BAHAN peledak (gun powder) sudah dimasukkan ke dalam laras senapang, peluru juga sudah dimasukkan dan ditekan-tekan sedikit supaya ia mampat dengan tekanan yang sepatutnya, tinggal hanya picu sahaja yang perlu ditarik dengan jari telunjuk supaya senapang itu meletup dan pelurunya meluru keluar mengena tepat ke jantung musuh.
Senapang itu tidak seperti senapang-senapang automatik yang lazim digunakan dalam siri-siri perang moden. Ia seperti senapang yang biasa digunakan semasa zaman Perang Saudara (Civil War)
di Amerika pada beberapa ratus tahun dahulu. Ia juga kerana perumpamaan
terhadap senapang itu sebenarnya merujuk kepada perang saudara yang
sedang diciptakan untuk menjayakan gelombang kedua.
Senapang itu sudah siap diisi peledak dan peluru. Hanya menunggu masa untuk diletupkan, ditembak ke arah sasaran yang semakin terdedah.
Organisasi-organisasi The Pillars sentiasa mengambil peluang terhadap perkembangan di Asia Barat. Malah sebelum tercetusnya Arab Spring, organisasi-organisasi itu telah lama merancang untuk menstrukturkan semula tradisi politik di Asia Barat.
Bukan sekadar merancang,
organisasi-organisasi itu mewujudkan pula sub-sub organisasinya yang
mana sub-sub itu masuk secara senyap-senyap ke Asia Barat untuk
‘mendakyahkan’ pemikiran dunia baharu kepada golongan sivil di
negara-negara Asia Barat dan Afrika. Pemikiran yang sudah lama
diperkenalkan di Eropah dan sebahagian dunia lain tetapi diperbaharui
mengikut keperluan pra-syarat kepada cetusan gelombang kedua.
Pemikiran liberalism dengan
pendekatan-pendekatan baharu, menggalakkan golongan sivil bergalak mesra
dengan hak-hak asasi manusia yang tidak mereka benar-benar fahami dan
memasukkan segala pemikiran agresif dan militan dalam menuntut revolusi
dan reformasi ke arah dunia baharu yang menjanjikan kesenangan dan
keadilan kononnya. Ia adalah pemikiran-pemikiran yang ditaja oleh The Pillars. Pemikiran yang mengheret manusia ke lembah sekular dan akhirnya mati kelekaan di lembah itu secara senyap-senyap.
Foundation For The Future (FFF),
sebuah organisasi yang pada kertasnya didirikan untuk melibatkan
(mengheret?) masyarakat di Asia Barat dan Afrika untuk menyokong
badan-badan bukan kerajaan (NGO) di dalam usaha membangunkan demokrasi
dan kebebasan. Ia bermakna FFF adalah berfungsi sebagai ‘memujuk’
masyarakat Asia Barat dan Afrika untuk menyokong NGO yang akan membawa
mereka ke arah demokrasi dan kebebasan.
Apa pula NGO-NGO yang dipastikan untuk mendapat sokongan masyarakat Asia Barat dan Afrika? Ia adalah National Endowment for Democracy (NED), National Democratic Institute (NDI) dan banyak lagi jenama NGO lain yang mana diketahui melancarkan operasi Arab Spring dan Mission Occupy di Asia Barat. Ia juga adalah The Pillars.
Hasrat utama The Pillars dalam
konteks masyarakat sivil ialah menjadikan demokrasi sebagai tujuan
utama masyarakat itu dalam membina semula negara mereka setelah diberi
perkhabaran mengelirukan bahawa sistem sedia ada adalah tidak adil dari
kaca mata hak asasi manusia.
Ia memberi fokus kepada
kebebasan, hak asasi manusia, kebebasan bersuara, keadilan dan membawa
sistem pilihanraya demokrasi ke arah yang dikatakan lebih demokratik,
memberi akses kepada ketelusan maklumat, kebebasan pertubuhan, kebebasan
media, memberi kuasa kepada wanita (hak asasi wanita dalam ruang
lingkup hak asasi manusia) dan beberapa lagi fokus lain.
