Tuesday, November 20, 2012

Ungkapan Guriskan Bangsa Melayu !




Dalam sebuah forum yang dianjurkan golongan Nasrani, pemimpin wanita itu ditanya:

“Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali?”

Pemimpin wanita itu kemudian dengan yakin dan penuh bersemangat menawarkan jawapan:

“..apabila anda bertanya kepada saya.. tiada paksaan dalam agama (sambil memetik sebahagian maksud ayat 256 dari surah al-Baqarah). Dr. Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut (sebelumnya). Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu".

"Ia mesti diaplikasi secara sama rata (termasuk Melayu yang sedang beragama Islam juga bebas memilih agama?). Inilah asas.”

Selepas kenyataan itu sampai ke pengetahuan umum, maka ayat suci al-Quran dari surah al-Baqarah dari ayat 256 pula terus dijadikan sebagai senjata untuk mempertahankan diri daripada kecaman yang datang dari semua sudut.

“Tidak ada paksaan dalam agama (ad-deen, Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dan kesesatan. Oleh itu sesiapa yang tidak percayakan taghut dan ia pula beriman kepada Allah maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan yang teguh, yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” -(Quran, al-Baqarah: 256)

Bagi Pejuangmelaka, ia satu kenyataan yang tiada pertimbangan daripada seorang yang bergelar pemimpin (merujuk kepada jawapan yang diberikan sebagai menjawab soalan peserta forum berkenaan). Ingin tahu kenapa? Ia kenyataan yang sangat menggembirakan bagi golongan penganjur forum tersebut (Nasrani). Kerana apa? Kerana agama Nasrani juga tidak membenarkan umatnya menukar agama, Islam juga tidak membenarkan umatnya menukar agama. Tidak percaya? Lihat ayat yang dipetik dari Bible-Kitab Deuteronomy.

13:6 Apabila saudaramu atau anak-anakmu yang lelaki atau perempuan, atau isterimu yang kamu kasihi atau kawan karibmu dengan diam-diam mengajakmu untuk menyembah tuhan lain (menukar agama)….

13:8 Usah mengikut pujukan dia dan jangan biarkan dirimu dipujuk olehnya. Jangan juga kamu mengasihani atau melindungi orang itu.

13:9 Dia harus dilempar dengan batu sampai mati. Engkau yang harus mula melempar batu terhadap dia, diikuti oleh seluruh rakyat. Orang yang bersalah (keluar agama) itu harus dibunuh, sebab dia mahu menjauhkan kamu dari Tuhan...

13:11 Maka seluruh bangsa Israel akan mendengar tentang pembunuhan itu dan menjadi takut, sehingga tidak seorang pun berbuat sejahat itu (keluar agama) lagi. -(Bible, Deuteronomy 13: 6-11)

Jadi, kenyataan itu memang sangat menggembirakan umat Nasrani kerana mereka seperti sudah dapat ‘keizinan besar’ untuk membawa orang Melayu masuk ke dalam agama mereka, keizinan itu pula seperti sedang dalam keadaan embargo yang hanya menunggu masa untuk dijalankan secara lebih berkesan, itu pun kalau pemimpin wanita itu bersama parti politiknya dapat mandat memerintah negara daripada rakyat nanti. Nasrani tahu Islam tidak membenarkan umatnya menukar akidah atau berdepan dengan hukuman mati.

Mereka juga tahu, hukuman mati juga memang ada dalam agama mereka sebagai menghukum penganut-penganut agama mereka yang menukar ke agama lain. Agama mereka juga tidak membenarkan menukar agama, tetapi mereka gembira dan sebab itulah mereka beri tepukan gemuruh apabila ada pemimpin politik yang agak lembap dalam membuat pertimbangan itu memberikan jawapan sedemikian, dan pemimpin itu pula ialah orang Islam sendiri. Satu bonus besar kepada Nasrani. Pemimpin wanita itu pula mesti berbangga pada masa itu atas sebab jawapannya itu mendapat tepukan gemuruh dari seluruh isi tempat forum, tetapi tidak tahu di luar sana akan ada bunyi guruh di langit.

Di baris tempat duduk pemimpin wanita itu pula ada seorang pemimpin lelaki dari parti berimej Islam yang tidak memakai ‘hiasan kepala’ pada waktu itu. Hanya duduk diam tanpa ada ketegasan untuk memperbetulkan apa yang tidak betul dalam kenyataan itu. Mungkin ketakutan dan menahan diri daripada hampir terkencing di dalam seluar selepas mendengar tepukan gemuruh dari kebanyakan peserta forum yang kebanyakannya Nasrani. Dia pun mungkin tidak tahu yang ada bunyi guruh di langit yang mana bunyinya jauh lebih menggerunkan daripada tepukan gemuruh itu.

