun pada akhirnya mereka mengkhianati nabi-nabi mereka. Mereka selama beratus tahun mendapat pelbagai ilmu pada ketika orang Arab hidup jahil selama tempoh abad-abad itu. Mereka menjadi bijak kerana mereka berterusan menerima ilmu melalui nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka.

Malah, dalam teks-teks Yahudi turut menyebut kehadiran raja agung, Iskandar (disebut sebagai Alexander dari Macedonia dalam teks Yahudi) pernah menemui pendeta (ulama) mereka yang bernama Shimon Hatzaddik (Shim’an al-Siddiq) untuk mempelajari ilmu yang bermanfaat, dan untuk mengucapkan taat setia kepada Allah sebelum meneruskan perjalanannya ke timur dunia. Begitulah betapa berminatnya tamadun luar terhadap ketinggian ilmu orang Yahudi.

Kebijaksanaan mereka terhadap ilmu bagaimanapun mengundang rasa curiga di kalangan tamadun-tamadun besar.

Disebabkan pengkhianatan mereka terhadap perjanjian mereka dengan Allah, dan pengkhianatan mereka terhadap nabi-nabi mereka, maka Allah menurunkan pelbagai bala sebagai balasan. Bala itu adalah bayaran kepada kegagalan mereka memartabatkan ajaran nabi-nabi mereka di dalam hati dan tingkat keimanan mereka. Bangsa Yahudi dibedil oleh tamadun-tamadun besar sebagai balasan terhadap keingkaran mereka terhadap perintah mentaati Allah dan perintah nabi-nabi mereka. Bangsa Yahudi dihukum kerana gagal memartabatkan agama Tauhid di dalam jiwa mereka. Malah, mereka sengaja memilih untuk tidak taat kepada perintah Allah.

Akhirnya, bangsa yang tinggal sepi di gurun pasir dihadiahkan oleh Allah melalui kelahiran seorang manusia agung. Kelahiran yang agung itu juga sudah dikhabarkan kepada orang Yahudi melalui nabi-nabi mereka yang terdahulu.

Sebelum kelahiran manusia agung di kalangan orang Arab, Nabi Yeshua (Jesus atau Isa) semasa berada di dunia ketika zamannya itu mengkhabarkan kepada orang Yahudi mengenai kehadiran seorang Penghibur yang tidak mengenal huruf dan akan membawa berita gembira melalui kata-kata Allah yang diletakkan di dalam mulutnya.

Lama sebelum Isa, Nabi Musa yang sangat dihormati orang Yahudi juga mengkhabarkan kepada kaumnya mengenai seorang manusia agung yang sama sepertinya iaitu seorang manusia yang dilahirkan dari kalangan saudara mereka (saudara keturunan Semitik) melalui zuriat seorang ibu dan seorang ayah, dan manusia agung itu akan menjadi penamat kepada para nabi. Musa mengkhabarkan dengan menyebut dari kalangan saudara orang Yahudi, Musa tidak menyebutnya sebagai dari kalangan Yahudi, tetapi menyebutnya dari kalangan saudara kepada orang Yahudi. (rujuk: Bible Old Testament, Kitab Deuteronomy).

Nabi Ibrahim yang sangat dihormati oleh orang Yahudi adalah bapa kepada Ismail dan Isaac. Disebabkan berkongsi bapa, hubungan Ismail dan Isaac sudah tentulah bersaudara. Ismail melahirkan bangsa Arab, dan Isaac melahirkan bangsa Yahudi. Maka, mereka itu bersaudara apabila kembali kepada permulaan Ibrahim. Maka itulah yang dimaksudkan Musa terhadap kelahiran seorang penyelamat yang penghabisan dari kalangan saudara kepada orang Yahudi.

Maksud yang disampaikan Musa sering disalah erti oleh kaum Nasrani apabila terburu-buru merujuk manusia agung itu kepada Jesus. Jesus tidak seperti Musa, ia kerana Jesus dilahirkan tanpa ayah dari kalangan manusia, malah Jesus adalah dari kalangan orang Yahudi, tetapi Musa memaksudkan bahawa manusia agung itu dari kalangan saudara orang Yahudi dan bukan dari kalangan Yahudi. Manusia agung yang dimaksudkan Musa itu adalah seperti dirinya iaitu lahir dari zuriat seorang ibu dan ayah di kalangan manusia, tetapi Musa memaksudkan manusia agung itu sebagai saudara kepada orang Yahudi, bukan dari kalangan orang Yahudi.

Semasa manusia agung itu lahir, bangsa Arab berterusan mundur tanpa ilmu dan diperlekehkan pula oleh bangsa Yahudi yang sama keturunan dengan mereka. Masuk ke tahun ke-40 selepas manusia agung itu lahir, bermulalah perubahan di kalangan bangsa Arab. Selang 13 tahun kemudian dan dekad seterusnya, di Madinah, bangsa Arab yang sunyi sepi selama itu berubah menjadi satu bangsa yang hebat. Muhammad (ucaplah selawat dan salam ke atas baginda dengan penuh kasih sayang dari hati yang jujur), mengajarkan bangsa Arab melalui wahyu Allah yang diletakkan di dalam mulutnya.

