Setiap
manusia berada dalam keadaan benar kecuali jika ia berniat melakukannya
dengan sengaja setelah ia tahu perkara tersebut adalah salah.
Sekurang-kurangnya ia "benar" dalam ruang lingkup kepercayaannya
sendiri.
Kebanyakan
yang berlaku ialah salah sangka atau tersilap tanggapan. Bersangka
masih celik dan sedar terhadap setiap suatu yang wujud di hadapan mata.
Tidak disedari beberapa ciri telah hilang dari pemerhatian. Adakah ianya
berpunca silau dari cahaya yang terlalu terang atau terlepas pandang
beberapa sisi yang terselindung? Cuba hayati kembali untuk mengetahui
kedudukan sebenar pada pandangan mata hati.
Fenomena ini telah menjelma di negara kita Malaysia,
persis sebagaimana yang terjadi di beberapa buah negara Arab. Jangka
masa terasa begitu cepat selepas beberapa negara Arab terjebak dalam
persengketaan berdarah. Tidak dapat dinafikan ia adalah perancangan
terbaik dan tentunya memenangkan "pencatur"nya.
APA MAKSUD POSTER INI?
|
Kemanakah
halatuju yang hendak dibawa oleh penganjur perhimpunan "halal" ini?
Ternyata mereka yang menciptanya amat mengharapkan dan tidak pula
keterlaluan jika dikatakan mula mencintai kekacauan dan rusuhan. Dalam
diam mereka panjatkan doa agar Kuala Lumpur dijadikan sebagai medan
pertumpahan darah seperti di kota-kota negara Arab.
Ada
yang melaungkan kalimat tauhid, bertakbir dan bertahlil semasa
menghadapi kekangan pasukan keselamatan. Penuh semangat juang dan cuba
merempuh sekatan. Apa tujuan mereka? Kelibat ini seolah mewakili pejuang
akhir zaman untuk menumbangkan pemimpin negara yang "zalim" setaraf
Muammar Ghadafi di Libya. Benarkah sangkaan mereka itu? Apakah mereka
menyangka mereka adalah antara pejuang AlMahdi atau Putera Bani Tamin?
Pemimpin mereka pula ialah para Mujahid akhir zaman? Adakah pasukan
polis boleh dianggap sebagai musuh Islam?
Kenapa Libya dijadikan
contoh? Samakah Malaysia dengan Libya? Apa asasnya? Syahidkah mereka
yang mati dalam rusuhan dan peperangan sesama Islam? Kenapa mereka
inginkan situasi sebegini? Makin menabjubkan (sebenarnya membingungkan),
ia diterajui oleh non Muslim pula seorang pejuang anti-Islam yang
tegar..
Tidak
mustahil pula jika ada yang mengatakan poster ini disediakan oleh musuh
mereka untuk memburuk-burukkan perjuangan mereka seperti kes pisau
belati dan bom petrol. Namun kebenaran sukar untuk dibendung kepada
orang yang cintakan kebenaran. Terdapat banyak tanda-tanda lain yang
telah dan bakal muncul yang akan menceritakan perkara sebenarnya
sekaligus menafikan dakwaan tersebut.
Bagi
pemikir yang waras, tujuan akhir penunjuk perasaan ini telah dapat
dijangka. Ramai juga kalangan intelektual dapat menyingkap keadaan
negatif yang bakal terjadi jika perhimpunan diteruskan. Malangnya ada
yang tidak mengendahkan malah ramai yang mengambil persepsi sebaliknya
terhadap pandangan ini. Segelintir memberikan komen sinis bahawa ia
hanyalah sebuah teori dan andaian, samalah dengan teori konspirasi yang
pada mereka ia tidak masuk akal. Dalam pada itu ada yang menuduh sumber
tersebut telah terpengaruh atau diracuni dengan dakyah dan propaganda
pemerintah.
Setelah
peristiwa besar pertengahan tahun 2011 ini berakhir, ternyata andaian
itu adalah benar, walaupun tidak keseluruhannya. Kita masih selamat dari
bala yang kita sendiri usahakan. Alhamdulillah negara ini terselamat
dari bencana kemanusiaan seperti yang dialami oleh rakyat Libya dan
Syria. Masihkah penganut Islam di Malaysia masih kabur terhadap
perancangan THH terhadap negara ini? Atau mereka terlelap dalam sedar?
Semoga Allah mengampuni kita semua, insyaAllah.
Beberapa
penulis yang berfikiran sederhana dan tidak berpihak telah menzahirkan
pandangan yang cukup meyakinkan. Didasarkan kepada beberapa bukti nyata,
jelas ianya didalangi oleh organisasi luar negara yang sama seperti
mana yang dicaturkan terhadap rakyat Libya dan Syria.