Sebuah parti politik lain (berimej Islam) yang sebelum ini pula dan masih kerap menafikan bahawa ada gerakan memurtadkan orang Islam di negara ini. Itu pun lembap juga, sebab tidak pernah cuba melihat dunia ‘missionaries’ dengan cerdik.

Lihatlah keadaan ini. Mubaligh Nasrani sanggup berlayar ke Papua New Guinea pada tahun 2001 walaupun mereka tahu di Papua sana (wilayah Bimi) ada manusia cannibal yang makan daging manusia. Tetapi mereka berani dan sanggup bergadai nyawa untuk mengembangkan agama mereka sampai ke sana. Kesannya, hari ini terdapat lebih 1,000 penganut Nasrani di Papua dan lain-lain lagi masih mengamalkan agama nenek moyang mereka.

Kalau sampai ke Papua pun mereka sanggup pergi untuk menyebarkan agama mereka, ini kan pula di Malaysia yang penduduknya  kebanyakan Melayu yang makan nasi dan tidak makan daging manusia. Common sense.. kalau itulah semangat menyebarkan agama di kalangan mubaligh Nasrani yang kita lihat sampai sanggup tanggung risiko dimakan orang cannibal di Papua, apatah lagi semangat mereka untuk menyebarkan agama mereka di Malaysia ini. Pasti semangat mereka lebih berkobar-kobar mahu mengajak orang Melayu masuk ke agama mereka.

Berhubung kenyataan pemimpin wanita yang mengeluarkan kenyataan curang itu, saya memang tidak berasa terkejut. Sama juga dengan kenyataan dari seorang lagi pemimpin politik (lelaki) yang mengeluarkan kenyataan menyokong sebarang usaha untuk menjamin keselamatan negara haram Israel, pun saya tidak terkejut.

Tidak terkejut kerana cara mereka sudah lama saya perhatikan, ke lubang mana mereka cenderung walau ke lubang biawak sekali pun dan apa yang akan mereka lakukan selepas ini, semua sedang dalam jangkaan saya. Kerana apa? Kerana saya STALKERI’m stalking youI’m stalking every each of youYou do know me a little, but I do know you a lot.

Kalau pemimpin wanita itu berkata demikian: “..apabila anda bertanya kepada saya.. tiada paksaan dalam agama (sambil memetik sebahagian maksud ayat 256 dari surah al-Baqarah). Dr. Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut (sebelumnya). Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu". Ia mestidiaplikasi secara sama rata (termasuk Melayu yang sedang beragama Islam juga bebas memilih agama). Inilah asas.”

Maka  Pejuangmelaka minta dia fahami semula ayat ini:

13:6 Apabila saudaramu atau anak-anakmu yang lelaki atau perempuan, atau isterimu yang kamu kasihi atau kawan karibmu dengan diam-diam mengajakmu untuk menyembah tuhan lain (menukar agama)….

13:8 Usah mengikut pujukan dia dan jangan biarkan dirimu dipujuk olehnya. Jangan juga kamu mengasihani atau melindungi orang itu.

13:9 Dia harus dilempar dengan batu sampai mati. Engkau yang harus mula melempar batu terhadap dia, diikuti oleh seluruh rakyat. Orang yang bersalah (keluar agama) itu harus dibunuh, sebab dia mahu menjauhkan kamu dari Tuhan...

13:11 Maka seluruh bangsa Israel akan mendengar tentang pembunuhan itu dan menjadi takut, sehingga tidak seorang pun berbuat sejahat itu (keluar agama) lagi. -(Bible, Deuteronomy 13: 6-11)

Pemimpin wanita itu dan juga orang-orang yang mengatakan kenyataan curangnya itu sebagai tidak salah juga wajar faham ayat ini:

“Katakanlah: “Hai orang-orang kafir! . “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.  “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.  “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.  “Bagi kamu agama mu, dan bagiku agama ku”. – (Quran, al-Kafirun)

Dan jangan pula lupa dengan ayat ini:

“ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu apa pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” – (Quran, al-Baqarah: 120)

 Pejuangmelaka tidak mahu tulis lebih panjang sebagaimana kritisnya dan bernasnya kata-kata keras lagi tajam daripada DRIFTER dalam menempelak kenyataan seorang pemimpin politik yang menyokong keselamatan Israel seperti dalam artikel sebelum ini.

Cuma, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan, sila congak guna akal dengan cara yang lebih pantas daripada komputer dengan membuat pertimbangan terhadap segala perkara terlebih dahulu. Akal kita boleh berfikir lebih pantas dan lebih cekap daripada komputer (nanti kita cerita perkara ini dalam artikel lain pula). Akal perlu dibiasakan cerdas, jangan lembap-lembap.

Pejuangmelaka tidak mahu kata apa-apa kepada pemimpin wanita itu. Cukuplah kalau saya kata dia agak lembap dalam membuat pertimbangan dengan menggunakan kecerdasan akal secara sewajarnya sebelum mula berkata-kata.

No comments:

Post a Comment