Ajaran Muhammad yang Allah iktiraf di dalam al-Quran sebagai agama Islam yang satu-satunya diredhai-Nya digenggam teguh oleh bangsa Arab sehingga mereka berubah daripada bangsa yang dipandang hina oleh tamadun-tamadun di sekitar mereka kepada satu bangsa yang gagah, sehingga mampu merobohkan kemegahan Rom yang kufur.

Pada zaman awal Islam, bangsa Arab memartabatkan Islam dengan penuh rasa bermaruah. Bangsa Arab mempertahankan maruah mereka yang menganut Islam, demi Allah, demi Islam. Allah mengangkat martabat mereka daripada bangsa yang sebelum itu dihina kepada menjadi bangsa yang mula-mula sekali mengangkat Islam agama Tauhid di muka bumi-Nya. Islam itu diangkat di muka bumi oleh bangsa yang menganutnya.
-------

KONTEKS ORANG MELAYU

Sejarah bangsa Melayu tidak seperti orang Arab. Dalam tamadun sebelum bermulanya episod Melaka (sekitar 1410 Masehi) dan sebelum datangnya Islam, orang Melayu hidup gemilang cerdik dengan ilmu dan disebut-sebut pula mengenai kegemilangan mereka di serata dunia sehingga ke Eropah.
Banyak tamadun lain yang berminat untuk berurusan dengan orang Melayu di rantau mereka di sebelah sini. Catatan Mesir purba juga memberi petunjuk mengenai hubungan dagang mereka dengan negarakota-negarakota orang Melayu, teks-teks dari China juga membuktikan bahawa mereka berminat untuk menjalankan urusan dengan orang Melayu, begitu juga India (Kalinga), itu belum lagi disebut lain-lain tamadun yang sezaman dengan Sriwijaya dan era Melaka. Orang Melayu memiliki sejarah yang gemilang dan dihormati pula oleh sahabat-sahabatnya.
Berita mengenai kemakmuran perdagangan di dunia Melayu tersebar ke serata dunia, berita itu sampai melalui pintu-pintu laut (pelabuhan) di seluruh dunia, berita itu akhirnya sampai ke telinga orang Eropah. Sampaikan di Belanda dan beberapa lagi negara orang putih, mereka selitkan sejarah orang Melayu dalam silibus sekolah mereka. Begitulah gemilangnya sejarah orang Melayu sehingga orang Eropah sendiri sekali-sekala mengeji-keji sikap Portugis yang rakus menawan kemakmuran Melaka.
Melayu gemilang sejak sebelum datangnya Islam. Melayu bertambah gemilang dan bertambah tinggi pekerti mereka apabila memeluk dan mencium harumnya agama Islam. Nilai-nilai Islam dipeluk erat dan dikunci kemas di dalam hati. Begitu sayangnya orang Melayu terhadap Islam, begitu megahnya orang Melayu mempertahankan Islam, begitu bermaruahnya Melayu meninggikan Islam.
Tumpah darah setitik tidak mengapa, tumpah darah sebelanga pun tidak mengapa, tumpah nyawa sekalipun tidak mengapa, asalkan Islam tidak calar atau luka, mereka bersedia mati untuk bertemu Tuhan mereka.

Melayu megah mempertahankan agama, mempertahankan saudara-saudara mereka yang sama agama dengan mereka, mempertahankan bangsa mereka demi kelangsungan agama mereka di tanah mereka sendiri, mahu Islam kekal seadanya.
Itu kisah klasik yang tercatat dalam lembaran sejarah lama.

Sejarah orang Melayu tidak bermula dengan Melaka. Tetapi kegemilangan orang Melayu mengangkat Islam sebagai agama amat bersinar di Melaka. Di sini, kita tidak pula mahu bercerita panjang mengenai Islam di Melaka. Ia sekadar memberi kefahaman mengenai tanggungjawab bangsa yang menganut Islam dalam mempertahankan agama mereka, selepas mereka menjadi lebih gemilang kerana patuh kepada ajaran agama mereka.