Ia juga kedengaran sama dan
selari dengan setiap gerakan NGO tertentu yang bertebaran di seluruh
dunia hari ini iaitu menyuarakan fokus-fokus yang sama.
Perlu sensitif terhadap
perkembangan ini ialah keperluan untuk menjejak gerakan-gerakan mereka
di Asia Barat dan juga sebahagian dunia yang lain. Mereka
telah bergerak di Tunisia dan Mesir, mereka telah berjaya di sana.
Mereka juga telah bergerak di Libya dan telah berjaya. Sekarang mereka
masih bergerak di pentas dunia.
Apabila dilihat
daripada lingkaran NGO-NGO ini termasuk FFF, NED dan NDI, didapati
bahawa NGO-NGO ini mempunyai negara tumpuan yang berbeza-beza. Contohnya
FFF memasukkan Turki, Mesir dan Iraq ke dalam senarai mereka melalui
wakil-wakil (ejen-ejen pillars) yang dilantik dari negara-negara
itu. Manakala NED diketahui beroperasi melalui ejen-ejennya di Mesir,
Libya dan Syria. Beberapa pertubuhan lagi sedang cuba melebarkan operasi
ke Arab Saudi. Lain-lain NGO pula melibatkan zon-zon berbeza.
Ini adalah benang untuk anda. NGO-NGO
berkenaan mempunyai zon-zon operasi yang berbeza. Apabila dihubung-kait
setiap NGO itu dan juga zon-zon operasi mereka, kita akan dapati semua
zon yang terdapat dalam senarai operasi NGO-NGO itu membentuk zon-zon
yang menjadi sebahagian daripada The Greater Israel.
Perkara yang boleh
dilihat di sini ialah wujud keselarian NGO-NGO itu dalam mengadakan
kerjasama untuk mendirikan demokrasi mengikut kehendak mereka di zon-zon
yang menjadi sebahagian daripada rancangan The Greater Israel. Untuk melihat pertalian antar NGO-NGO ini, kita wajar melihat plan The Greater Israel kerana zon-zon pengoperasian NGO-NGO itu secara jelas membentuk sebuah peta yang dinamakan sebagai The Greater Israel.
Maka tidak hairan apabila FFF
mengatakan bahawa mereka adalah sebuah organisasi bebas yang ditubuhkan
untuk melibatkan masyarakat di Asia Barat dan Afrika untuk menyokong
NGO-NGO di dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan. Jelas di
situ.
Apabila agenda NGO-NGO itu mendapat sokongan masyarakat, maka jaringan ke arahThe Greater Israel dan The New Order of the New World akan
terbentuk dengan sendiri dalam rangka kerja yang dibangunkan dalam
ruang lingkup kelalaian akibat kesibukan masyarakat Asia Barat sendiri.
Masyarakat yang
terlibat memberi sokongan terhadap gerakan demokrasi di bawah NGO
terbabit dan juga sub-sub-sub (pecahan sub ketiga) NGO yang lebih kecil
adalah secara tidak langsung diheret dalam menjayakan The Greater Israel.
Dalam erti kata lain, masyarakat di Asia Barat (minoriti sebahagiannya)
dipaksa untuk sibuk dalam memperjuangkan demokrasi yang secara halusnya
membawa ke arah The Greater Israel yang mempunyai perisa liberalism berencah sekularism Zionis.
Dalam zon lain yang berbeza dengan zon Asia Barat, terdapat rancangan licik lain yang tidak kurang sama besarnya dengan The Greater Israel iaitu The Greater World. (Rujuk artikel: Kotak tidak berkunci).