Apa
yang berlaku sekarang ini adalah petanda bahawa demonstrasi akan
menjadi satu trend baru yang berterusan (harap ianya tidak benar)
walaupun sesiapa yang memenangi pilihanraya nanti. Pihak yang kalah akan
menuduh pemenangnya berlaku tidak adil dan akan melakukan protes demi
protes. Sudah tiada makna lagi "Demokrasi Berparlimen" yang
diagung-agungkan para sekular. Sudah tentu pembohongan dan propaganda
akan berkumandang sebagai alat untuk tujuan tersebut. Fitnah bakal
menjadi senjata ampuh dan dusta sengaja diangkat sebagai kebenaran.
Semua pihak akan terjebak dalam arus tamaddun baru kemanusiaan iaitu
"kemunafiqan". Zaman dusta bermaharaja lela.
Keadaan
di Malaysia tentu sekali akan menjadi lebih parah kerana kedudukan
politik negara ini berpaksikan ras perkauman. Menjadi lebih celaru
kerana pada prinsipnya kaum-kaum di Malaysia itu pula mewakili
agama-agama yang berlainan.
Sistem
politik mewakili kaum menjadi teras dalam sistem demokrasi negara yang
berbagai etnik ini sejak dari zaman kemerdekaan lagi. Pada awalnya
keadaan tenteram kerana etnik pribumi menjadi kuasa dominan dan etnik
lain hanya menumpang mencari makan di sini. Keadaan sekarang sudah jauh
berubah bila etnik pribumi mula berpecah dan kaum lain pula cenderung
kepada kuasa setelah menguasai ekonomi. Inspirasi dari seberang tambak
banyak mempengaruhi suasana ini. Tentu sekali keadaan sedemikian akan
mempercepat terjerumusnya negara ke dalam sengketa yang cukup malang dan
memudharatkan iaitu pergaduhan atau rusuhan antara kaum atau agama.
Sebelum itu terdapat tanda-tanda orang Islam bakal bersengketa sesama
sendiri.
Seperti
lazimnya, yang kalah akan mendakwa mereka dizalimi dan segera meminta
bantuan dari kuasa luar yang sedang menanti peluang sebagaimana yang
berlaku di Libya sekarang.
Amat
dibimbangi pengacara (pencatur) adegan kekacauan ini telahpun dapat
menghidu bau darah yang mungkin akan mengalir di penghujung sengketa
ini. Adakah percaturan mereta sudah sampai sejauh itu? Tiada siapa dapat
mengesahkannya buat waktu ini. Semuanya termasuk dalam satu pakej yang
terselimut dalam perancangan sulit mereka.
Demontrasi
jalanan bakal mewarnai gelombang baru iaitu ketidak stabilan politik
dan huru hara. Mulai sekarang semua rakyat Malaysia perlu bersedia
menyesuaikan diri dengan trend tersebut setelah kita menciptanya.
Gelagat para pemimpin politik yang pandai berpidato dan berupaya
mempengaruhi (mind control) membawa orang ramai melalui siri demonstrasi
jalanan untuk mendapat kuasa semakin mendapat tempat. Rakyat menjadi
buta dan hilang kewarasan kecuali sedikit yang ingin terus berfikir.
"Beruntunglah mereka yang berfikir", pedoman dari ayat yang
berulang-ulang kali disebut dalam alQuranul Karim.
Mungkin
pandangan ini akan dianggap keterlaluan, namun harus kita mengambil
perhatian bahawa musuh negara di luar sana tidak akan senang selagi
negara ini tidak jatuh ke dalam genggaman mereka. Inilah pekerjaan
"Dajjal" mengaturkan kehidupan "Yakjuj dan Makjuj" yang bakal bersaing
dan saling melakukan kerosakan demi kerosakan.
Jika
tidak mahu berubah dan mahasabah diri, akan berlakulah keadaan luar
jangka yang memberi laluan kepada musuh untuk menangguk peluang dan
akhirnya akan menguasai keseluruhan kehidupan kita. Kita menyangka
melakukan kebaikan dan meyakini bahawa kita berada di pihak yang benar.
Namun kejahilan dan keangkuhan kitalah punca sebenar kecelaruan ini.
Ketiadaan ilmu dan lemah daya fikir samalah seperti menyimbah minyak ke
dalam api untuk memadamkannya. Akal kita telah ditutupi ego sendiri.