Orang Melayu memeluk, mengangkat, menjulang tinggi dan memartabatkan Islam di rantau ini. Sebaik sahaja Islam diangkat sebagai agama yang dianuti oleh semua orang Melayu (pada awal era Islam di tanah orang Melayu), cara hidup orang Melayu berubah perlahan-lahan mengikut ajaran Islam.
Andai orang Melayu tidak memeluk Islam selepas raja-raja mereka memeluk Islam, maka tidak mungkin Islam akan menjadi agama di kalangan orang Melayu.
Jika orang Melayu tidak memilih Islam, maka Islam juga tidak bertapak di negeri orang Melayu, dan maka tiadalah Islam di tempat orang Melayu.
Tetapi Allah Yang Maha Penyayang memilih orang Melayu kerana Dia Maha Mengetahui setiap apa yang tidak diketahui oleh orang Melayu.
Allah Maha Mengetahui memilih orang Arab yang serba tidak mengetahui untuk dibangkitkan seorang nabi paling agung di kalangan mereka kerana Allah mengetahui setiap apa yang orang Arab tidak ketahui.
Daripada menganut agama Hindu sejak beratus tahun, orang Melayu beralih meninggalkan agama itu dan kemudian memeluk Islam tanpa berpaling tadah lagi. Tidak hanya itu, orang Melayu sangat setia meletakkan Islam di tempat paling tinggi.
Melayu, Islam itu agama mereka. Maruah orang Melayu, mereka letakkan sebaris dengan maruah kesucian agama Islam. Andai tercemar maruah Islam di negeri orang Melayu, maka tercemarlah juga maruah orang Melayu. Begitu sebati hati nurani orang Melayu terhadap Islam.
Orang Melayu berjuang demi agama mereka dan tidak berpaling tadah, mereka berjuang gagah bersama maruah mereka yang sebati dengan Islam. Islam itu maruah mereka. Andai Islam dicerca di negeri (tanah air) mereka, maka menyiraplah darah orang Melayu bermandikan amarah. Islam itu maruah mereka, agama yang disayangi oleh orang Melayu. Kalau agama mereka diusik, hati mereka juga akan turut sama terusik.
Kalau orang Melayu tidak memartabatkan maruah mereka, maka umat mana lagi yang mahu menolong mereka untuk berbuat demikian?
Mengapa Islam begitu dipertahankan oleh orang Melayu? Ia kerana Islam telah mengangkat martabat orang Melayu sehingga menjadi satu bangsa yang lebih berbudi pekerti. Namun, budi pekerti orang Melayu jadi semakin nipis senipis kulit bawang sejak mula lalai dalam menjalankan tanggungjawab terhadap agama.
Mengapa Islam begitu dipertahankan oleh orang Arab? Ia kerana Islam telah mengangkat martabat orang Arab daripada bersikap garang berbudaya jahil tidak tahu apa-apa kepada menjadi satu bangsa yang berilmu, berbudi pekerti mulia sebagaimana ditunjukkan oleh para sahabat Nabi Muhammad. Namun, orang Arab juga dilanda masalah dan masih ada sisa fahaman kabilah yang muncul kembali sejak mereka mula lalai.

Martabat apa yang diangkat oleh Islam untuk orang Melayu? Ia martabat yang membezakan. Apakah yang membezakan? Nikmat yang membezakan. Nikmat apakah itu? Nikmat iman yang membezakan antara manusia yang mendapat petunjuk Allah dengan manusia yang tidak mendapat petunjuk Allah. Nikmat iman.
Apabila orang Melayu teguh iman, mereka akan duduk rapat memahami isi kandungan al-Quran dan mentaati setiap perintah Allah supaya nikmat itu tidak ditarik semula. Mereka pula akan mempelajari sekian banyak ilmu yang diturunkan Allah di dalam al-Quran. Orang Yahudi jadi bijak kerana mereka mengkaji ilmu yang terdapat dalam wahyu-wahyu terdahulu, malah mereka juga mengkaji al-Quran yang sememangnya mereka tahu al-Quran itu adalah wahyu terakhir yang sangat banyak ilmu dari Allah.
Martabat orang Melayu akan terus diangkat oleh Allah sekiranya mereka taat kepada perintah Allah seperti yang terkandung dalam al-Quran.
Malangnya, orang Melayu tidak mempertahankan maruah mereka, mereka generasi Melayu moden hari ini sudah tidak mempertahankan Islam. Malah, mereka memisahkan Islam daripada maruah orang Melayu. Dan mereka kata, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, lalu menyisihkan perjuangan bangsa yang sejak dahulu mempertahankan Islam.
Memang Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, tetapi ingatlah bahawa bangsa yang menganut Islam itulah yang bertanggungjawab mempertahankan agama-Nya.
Galak pula yang berkata: “ada apa pada Melayu? Allah tidak memandang bangsa, tetapi Allah memandang sikap taqwa.”