Gerakan-gerakan NGO yang berfungsi sebagai The Pillars itu adalah kerja-kerja penting dalam menggerakkan dunia ke arah New World Order (NWO) gelombang kedua. Mesir pula sedang diheret ke dalam Dasar Desentralisasi selepas melalui Reform 2.0(pernahkah
anda dengar terma dasar desentralisasi ini dalam matapelajaran sejarah,
tahu apa tujuannya?), lain-lain negara yang sudah kecoh di Asia Barat
juga akan mengalami nasib yang sama.
Turki secara tidak langsung terlibat sama dalam kekecohan di Syria apabila terdapat beberapa serangan daripada Syria terhadap
Turki. Petanda-petanda awal terhadap konflik lebih besar pula kerap
kedengaran apabila diramalkan bahawa akan tercetus perang besar di Asia
Barat akibat hubungan Syria dan Turki yang semakin terdedah kepada kebuntuan pemulihan hubungan kedua-dua negara.
Pertembungan antara sebuah negara sekular (Turki) dengan sebuah pemerintahan Syiah (Syria)
akan menyebabkan umat Islam di Asia Barat terus terhimpit di
tengah-tengah. Ia juga akan mengundang sentimen tidak selesa di kalangan
negara-negara Islam yang lain di sekitarnya dan seluruh dunia dan
akhirnya mewujudkan ketegangan yang lebih buruk.
Setiausaha Kerajaan Amerika, Hillary Clinton juga pernah mengeluarkan kenyataan mengaku bahawa Amerika ada membekalkan senjata kepada pemberontak di Syria dengan alasan membantu mereka menggulingkan pemerintahan rejim kejam di Syria. Soal Clinton menyokong pihak yang mana adalah tidak penting, lebih perlu kita fokus ialah keperluan Amerika (gerakan bawah tanah yang terpisah daripada keputusan kerajaan Amerika) untuk menyemarakkan ketegangan di Syria.
Jadi, wujud benang baharu
apabila Clinton secara tidak berhati-hati mengeluarkan kenyataan
seperti itu. Benang yang menghubungkan gerakan bawah tanah Amerika
bersama-sama FFF, NED, NDI dan sebagainya dalam menjamin terbentuknya The Greater Israel dengan mengambil peluang daripada kelekaan dan kesibukan masyarakat Asia Barat berperang sesama mereka.
Di sini, penafian yang
mengatakan Amerika tidak terlibat dalam penyaluran dana kepada FFF, NED
dan NDI adalah tidak berasas sama sekali sebaik sahaja Hillary Clinton
mengeluarkan kenyataan sedemikian. Ia kerana terdapat banyak benang lain
yang menghubungkan Amerika dan Eropah (perkakas Israel) untuk mencipta
kekecohan dan konflik di Asia Barat sehingga menjadi faktor sibuk dan
faktor leka bagi masyarakat Arab di sana.
Kini,
gerakan-gerakan NGO itu sudah masuk pula ke Yemen, Jordan dan Qatar.
Masyarakat sivil di sana sedang didedahkan kepada kisah-kisah ‘mitos’
demokrasi yang menjanjikan hak sama rata serta kebebasan dan keadilan
untuk semua. Seminar-seminar dan kursus-kursus diadakan bagi memberi
pendedahan kepada golongan belia di sana terhadap ‘mitos’ demokrasi dan
‘manfaat’ yang akan mereka dapat apabila demokrasi diamalkan secara yang
‘sepatutnya’. Apabila timbul pula konflik baharu di negara-negara
berkenaan pada masa hadapan, ia adalah sesuatu yang tidak menghairankan.
Di Morocco pula, ia digerakkan dengan cara lain. Dalam gerakan ini, ia
melibatkan sebahagian Afrika serta keseluruhan Asia Barat dan juga
negara-negara Arab termasuk Kota Mekah dan Madinah di Arab Saudi. Ia adalah massive agenda yang akan memberikan shocking sensation kepada seluruh dunia.