Berjuang biarlah kena pada tempatnya. Jauhilah sikap mementingkan diri dan elakkan perbuatan melebihi batas.
mereka angankan situasi ini dan menjadi "hero"
|
Saya
pantulkan tulisan dua orang pengulas yang cukup bertenaga memberi
kesedaran kepada setiap warga negara terutamanya kaum Muslimin agar
tidak terjerumus ke lembah hina. Apa yang mereka perjuangkan itu
hanyalah satu sangkaan sahaja malah ia hanyalah satu caturan yang
berwajah "kebangkitan palsu":
Banyak
daripada kalangan orang Barat yang menghormati Islam sebagai agama
samawi sendiri kini mula menyedari dan sedang mendedahkan agenda jahat
golongan ini yang didalangi oleh segolongan kecil manusia yang amat
berkuasa di dunia sekarang. Mereka ini, yang turut menguasai pemikiran
orang Barat yang jahil, sebenarnya adalah golongan yang menolak apa jua
agama.
Mereka
hanya berpura-pura beragama dan sebenarnya mempelopori pluralisme dalam
agama untuk melemahkan pegangan manusia terhadap apa jua agama. Mereka
sebenarnya amat membenci kitab-kitab Allah dan melihat agama apa jua
sebagai penghalang kepada pencapaian citac-cita mereka. Mereka mahu
mencorakkan dunia mengikut acuan, kehendak dan kepentingan duniawi
mereka semata-mata. Puak-puak di luar daripada golongan ini, sama ada
yang turut membenci Islam, atau yang mempunyai kepentingan sempit
masing-masing, juga berselingkuh dan juga ada yang diperalatkan oleh
golongan ini bagi mencapai matlamat mereka menguasai dunia dan sesisi
alamnya sekali.
Mereka
mempelopori feminisme, hedonisme, hak asas manusia termasuk untuk
memilih cara hidup yang membelakang hak masyarakat dan hak-hak dan
larangan Allah, “demokrasi ala mereka” termasuk menerusi social unrest
dan social uprising, Amat malang dan malapetaka sekiranya bukan sahaja
umara' malahan golongan Ulama terutama daripada parti PAS kelihatannnya
amat sedikit pengetahuan tentang agenda golongan ini sehingga saudara
seagama sendiri disangka musuh. Sedangkan orang-orang, yang sama ada
secara mereka sedar atau tidak sedar, bersekongkol dengan golongan
tersebut, dirangkul erat oleh ulama-ulama ini sebagai sahabat
seperjuangan.
Ulama-ulama
ini dikhuatiri telah tersesat jalan lantaran mereka gagal membaca
tanda-tanda siapakah sebenarnya musuh Ummah di akhir zaman ini dan
membiarkan diri mereka dan umara' diperalatkan oleh golongan ini untuk
menjatuhkan sebuah kerajaan yang diterajui oleh saudara segama mereka
sendiri.
BERSIH Untungkan Siapa ?
Pejuangmelaka tertarik apabila membaca komen seorang penulis dalam sebuah akhbar yang
mengatakan bahawa semua pihak yang terlibat didalam BERSIH mengatakan
mereka berjaya.
Jika
ditanya pada polis, mereka akan kata mereka berjaya menahan demonstrasi
haram. Kalau ditanya Ambiga, dia mengatakan BERSIH telah berjaya
menyampaikan mesej. Kalau ditanya pimpinan parti politik, mereka juga
mengatakan berjaya mengumpul dan menyedarkan masyarakat tentang
kezaliman pemerintah.
Yang mengatakan rugi cuma peniaga-peniaga berdekatan yang terpaksa menutup kedai.
Bagi Pejuangmelaka yang paling rugi ialah umat Islam!
Pejuangmelaka juga turut merasa sedih diatas apa yang berlaku terhadap rakyat yang
ikhlas berjuang tetapi dipukul, disepak dan akhirnya ditangkap untuk
ditahan di Pulapol. Peristiwa ini mengingatkan saya kembali akan apa
yang berlaku pada tahun 1997 dimana ketika bangkitnya gelombang
reformasi ramai rakyat yang terpaksa menghadapi mehnah yang tak kurang
getirnya. Saya menyanjungi keberanian rakyat negara ini.
Namun
disebalik itu saya bertanya pada diri sendiri, apakah mereka sedar apa
yang mereka perjuangkan atau semata-mata mengikut apa orang lain buat?
Adakah mereka mengkaji siapa yang sebenarnya memainkan peranan disebalik demonstrasi BERSIH ini ?
Pernahkan mereka melihat dengan siapa mereka menentang? Adakah mereka menilai apa implikasinya kepada Islam dinegara ini?
Pejuangmelaka yakin ramai umat Islam tidak benar-benar mengetahui matlamat perjuangan ini melainkan hanya mahu melihat pemerintah jatuh.