Memang benar Allah hanya memandang sikap taqwa kerana Allah terang-terang menyebutnya dalam al-Quran, tapi bukankah Allah juga menyebut bahawa Dia menciptakan manusia berbilang bangsa. Maka, sesuatu bangsa yang menganut agama Allah wajib mempertahankan agama-Nya. Ingatlah juga kepada ayat Allah yang mana Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah nasib mereka sendiri. Untuk mengubah nasib, maruah bangsa itu juga harus dipertingkat dan dipertahankan.
Orang Melayu begitu banyak berhutang terhadap Islam. Islam telah mengangkat maruah dan martabat orang Melayu ke tahap yang lebih tinggi, itulah hutangnya, dan hutang itu semakin tidak mampu dibayar oleh orang Melayu moden hari ini kerana tidak lagi menempatkan maruah mereka bersama Islam.
Islam mengajar kita menjaga maruah dengan melarang (mengharamkan) perbuatan zina, mendedahkan aurat, minum arak sehingga terpelanting akal dan banyak lagi perkara yang menjatuhkan maruah diri sendiri. Kalau larangan-larangan itu tidak dipatuhi, hilanglah maruah diri. Keturunan akan tercemar apabila lahir anak akibat zina, maruah diri akan tercemar apabila susuk tubuh menjadi tontonan umum akibat tidak menutup aurat dengan sempurna, berjalan terhuyung-hayang seperti anjing gila sehingga jatuh martabat sebagai manusia berakal akibat minum arak. Bermaruahkan seperti itu?
Selepas itu, muncul suara-suara yang memerli sikap orang Melayu yang tidak menjaga maruah mereka, suara-suara itu berbunyi: “Itulah orang Melayu, mudah lupa diri. Itulah orang Melayu, memalukan. Itulah orang Melayu, segala-galanya lemah.” Akibatnya, muncullah orang-orang Melayu yang malu kepada bangsanya sendiri, mereka hanya tahu merungut. Muncullah suara-suara itu yang malu kepada bangsa sendiri kerana orang Melayu terlalu lemah sehingga perlu dilindungi melalui Perlembagaan Negara. Adakah hak orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara itu merupakan satu perkara yang memalukan?
Perlu ingat satu perkara, Allah tidak memandang bangsa tetapi Allah memandang sikap taqwa. Jika ada orang yang membuat perkara terkutuk dan melampaui batas, tidak perlulah diherdik bangsa mereka dan mengisytiharkan diri itu malu dengan bangsa sendiri. Tegurlah sikap mereka, tetapi bukan merendah-rendahkan bangsa mereka kerana setiap bangsa memang selalu ada orang baik dan orang yang tidak (belum) baik.
Bukankah Perlembagaan Negara itu menjamin kedudukan Islam yang dianuti oleh orang Melayu di negara ini? Adakah perlu malu disebabkan Islam, agama yang dipeluk orang Melayu diletakkan begitu tinggi dalam perlembagaan? Adakah perlu malu apabila majoriti orang Islam (Melayu) di negara ini dijamin hak mereka di dalam negara ini?
Dipusing lagi, kata mereka (orang-orang Melayu sendiri), perlembagaan itu dikarang oleh penjajah. Oleh itu, mereka malu. Jika malu dengan perlembagaan yang dikarang penjajah, cuba cabar untuk pinda hak Islam dan Melayu seperti yang terkandung dalam perlembagaan, cabar dan ubah keseluruhannya dengan tangan sendiri, ubah semua sekali dengan memisahkan hak Melayu daripada Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan kerana teguh tanpa berfikir panjang merasakan Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, dan bangsa Melayu tidak perlu lagi diletakkan sebaris dengan Islam.
Maka bertepuk tangan gemuruhlah orang kafir di negara ini kerana orang Melayu beragama Islam sendiri mempertikaikan jaminan terhadap orang Melayu seperti yang dikarang dalam perlembagaan hanya kerana perlembagaan itu dikarang oleh penjajah. Maka letaklah hak orang Melayu beragama Islam itu sebaris dengan bangsa lain yang bukan Islam hanya kerana mendukung liberalism dan hak sama rata.
Mereka kata Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, jadi mengapa pula orang Islam (Melayu) di negara ini perlu diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa yang tidak menganut Islam? Cukup tinggikah Islam kalau orang Islam yang majoritinya Melayu diletakkan sama baris dengan orang bukan Islam? Seseorang Amirul Mukminin akan selalu meletakkan umat Islam di tempat paling tinggi dan bermaruah berbanding umat-umat yang bukan Islam, pada masa yang sama tidak berbuat aniaya kepada orang bukan Islam. Diulang sekali lagi, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, jadi mengapa pula orang Islam (Melayu) di negara ini perlu diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa yang tidak menganut Islam? Islam itu agama, bangsa manusia itu adalah penganutnya. Bangsa yang menganut itu pula dipanggil Muslim atau umat Islam. Ulang lagi, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, jadi mengapa pula umat Islam di negara ini perlu diletakkan sebaris dengan orang bukan Islam? Bagaimana mahu meletakkan Islam di tempat tinggi kalau umatnya hanya diletakkan sebaris dengan orang bukan Islam?
Memang Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, tetapi ingatlah bahawa bangsa yang menganut Islam itulah yang bertanggungjawab mempertahankan agama-Nya. Bangsa yang menganut Islam itulah yang akan meletakkan sesama umat di kedudukan lebih tinggi supaya terbela agama mereka.
Kita tidak menyokong penjajah dalam isu perlembagaan kerana penjajah membuat air mata kita mengalir. Tetapi, hak orang Islam dan hak orang Melayu (termasuk institusi raja-raja) dijamin tinggi dalam perlembagaan.
Mengapa orang Melayu hari ini lemah? Kerana orang Melayu sudah tidak hidup seperti yang diajarkan Islam. Lemah sehingga terlalu bergantung harap kepada bantuan. Pendudukan British di Tanah Melayu juga menyumbang kepada lahirnya sikap yang suka bergantung harap terhadap British di kalangan orang Melayu.
Semasa zaman British di Malaya, orang Melayu yang hidup miskin terlalu bergantung harap kepada British.