Soal NGO-NGO itu
memihak kepada siapa adalah tidak penting. Paling perlu diberi fokus
ialah kesan yang akan timbul iaitu ketegangan yang menjanjikan campur
tangan Amerika, Eropah dan khidmat nasihat Israel yang turut mempunyai
kepentingan besar di Asia Barat. Apabila ketegangan itu berlaku di Asia
Barat, maka Israel akan memainkan peranan dengan alasan ia juga mahu
menjaga kepentingannya di Asia Barat walhal Israel lebih selesa
menganggotai Kesatuan Eropah dalam hubungan antarabangsanya.
Kisah di sebelah sana ialah The Greater Israel. Manakala kisah di sebelah sini (di sebelah kita) pula ialah The Greater World. Kedua-dua itu digerakkan oleh organisasi-organisasi ‘bebas’ yang dinamakan sebagai The Pillars of the Zionist.
The Print of Projects
“Long before uprisings and popular protests started to tip the political balance in theMiddle East, the Cairo-based Resources for Development Center (RDC) understood
the powerful tool for political mobilization that internet could be,
sidestepping official restrictions on freedoms of expression, speech and
opinion. RDC developed the‘Reform 2.0’ project, thanks to a grant from the Foundation for the Future, and with the ambition to train 100 NGOs and 10,000 young internet users to advocate for change.
Less than six months after the initiation of the project, RDC has
already trained dozens of youth to develop online advocacy groups and
campaigns, and drawn over 1,500 members – from Egypt and beyond - to the project..” – FFF 2011 Public Report on Egypt.
“Half of Yemen’s
22 million citizens are under 16 years of age and the population is set
to double by 2035. In general, these youths make up a large portion of
unemployment and casualties from violence but rarely have
representation in government or civil society. Limitations on freedom of
speech in the country also limit the youth voice in both formal and
informal communication channels. The Youth Leadership Development Foundation (YLDF) in Sana’a has been working since 2005 to empower youth with its economic center that develops youths’ job skills, a learning center for young girls, and trainings on human rights and citizenship. The Foundation for the Future aids in this last goal through its sponsorship of the project, “Youth for Human Rights-Training of Trainers.” – FFF 2012 Public Report on Yemen.
“The Foundation exercises the widest possible flexibility in its activities within the region,seeking to draw on indigenous reformers and their ideas, and to include them in innovative approaches which nurture grass-roots civil society organizationsand their leaders and recognize the creativity of governments as they encourage such organizations to join them in strengthening democratic processes and institutions.” – FFF: The Mandate.
Print bagi gerakan ini
adalah hampir sama dalam menggerakkan agenda mereka ke seluruh dunia.
Istilah Reform 2.0 (di Mesir), Morocco Reform 2.0 (di Maghribi),
Revolution 3.0 (di Syria) dan sebagainya yang menggambarkan siri-siri perjuangan segolongan tertentu adalah didirikan atas agenda yang sama walaupun digerakkan dalam mood yang berbeza iaitu sama ada secara agresif, secara occupy atau sebagainya.
Benang yang tidak
digambarkan dengan cara jelas dalam gerakan ini ialah ia masih
bergantung kepada gerakan-gerakan yang mendapat kerjasama dengan NGO-NGOThe Pillars yang bekerja untuk menjayakan The Greater Israel dan The Greater Worlddalam
konteks ruang lingkup perubahan sistem politik atau sistem pilihanraya
dalam kancah demokrasi melalui siri-siri yang bersambung-sambung dari
semasa ke semasa.
Sentimen yang dimainkan pula adalah berkisar mengenai working-class environmentyang mampu mempengaruhi golongan sivil untuk sama-sama turut serta dalam gerakan-gerakan NGO pillars seperti ini, ia adalah mind game. Kata lain, projek-projek yang dijalankan itu menjadikan working-class sebagai
sasaran untuk diperdayakan dan seterusnya golongan itu dimasukkan ke
dalam agenda masyarakat yang kononnya berjuang untuk mendapatkan
demokrasi mengikut pengertian yang mereka sendiri tidak faham.