Tanpa kita sedar pergerakan seperti ini sebenarnya telah di pelopori oleh sebuah NGO bernama National Endowment For Democracy yang
berpangkalan di Washington, US yang telah mempunyai jaringan seluruh
dunia yang menggelarkan diri mereka sebagai “World Movement Of
Democracy”.
WMD
|
Mereka
ini memperjuangkan Civil Society (masyarakat madani) yang beriman
bahawa semua manusia perlu menerima nilai-nilai sejagat yang menuntut
persamaan, dengan menolak keistimewaan mana-mana kaum, dalam semua aspek
termasuk agama dan hak wanita.
Mereka
berjuang atas istilah “Human Rights”. Antara strategi mereka ialah
dengan menggerakkan rakyat bagi mendesak kerajaan menerima tuntutan
mereka. Mereka juga telah mengeluarkan sebuah laporan yang bertajuk
“Defending Civil Society” pada tahun 2009 dan mendapat persetujuan
beberapa pemimpin dunia yang mana salah seorang dari mereka ialah
pemimpin pembangkang negara.
Network
mereka sangat kuat dan licik dan mereka bertemu setiap 2 tahun sekali
untuk berkongsi pengalaman, kali terakhir di Jakarta pada tahun 2009.
Walaupun
mereka menafikan tetapi isu BERSIH ini tidak lagi menjadi suara NGO
yang benar-benar inginkan kebenaran tetapi sebaliknya menjadi agenda
gerakan demokrasi ini. Malangnya parti-parti politik negara dan umat
Islam dipergunakan bagi memperjuangkan agenda mereka.
Pejuangmelaka juga rasa terkilan apabila melihat Ambiga, seorang aktivis yang jelas menentang Islam, secara tiba-tiba menjadi hero kepada umat Islam.
Bukan itu saja umat Islam sanggup duduk dibelakang beliau dan mempertahankannya. Ini suasana yang sukar untuk di bayangkan.
Baru
setahun dua lepas beliau dengan lantangnya menyokong semua tuntutan IFC
dan menuntut kerajaan menerimanya sehingga NGO-NGO Islam terpaksa
bertungkus lumus mempertahankan Islam. Kenapa ini semua tidak pernah
dikirkan oleh umat Islam?
Siapa yang menjadi alat dan diperalatkan, Ambiga atau umat Islam?
Siapa
yang bergaduh sesama sendiri, umat Islam atau orang lain? Siapa yang
ramai ditangkap, umat Islam atau orang lain? Siapa yang ramai cedera,
umat Islam atau orang lain? Siapa yang ingin dijatuhkan, orang Islam
atau orang lain?
Tidak
cukup dengan itu, ada pemimpin politik Islam yang begitu bersemangat
sehingga menyatakan bahawa demonstrasi jalanan ini akan diteruskan jika
BN masih tidak mahu berubah.
Semua
ini dihujah atas dasar rasuah yang ada dan juga pelbagai kelemahan
dalam pemerintah. Walaupun tidak ada nas yang sahih mengatakan umat
Islam boleh bertahalluf dengan puak kafir bagi menjatuhkan umat Islam
yang lain, tetapi semua ini sudah dikaburi oleh bayangan kerakusan
mendapat kekuasaan yang menggila. Siapa ketuanya? Apa agendanya? Siapa
yang membiayainya? Apa implikasinya kepada Islam?
Semua ini sudah tidak menjadi perhitungan umat Islam. Yang penting kerajaan mesti disungkurkan ke bumi.
Fikiran
rakyat tidak lagi diisi dengan ilmu yang mantap sehingga begitu mudah
dikaburi oleh ism-ism yang diperjuangkan Barat dengan menyangka bahawa
itulah Islam. Umat Islam tidak lagi kenal mana musuh, mana kawan. Mana
yang harus kita berbeza dan yang mana harus kita bersama.
Umat Islam keliru dengan istilah-istilah Barat seperti demokrasi, liberalisasi, humanism, sosialism dan yang seumpamanya.
Setelah
Barat gagal membaiki kaum mereka dengan istilah-istilah ini maka mereka
kini melontarkannya pula kepada puak timur dan amat malang pihak timur
(umat Islam) menerimannya secara bulat-bulat.
Pimpinan
Islam juga dikelirukan antara "keadilan" Islam dan "kesamaan" Barat.
Pengikut pula bertaqlid secara buta kepada pimpinan sehingga menganggap
selain dari itu adalah kebatilan.
Medan-medan
yang disediakan untuk mendampingi masyarakat bukan lagi menjadi tempat
untuk menyebarkan ilmu tetapi menaikkan sentimen kebencian kepada umat
Islam lain.
Akhirnya siapa yang rugi kalau bukan umat Islam. Siapa umat Islam itu kalau bukan orang Melayu.
No comments:
Post a Comment