Malah ada orang Melayu sendiri ketika itu berfikir bahawa mereka tidak boleh hidup tanpa British. Tidak perlu berbicara panjang mengenai perkara ini, ia satu episod sejarah sangat memilukan yang pernah melanda orang Melayu. Air mata senang-senang boleh menitis apabila mengenangkan kisah sedih itu.
Mereka berkata lagi, orang Islam di negara ini tidak semestinya orang Melayu sahaja, ada juga bangsa lain yang beragama Islam. Memang benar, kita tidak bantah kenyataan itu. Tetapi ingatlah bahawa Allah tidak memandang bangsa, Allah memandang sikap taqwa, kita setuju lagi dengan kenyataan bahawa Allah memandang ketaqwaan manusia. Cuba pandang satu sudut, Islam diletakkan tinggi dalam negara ini walaupun tidak semua mengamalkan Islam dalam ketekunan yang tinggi. Walau apa pun bangsa mereka asalkan mereka orang Islam, hak mereka itu lebih tinggi daripada orang bukan Islam.
Jadi, mengapa mahu meletakkan hak orang Islam itu sama tingginya dengan hak orang bukan Islam atas nama tuntutan hak sama rata dan liberalism?
Mengapa orang Melayu hari ini lemah? Kerana orang Melayu sudah tidak hidup seperti yang diajarkan Islam. Maruah mereka (sebilangan besar, bukan semua) sudah tidak lagi bersama Islam. Mereka kata mereka membela Islam, tetapi mereka mahu meletakkan umat Islam duduk sebaris sama tinggi dengan orang bukan Islam. Mereka mahu meletakkan maruah Islam sama baris dengan maruah hak sama rata.
Bukanlah ia bermaksud umat Islam harus menafikan hak orang bukan Islam. Umat Islam juga harus sedar bahawa Allah memerintahkan kita berlaku adil dalam menjalankan keadilan dengan tidak menganiaya kaum lain. Berlaku adil dalam konteks Islam adalah tidak sama pengertiannya dengan liberalism hak sama rata.
Bangsa Melayu perlu bersemangat memperjuangkan bangsa mereka yang menganut Islam. Tidak boleh membenci bangsa lain.
Lihatlah bagaimana Nabi Muhammad menunjukkan sikap yang terpuji kepada kita semua. Abdullah bin Salam, seorang Yahudi yang dahulunya pendeta terkemuka di kalangan orang Yahudi di Mekah, dia ada ilmu mengenai kitab Taurat dan selalu peka dengan maksud kata-kata Nabi Musa mengenai kehadiran manusia agung dari kalangan saudara orang Yahudi, dia berhidup di tanah orang Arab kerana dia tahu orang Arab itu adalah saudara terdekat orang Yahudi, selepas dia mengetahui peristiwa wahyu pertama yang mana kata-kata Allah dimasukkan ke dalam mulut Muhammad, dia terus memerhatikan tanda-tanda kenabian Muhammad seperti yang diberitakan oleh Musa, dia kemudian menemui baginda rasulullah dan memeluk Islam, dia juga salah seorang sahabat Nabi Muhammad, sahabat setia, nabi pula memberi layanan yang baik kepada Abdullah bin Salam walaupun dia seorang Yahudi.
Islam mengajar kita supaya memandang sikap taqwa, bukan memandang bangsa. Itu betul, sangat betul kerana nabi menunjukkan teladan melalui layanan baik baginda terhadap Abdullah bin Salam.
Allah menegur orang Yahudi di dalam al-Quran, tetapi di dalam al-Quran juga Allah menyebut bahawa Dia tidak memandang bangsa dan Dia memandang sikap taqwa. Jadi, teguran itu adalah terhadap sikap orang Yahudi yang degil tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa Muhammad, Allah menegur sikap mereka yang tidak mahu bertaqwa, Allah melaknat orang Yahudi yang tidak mahu bertaqwa, tetapi adakah Allah melaknat Yahudi yang memeluk Islam seperti Abdullah bin Salam?
Seruan dan risalah Nabi Muhammad adalah untuk semua bangsa manusia termasuklah Yahudi. Kalau orang Yahudi berbondong-bondong memeluk agama Allah dan mengakui kerasulan Muhammad, adakah mereka tetap akan dilaknat? Jadi fahamlah bahawa, Allah melaknat orang Yahudi yang degil dan tidak mahu mengakui kerasulan Muhammad, manakala orang Yahudi yang memeluk Islam akan terselamat daripada kemurkaan Allah. Wallahualam. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Daripada keterangan itu, sudah jelas bahawa Allah memandang ketaqwaan. Umat Islam wajib percaya dengan kenyataan itu kerana Allah menyebutnya dalam al-Quran. Allah menciptakan manusia berbagai-bagai bangsa, itu juga kenyataan yang kita wajib akur. Setiap manusia itu ada identiti bangsanya, ini juga kenyataan yang kita wajib akur kerana Allah menciptakan manusia berbagai-bagai bangsa. Manakala manusia yang mempunyai identiti bangsanya itulah yang menganut agama Allah.

Jika bangsa itu berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah, seperti yang dibuat oleh orang Melayu yang berbondong-bondong memeluk Islam, maka bangsa Melayu menggalas tanggungjawab untuk meletakkan umat Islam di negara ini (iaitu diri mereka sendiri) di tempat yang sewajarnya dengan cara memartabatkan ketinggian agama Allah.