Petikan-petikan daripada
laporan-laporan di atas adalah biasa sahaja apabila dibaca secara sekali
imbas. Namun apabila diteliti secara lebih kritis, didapati bahawa
projek-projek yang dijalankan adalah untuk memainkan peranan working-class environment(dan mempermainkan perasaan working class) dalam mencapai cita-cita mendirikan dunia baharu yang lebih demokratik mengikut definisi The Pillars. Paling perlu dilihat ialah zon-zon pengoperasian NGO-NGO berkenaan yang melibatkan zon-zon The Greater Israel.
Istilah-istilah yang
menggambarkan siri-siri perjuangan golongan tertentu itu adalah
terang-terangan digerakkan oleh NGO-NGO yang menjunjung agenda The Pillars.Ruang
lingkup ia digerakkan ialah masih dalam ketumpatan kedunguan yang sama
iaitu berputar dalam ruang politik, demokrasi, pilihanraya, sistem
pemerintahan dan sebagainya yang melibatkan kuasa pemerintahan dan
proses penentuan kuasa pemerintahan di sesebuah negara.
Pada tempoh antara
tahun 2010 hingga 2011, Jerman mengambil keputusan tegas mengharamkan
NED dan NDI daripada terus beroperasi di negara itu. Selain, itu
negara-negara lain termasuk Rusia dan China juga mengambil langkah sama
di samping memantau NGO-NGO lain yang dikhuatiri mempunyai jaringan
rahsia dengan NED dan NDI serta lain-lain NGO antarabangsa yang
menjunjung agenda The Pillars.
Langkah Rusia dan
China menunjukkan bahawa NED dan NDI melantik proksi-proksi dari
kalangan NGO-NGO tempatan di sana untuk menggalas cita-cita NED dan NDI
dalam paksi The Pillars untuk menempatkan dunia di sebelah sini sebagai The Greater World. Ia kerana Rusia dan China sudah sedia tahu dengan The Print dalam gerakanThe Pillars.
Halangan kepada Amerika dan Israel di rantau Asia Timur
Kebangkitan China dalam
persekitaran ekonomi Asia dan Dunia menjadi penghalang besar kepada
Amerika dan Israel untuk mengukuhkan kepentingannya. Manakala lokasi
strategik laluan dunia seperti Malaysia dan Singapura pula adalah antara
faktor penting untuk menjamin kepentingan Barat dalam persekitaran
ekonomi dunia.
Untuk menenggelamkan
China, maka lokasi strategik seperti Singapura dan Malaysia adalah satu
keperluan kepada Amerika dan Eropah. Dalam kes Singapura, kepentingan
tersebut sudah dinikmati Amerika dan sekutu, namun mereka masih
memerlukan satu jaminan besar di Malaysia untuk mengukuhkan kedudukan di
Singapura. Tanpa menguasai polisi-polisi Malaysia, kepentingan mereka
yang berpangkalan di Singapura juga boleh terancam pada bila-bila masa.
Terus menjadi
penghalang kepada cita-cita Amerika dan Israel ialah hubungan rapat
Malaysia dengan China. Ia kerana China adalah satu-satunya kuasa besar
di Asia Timur yang mampu melemahkan kekuasaan Amerika dan Israel dalam
konteks ekonomi dunia.
Bagi menjamin
kepentingan Amerika dan Israel sehingga dapat menyekat kemaraan China
dalam hubungan diplomasinya dengan dunia luar, maka menguasai Malaysia
adalah satu keperluan kerana Malaysia selama ini memainkan peranan
memulihkan imej China di mata dunia dan kesan daripada pemulihan imej
itu, China berkembang pesat selepas dunia melihat hubungan Malaysia
dengan China, iaitu selepas dunia melihat China yang komunis itu tidak
bermain helah ketika menjalankan kegiatan ekonomi dan perdagangan dengan
negara luar seperti Malaysia.
