Monday, November 26, 2012

Dong Zhong Anti Perpaduan !


Imej
Dong Zong buat hal lagi. Jumaat 9 november 2012, satu iklan telah disiarkan di dua akhbar berbahasa Cina yang dominan iaitu Sin Chew Daily dan Nan Yang SIang Pau.

Terjemahan Bebas:
SURAT DARIPADA DONG ZONG KEPADA RAKYAT
Negara kita ialah sebuah Negara yang mempunyai pelbagai kaum, bahasa, kebudayaan serta agama. Namun, Selama ini kerajaan telah mengabaikan hak yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kepada semua kaum untuk menggunakan bahasa ibunda. Kerajaan telah melaksanakan dasar pendidikan satu aliran secara jangka masa panjang yang tidak selaras dengan keadaan Negara kita. Sejak <Laporan Tun Razak 1956> yang mengemukakan dasar pendidikan yang berorientasi “satu bahasa, satu jenis sekolah”, dasar-dasar pendidikan Negara yang seterusnya seperti laporan pendidikan, akta pendidikan dan pelan pembangunan pendidikan juga tidak dapat dipisahkan daripada pemikiran untuk mencapai matlamat utama tersebut. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang baru diumumkan turut mempunyai konsep yang sama dan lebih dipergiatkan.
Pelan tersebut masih terus berpegang kepada dasar pendidikan satu aliran dan meminggirkan sekolah rendah Cina dan sekolah rendah Tamil sebagai matlamat utama. Pelan tersebut mencadangkan sekolah rendah Cina dan Tamil menggunakan sukatan, buku dan cara mengajar subjek Bahasa Melayu yang mempunyai standard sama dengan sekolah rendah kebangsaan, Oleh itu, masa belajar Bahasa Melayu di sekolah telah ditambah secara ketara sehingga 570 minit setiap minggu. Ini akan menyebabkan struktur sukatan pelajaran di sekolah rendah Cina dan Tamil menjadi tidak seimbang dan ini akan menjejaskan matlamat untuk menggunakan  bahasa ibunda dalam pengajaran.
Pelan tersebut bertujuan untuk mempopular dan meningkat kualiti pendidikan, namun tindakan ini adalah tidak adil kepada sekolah agama dan SMPC serta mengabaikan janji kepada sekolah menengah kebangsaan dan sekolah katolik. Tindakan ini juga menafikan sumbangan SMPC terhadap pembangunan Negara dan sengaja mengecualikan ia daripada arus pendidikan Negara.
Pelaksanaan pelan pembangunan pendidikan tersebut mencabuli prinsip pendidikan yang adil, dan ini tidak menguntungkan pembangunan pendidikan pelbagai kaum dan bahasa serta menghalang perpaduan dan masyarakat yang harmoni, dengan ini kita harus tegas untuk membantah pelaksanaannya.
Sekarang, pendidikan bahasa etnik menghadapi krisis, dan cara perjuangan yang selama ini tidak berkesan. Dong Zong berpendapat bahawa kita harus menggabungkan semua kuasa daripada pelbagai pihak dan lapisan masyarakat untuk mengambil tindakan yang lebih praktikaldemi menyampaikan hasrat kita untuk melindungi dan membangunkan pendidikan bahasa etnik. Oleh demikian, kami akan menganjurkan “Perhimpunan aman 1125” pada 25 November 2012, jam 11 pagi di Padang Timur, AmCorp Mall, Petaling Jaya untuk bersatu kuasa daripada pelbagai kaum, pelbagai lapisan masyarakat, pelbagai parti politik, persatuan-persatuan dan badan-badan NGO  untuk membantah Pelan Pembangunan Pendidikan yang dapat mengugat pembangunan pendidikan bahasa ibunda dan perpaduan kaum. 

pejuangmelaka-Bersatulah bangsaku !!!

No comments:

Post a Comment