Untuk memartabatkan ketinggian agama Allah, umat Islam wajar memartabatkan maruah diri mereka terlebih dahulu supaya berada di baris yang sepatutnya, apabila maruah diri diletakkan di tempat sewajarnya, baharulah mereka akan lebih bermaruah untuk membela maruah agama mereka.

Seseorang yang mahu mempertahankan maruah orang lain harus mempertahankan maruah dirinya terlebih dahulu. Ia kerana apabila orang yang tidak ada maruah mahu mempertahankan orang yang tinggi maruah.., dikhuatiri orang yang tinggi maruah ituakan dituduh sebagai turut sama tidak bermaruah kerana dilindungi oleh orang yang sedia diketahui sebagai orang yang tidak bermaruah.
Hak sama rata bagi semua kaum dituntut melalui jalan politik. Sebilangan politikus di kalangan orang Melayu juga beria-ia mahu menuntut hak sama rata bagi semua kaum.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa. Islam itu pula dianuti oleh bangsa yang menganutnya. Itu realiti, bukan satu kenyataan yang sengaja dibelit-belit kerana setiap manusia yang lahir itu ada identiti bangsanya melainkan seseorang manusia itu lahir di satu kawasan yang tiada manusia lain yang membantu membentuk identitinya sehingga dia tidak mengetahui asal usul keturunanya.

Jika tiada langsung manusia lain pun di sekitar tempat manusia itu lahir, bayi yang dilahirkan itu masih ada ibunya dan ibu itulah yang memberitakan mengenai bangsanya dan asal usulnya. Namun jika ibunya itu mati sebaik sahaja melahirkan bayi itu, maka bayi itu jika panjang umur tanpa susu ibunya dan dapat pula terus hidup dan membesar menjadi dewasa, baharulah dia menjadi manusia yang tidak mengenal asal usul dan juga keturunannya. Hakikatnya, bayi itu mempunyai titisan darah bangsa yang mengalir dalam tubuhnya meskipun dia tidak mengetahui asal usulnya kerana sememangnya manusia itu dilahirkan berbangsa-bangsa.

Seseorang manusia yang dilahirkan dalam sesebuah bangsa yang menganut Islam itu pula disebut sebagai umat Islam. Kita tidak membuat kenyataan yang berbelit-belit, sebaliknya kita menjelaskan perkara ini kerana ia cukup jelas sebagaimana Allah menerangkan bahawa Dia menciptakan manusia itu berbilang bangsa.
Islam itu dianuti oleh bangsa yang menganutnya. Bangsa yang menganutnya pula kita sudah jelaskan bahawa bangsa itu disebut sebagai umat Islam. Maka apabila dikatakan Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, maka umat Islam dari kalangan bangsa yang menganutnya akan turut tinggi sama.
Masalah dalam fahaman politik yang memperjuangkan hak sama rata tanpa memahami pengertian hakikat bahawa manusia dilahirkan berbangsa-bangsa adalah sesuatu yang mengelirukan. Keliru itu timbul apabila gagal memahami pengertian bahawa sesuatu bangsa yang menganut Islam itu juga dipanggil sebagai umat Islam. Apabila Islam diletakkan tinggi, maka umatnya pun diletakkan tinggi juga. Jadi apakah bangsa majoriti yang menjadi umat Islam di Malaysia?
Dan, wajarkah umat Islam diletakkan sama baris dengan orang bukan Islam,sedangkan Allah memerintahkan supaya umat Islam membela sesama umat? Ini bukan kenyataan racist, sila ambil faham lagi, sebagai umat Islam yang taat, kita juga dituntut supaya memberi keadilan kepada kaum lain, sudah jelas perintah Allah, kan? Jadi, sebagai pemimpin yang beragama Islam, wajibkah pemimpin itu meninggikan umat yang sama agama dengannya? Apabila wajib dan perlu, maka kenapa pula umat Islam perlu diletakkan sebaris dengan orang bukan Islam?
Bukankah Islam itu lebih tinggi daripada bangsa? Tingginya Islam itu kerana adanya suatu bangsa manusia itu atau bangsa-bangsa manusia yang menganutnya. Tingginya martabat bangsa itu kerana mereka menganut agama Allah, martabat mereka ditinggikan oleh Allah. Mengapa pula ada manusia yang mahu merendahkan martabat bangsanya apabila Allah meninggikan martabat mereka kerana menganut agama-Nya? Maka jika kamu dari kalangan anak bangsa itu, tinggikanlah atau martabatkanlah bangsa kamu yang menganut agama Allah.

Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, umat Islam pula dari kalangan bangsa manusia, meninggikan Islam itu tidak akan membawa apa-apa makna andai umatnya dari kalangan bangsa itu tidak turut tinggi sama.