Lebih parah kepada
Amerika ialah, ekonomi China tumbuh pesat pada ketika Amerika dan Israel
sedang menghadapi masalah ekonomi. Amerika pula lebih tertekan apabila
Israel tidak henti-henti meminta Amerika menyalurkan dana kepada rejim
Zionis pada ketika ekonomi Amerika sendiri sedang tercungap-cungap.
Berdasarkan latar
belakang hubungan Malaysia-China itu (sekadar memetik sedikit sahaja),
maka kemaraan China harus disekat oleh Amerika dan Israel bagi
membolehkan mereka kembali menjadi pemain utama dalam perdagangan dunia.
Selain faktor China,
reputasi lokasi strategik Malaysia dalam laluan perkapalan dagang dunia
sejak sebelum zaman penjajahan juga adalah satu faktor penting buat
Amerika dan Israel. Menguasai laluan kapal dagang di Selat Melaka juga
berupaya menenggelamkan kemaraan China dalam sektor dagang.
Kepentingannya juga sama seperti Amerika dan Israel menguasai Terusan
Suez.
Apabila ekonomi China
berjaya diruntuhkan melalui rancangan-rancangan strategik, maka ia
memberi petanda bahawa Amerika dan Israel mempunyai peluang cerah untuk
mendirikan The Greater World di sebelah sini. Untuk tujuan itu,
Malaysia yang terletak di laluan dagang Selat Melaka perlu diletakkan
proksi bagi menjamin kepentingan Amerika dan Israel dengan lebih
berkesan. Kata lainnya juga, Malaysia tertakluk kepada kepentingan
strategik ekonomi yang perlu dikuasai Amerika dan Israel.
Bagi mencapai tujuan itu, Malaysia juga tidak terlepas daripada agenda The Greater World yang digerakkan Amerika dan Israel melalui NGO-NGO The Pillars of Zionist. Gerakan-gerakan itu kemudian menyusup masuk ke Malaysia melalui NGO-NGO tempatan yang bekerja untuk menjayakan NGO-NGO pillars dan ramai yang mengkaji konspirasi dunia juga sudah lama tahu mengenai perkara ini.
Bahkan, ejen-ejen FFF
juga sudah ada di Malaysia sejak tahun 2005 hingga 2006. Sejak itu,
NGO-NGO tempatan yang baharu pula mula ditubuhkan atas beberapa
kepentingan termasuk politik, hak asasi manusia, hak kebebasan dan
bermacam-macam jenama. Selain itu, NGO-NGO tempatan yang semakin banyak
tumbuh bagai cendawan selepas hujan itu pula menggerakkan agenda-agenda
yang selari dengan agenda-agenda yang digerakkan FFF dan juga NGO-NGO pillars seperti
NED dan NDI. Ia memperlihatkan NGO-NGO tempatan tidak ubah seperti
perkakas kepada FFF, NED dan NDI dalam menggerakkan agenda-agenda
tertentu.
Tambahan pula, FFF
sentiasa menggalakkan masyarakat tempatan di sesebuah negara supaya
menyokong agenda yang digerakkan NGO-NGO yang bermotifkan hak asasi
manusia, prinsip keadilan sivil, hak sama rata, sistem pilihanraya dan
sebagainya. Bukankah ia kelihatan seperti ada benang kecil yang
menghubungkan semua gerakan itu dengan ‘seni’ jahitan yang sangat halus?
Hubungan Malaysia
dengan China yang diamalkan pada masa ini adalah penghalang kepada
Amerika dan Israel untuk menguasai ekonomi dunia dengan lebih agresif di
benua sebelah sini. Kegagalan menguasai semula Selat Melaka (selepas
merdeka) juga adalah penghalang kepada Amerika, Eropah dan sekutu Zionis
untuk menguasai perdagangan dunia di sebelah sini.