Janganlah perjuangan bangsa yang menganut Islam diketepikan hanya kerana mengejar tuntutan slogan hak sama rata dan liberalism yang tidak betul-betul dimengertikan matlamatnya dengan sebaik-baiknya.
Kalau masih berkeras mahu meletakkan orang bukan Islam di negara ini duduk sebaris dengan umat Islam, maka berusahalah dengan keras supaya orang bukan Islam itu berbondong-bondong masuk Islam, apabila mereka beramai-ramai memeluk Islam maka dengan sendirinya akan sama tinggilah semua bangsa di bawah naungan Islam. Itulah cara yang betul.

Hak sama rata tidak betul, liberalisma juga tidak betul.
Berdakwahlah.
------

“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” - (Quran, ar-Raad: 11)

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Quran, al-Maedah: 8)

Ungkapan Guriskan Bangsa Melayu !




Dalam sebuah forum yang dianjurkan golongan Nasrani, pemimpin wanita itu ditanya:

“Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali?”

Pemimpin wanita itu kemudian dengan yakin dan penuh bersemangat menawarkan jawapan:

“..apabila anda bertanya kepada saya.. tiada paksaan dalam agama (sambil memetik sebahagian maksud ayat 256 dari surah al-Baqarah). Dr. Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut (sebelumnya). Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu".

"Ia mesti diaplikasi secara sama rata (termasuk Melayu yang sedang beragama Islam juga bebas memilih agama?). Inilah asas.”

Selepas kenyataan itu sampai ke pengetahuan umum, maka ayat suci al-Quran dari surah al-Baqarah dari ayat 256 pula terus dijadikan sebagai senjata untuk mempertahankan diri daripada kecaman yang datang dari semua sudut.

“Tidak ada paksaan dalam agama (ad-deen, Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dan kesesatan. Oleh itu sesiapa yang tidak percayakan taghut dan ia pula beriman kepada Allah maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan yang teguh, yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” -(Quran, al-Baqarah: 256)

Bagi Pejuangmelaka, ia satu kenyataan yang tiada pertimbangan daripada seorang yang bergelar pemimpin (merujuk kepada jawapan yang diberikan sebagai menjawab soalan peserta forum berkenaan). Ingin tahu kenapa? Ia kenyataan yang sangat menggembirakan bagi golongan penganjur forum tersebut (Nasrani). Kerana apa? Kerana agama Nasrani juga tidak membenarkan umatnya menukar agama, Islam juga tidak membenarkan umatnya menukar agama. Tidak percaya? Lihat ayat yang dipetik dari Bible-Kitab Deuteronomy.

13:6 Apabila saudaramu atau anak-anakmu yang lelaki atau perempuan, atau isterimu yang kamu kasihi atau kawan karibmu dengan diam-diam mengajakmu untuk menyembah tuhan lain (menukar agama)….

13:8 Usah mengikut pujukan dia dan jangan biarkan dirimu dipujuk olehnya. Jangan juga kamu mengasihani atau melindungi orang itu.

13:9 Dia harus dilempar dengan batu sampai mati. Engkau yang harus mula melempar batu terhadap dia, diikuti oleh seluruh rakyat. Orang yang bersalah (keluar agama) itu harus dibunuh, sebab dia mahu menjauhkan kamu dari Tuhan...

13:11 Maka seluruh bangsa Israel akan mendengar tentang pembunuhan itu dan menjadi takut, sehingga tidak seorang pun berbuat sejahat itu (keluar agama) lagi. -(Bible, Deuteronomy 13: 6-11)

Jadi, kenyataan itu memang sangat menggembirakan umat Nasrani kerana mereka seperti sudah dapat ‘keizinan besar’ untuk membawa orang Melayu masuk ke dalam agama mereka, keizinan itu pula seperti sedang dalam keadaan embargo yang hanya menunggu masa untuk dijalankan secara lebih berkesan, itu pun kalau pemimpin wanita itu bersama parti politiknya dapat mandat memerintah negara daripada rakyat nanti. Nasrani tahu Islam tidak membenarkan umatnya menukar akidah atau berdepan dengan hukuman mati.

Mereka juga tahu, hukuman mati juga memang ada dalam agama mereka sebagai menghukum penganut-penganut agama mereka yang menukar ke agama lain. Agama mereka juga tidak membenarkan menukar agama, tetapi mereka gembira dan sebab itulah mereka beri tepukan gemuruh apabila ada pemimpin politik yang agak lembap dalam membuat pertimbangan itu memberikan jawapan sedemikian, dan pemimpin itu pula ialah orang Islam sendiri. Satu bonus besar kepada Nasrani. Pemimpin wanita itu pula mesti berbangga pada masa itu atas sebab jawapannya itu mendapat tepukan gemuruh dari seluruh isi tempat forum, tetapi tidak tahu di luar sana akan ada bunyi guruh di langit.

Di baris tempat duduk pemimpin wanita itu pula ada seorang pemimpin lelaki dari parti berimej Islam yang tidak memakai ‘hiasan kepala’ pada waktu itu. Hanya duduk diam tanpa ada ketegasan untuk memperbetulkan apa yang tidak betul dalam kenyataan itu. Mungkin ketakutan dan menahan diri daripada hampir terkencing di dalam seluar selepas mendengar tepukan gemuruh dari kebanyakan peserta forum yang kebanyakannya Nasrani. Dia pun mungkin tidak tahu yang ada bunyi guruh di langit yang mana bunyinya jauh lebih menggerunkan daripada tepukan gemuruh itu.