Maka, Malaysia
harus dimasukkan dalam senarai ‘wajib dapat’. Dengan itu, usaha-usaha ke
arah itu dijalankan sejak penghujung tahun 2001 dengan melantik
proksi-proksi yang diyakini mampu menggalas cita-cita Amerika dan
Israel. Ia diperhebatkan lagi semenjak tahun 2005 hingga hari ini
melalui proksi-proksi yang dipercayai.
Proksi-proksi yang bergerak dalam
ruang lingkup politik itu pula diberikan latihan secukupnya melalui
NGO-NGO tempatan yang menjadi sekutu kepada NGO-NGOpillars bagi menggerakkan skim mind control terhadap para pengikut. Ia digerakkan melalui asuhan terhadap minda pengikut untuk menjunjung slogan yang sama, iaitu demokrasi, hak sama rata, slogan rakyat, hak asasi manusia untuk semua dan sebagainya.
Manakala The Print dalam gerakan itu pula tidak jauh bezanya dengan print-print yang terdapat di Asia Barat dan Afrika. Apabila ia digerakkan atas kertas kerja utama (master working paper / master print) yang sama, maka print serta plot lokal yang
terhasil juga adalah lebih kurang sama. Dalam menjayakan semua itu,
segala-galanya menjadi mangsa manipulasi dalam ruang lingkup the print.
Proxies of the Pillars
Agenda The Greater World di bawah motto NWO sememangnya perlu dijayakan melalui proksi-proksi yang diberikan tugasan-tugasan tertentu. Manakala The GreaterIsrael yang
bakal didirikan secara eksklusif di Asia Barat juga memerlukan
kerjasama daripada proksi-proksi melalui tugasan-tugasan khas yang
tertentu.
Untuk agenda The Greater World, proksi-proksi ini bergerak dalam rangka kerja tersusun sambil mengemudi gerakan-gerakan NGO pillars secara rahsia dan pada masa sama menjaga kepentingan Israel supaya tidak tergugat oleh dasar-dasar luar sesebuah negara.
Proksi-proksi ini biasanya (kita
ambil zon Asia sahaja) lebih selesa mengeluarkan kenyataan yang
melonjakkan reputasi Amerika dan Israel, tetapi kurang gemar menyentuh soal China. Ia kerana sebarang pengucapan proksi yang boleh membantu melonjakkan reputasi China akan menjejaskan peluang Amerika di Asia.
Jadi, permainan yang
dimainkan proksi adalah menjaga kepentingan Amerika dan Israel.
Segala-galanya dibulatkan kepada Amerika dan Israel (secara nyata atau
secara berkias) dengan mengambil contoh demokrasi di Amerika adalah
terbaik dan sebagainya iaitu mengangkat Amerika sebagai contoh terbaik
untuk diteladani orang Asia.
Pada masa yang sama,
setiap negara-negara proksi yang mengamalkan dasar pro kepada sesama
Asia kerap kali dipinggirkan oleh proksi atas sebab motif utama ialah
mengangkat Amerika sebagai contoh teladan.
Maka, propaganda
kemudian ditiup oleh proksi-proksi kepada para pengikut supaya tidak
memandang kepada sesama Asia, tetapi lebih kepada mengajak atau
mempengaruhi pengikut supaya mengambil Amerika sebagai contoh terbaik
untuk diteladani, lebih kurang sama dengan istilah American-dream dalam hal hak asasi manusia dan sebagainya.
Proksi-proksi pula kebiasaannya jelas kelihatan pro kepada Amerika dan Israel. Ia kerana, The Greater World yang menjanjikan kuasa hebat kepada proksi itu memerlukan sokongan daripada Amerika dan Israel. Kata lainnya, The Greater Worldmenjanjikan kuasa pemerintahan yang sangat hebat kepada proksi.
Dalam keadaan masa kini, iaitu pada ketika Arab Spring menjadi babak paling suspen dalam pementasan wayang NWO, ia (Arab Spring)
kerap kali dijadikan modal oleh proksi-proksi untuk mempengaruhi para
pengikut supaya menggerakkan revolusi di negara-negara mereka sendiri.