Sebuah parti politik lain (berimej Islam) yang sebelum ini pula dan masih kerap menafikan bahawa ada gerakan memurtadkan orang Islam di negara ini. Itu pun lembap juga, sebab tidak pernah cuba melihat dunia ‘missionaries’ dengan cerdik.

Lihatlah keadaan ini. Mubaligh Nasrani sanggup berlayar ke Papua New Guinea pada tahun 2001 walaupun mereka tahu di Papua sana (wilayah Bimi) ada manusia cannibal yang makan daging manusia. Tetapi mereka berani dan sanggup bergadai nyawa untuk mengembangkan agama mereka sampai ke sana. Kesannya, hari ini terdapat lebih 1,000 penganut Nasrani di Papua dan lain-lain lagi masih mengamalkan agama nenek moyang mereka.

Kalau sampai ke Papua pun mereka sanggup pergi untuk menyebarkan agama mereka, ini kan pula di Malaysia yang penduduknya  kebanyakan Melayu yang makan nasi dan tidak makan daging manusia. Common sense.. kalau itulah semangat menyebarkan agama di kalangan mubaligh Nasrani yang kita lihat sampai sanggup tanggung risiko dimakan orang cannibal di Papua, apatah lagi semangat mereka untuk menyebarkan agama mereka di Malaysia ini. Pasti semangat mereka lebih berkobar-kobar mahu mengajak orang Melayu masuk ke agama mereka.

Berhubung kenyataan pemimpin wanita yang mengeluarkan kenyataan curang itu, saya memang tidak berasa terkejut. Sama juga dengan kenyataan dari seorang lagi pemimpin politik (lelaki) yang mengeluarkan kenyataan menyokong sebarang usaha untuk menjamin keselamatan negara haram Israel, pun saya tidak terkejut.

Tidak terkejut kerana cara mereka sudah lama saya perhatikan, ke lubang mana mereka cenderung walau ke lubang biawak sekali pun dan apa yang akan mereka lakukan selepas ini, semua sedang dalam jangkaan saya. Kerana apa? Kerana saya STALKERI’m stalking youI’m stalking every each of youYou do know me a little, but I do know you a lot.

Kalau pemimpin wanita itu berkata demikian: “..apabila anda bertanya kepada saya.. tiada paksaan dalam agama (sambil memetik sebahagian maksud ayat 256 dari surah al-Baqarah). Dr. Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut (sebelumnya). Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu". Ia mestidiaplikasi secara sama rata (termasuk Melayu yang sedang beragama Islam juga bebas memilih agama). Inilah asas.”

Maka  Pejuangmelaka minta dia fahami semula ayat ini:

13:6 Apabila saudaramu atau anak-anakmu yang lelaki atau perempuan, atau isterimu yang kamu kasihi atau kawan karibmu dengan diam-diam mengajakmu untuk menyembah tuhan lain (menukar agama)….

13:8 Usah mengikut pujukan dia dan jangan biarkan dirimu dipujuk olehnya. Jangan juga kamu mengasihani atau melindungi orang itu.

13:9 Dia harus dilempar dengan batu sampai mati. Engkau yang harus mula melempar batu terhadap dia, diikuti oleh seluruh rakyat. Orang yang bersalah (keluar agama) itu harus dibunuh, sebab dia mahu menjauhkan kamu dari Tuhan...

13:11 Maka seluruh bangsa Israel akan mendengar tentang pembunuhan itu dan menjadi takut, sehingga tidak seorang pun berbuat sejahat itu (keluar agama) lagi. -(Bible, Deuteronomy 13: 6-11)

Pemimpin wanita itu dan juga orang-orang yang mengatakan kenyataan curangnya itu sebagai tidak salah juga wajar faham ayat ini:

“Katakanlah: “Hai orang-orang kafir! . “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.  “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.  “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.  “Bagi kamu agama mu, dan bagiku agama ku”. – (Quran, al-Kafirun)

Dan jangan pula lupa dengan ayat ini:

“ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu apa pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” – (Quran, al-Baqarah: 120)

 Pejuangmelaka tidak mahu tulis lebih panjang sebagaimana kritisnya dan bernasnya kata-kata keras lagi tajam daripada DRIFTER dalam menempelak kenyataan seorang pemimpin politik yang menyokong keselamatan Israel seperti dalam artikel sebelum ini.

Cuma, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan, sila congak guna akal dengan cara yang lebih pantas daripada komputer dengan membuat pertimbangan terhadap segala perkara terlebih dahulu. Akal kita boleh berfikir lebih pantas dan lebih cekap daripada komputer (nanti kita cerita perkara ini dalam artikel lain pula). Akal perlu dibiasakan cerdas, jangan lembap-lembap.

Pejuangmelaka tidak mahu kata apa-apa kepada pemimpin wanita itu. Cukuplah kalau saya kata dia agak lembap dalam membuat pertimbangan dengan menggunakan kecerdasan akal secara sewajarnya sebelum mula berkata-kata.