Arab Spring adalah antara cubaan terbesar The Hidden Hand pada abad ini untuk menjayakan NWO dalam gelombang kedua. Sebagaimana dalam Perang Dunia Kedua (WW2), essence utama dalam menjayakan gelombang pertama NWO ialah kekacauan dan huru-hara di serata dunia.
The Essence
Essence atau pati utama
dalam menjayakan NWO gelombang pertama ialah kekacauan yang tercipta di
seluruh dunia akibat peperangan. Jadi, NWO gelombang pertama sudah
dijayakan semasa WW2.
Maka untuk mengheret dunia ke dalam gelombang kedua NWO, maka essence yang sama diulang guna, tetapi dalam mood yang
berbeza. Jika dalam WW2 (gelombang pertama NWO), dunia diheret ke
kancah perang antara negara-negara, maka dalam gelombang kedua ini
negara-negara Islam pula diheret ke kancah perang saudara-saudara.
Ia terkandung dalam skim wang perang (rujuk artikel: Wang Perang) bagi mengurangkan kos perang Amerika dan Israel. Ia kerana Amerika dan Israel terpaksa
menanggung kos yang sangat tinggi dalam siri-siri peperangan yang
disertai mereka sebelum ini sebagaimana dalam WW2, Perang Teluk, Perang Afghanistan dan sebagainya sehingga menyebabkan ekonomi kedua-dua negara sekutu itu mengalami kejatuhan melampau. Malah, Israel sendiri mengalami masalah inflasi dan kenaikan harga hartanah yang membebankan.
Untuk mengurangkan kos itu, satu print baharu dirancang sejak tahun 2005 bagi meneruskan agenda kekacauan seluruh dunia. Print itu
pula berfungsi menyelamatkan Amerika dan Israel daripada terlibat
secara langsung dalam perang-perang gelombang kedua itu. Ia dilaksanakan
dengan mencipta kekacauan dalaman di negara-negara sasaran iaitu
negara-negara yang selama ini sangat liat untuk tunduk kepada Amerika
dan Israel.
Kekacauan dalaman itu
kemudian berubah menjadi perang saudara sebagaimana yang berlaku di Asia
Barat sekarang ini. Ia tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa
gerakan-gerakan bawah tanah yang dijalankan NGO-NGO pillars yang
berperanan menyemarakkan api kemarahan masyarakat sivil di negara-negara
sasaran supaya melakukan revolusi menukar rejim pemerintahan.
Kekacauan yang tercipta
itu pula memungkinkan proksi-proksi Israel dan Amerika diangkat naik
menjadi pemerintah baharu di negara-negara sasaran dan pada masa sama
bersandiwara seolah-olah mereka itu tidak suka kepada Israel, tetapi
pada masa yang sama mengambil setiap nasihat Zionis yang disumbat ke
dalam rongga telinga mereka.
---
Kos gelombang kedua
Segala perancangan
jahat Zionis berjalan dengan sangat rapi dan teratur sehingga mampu
memperdaya golongan-golongan yang sentiasa sibuk bertelagah sesama
sendiri. Essence terpenting dalam menjayakan gelombang kedua ini
pula meresap masuk ke dalam negara-negara sasaran dengan amat mudah
sekali. Ia kerana mangsa-mangsa (anda semua) sedang lalai.
Gelombang kedua ini
mengakibatkan pertumpahan darah yang sangat banyak sebelum ia dijayakan.
Sama juga seperti gelombang pertama semasa WW2, banyak darah
ditumpahkan semasa WW2 iaitu sebelum gelombang pertama itu dijayakan.
Jadi, kos yang ditanggung oleh dunia ialah darah.
Amerika dan Israel sudah tidak mahu menanggung kos (darah) itu dan juga kos-kos yang lain (kos belanja kewangan). Maka, mereka mencipta ‘perniagaan’ baharu dengan menjadikan mangsa-mangsa menuntut kos (darah) sesama mereka. Mereka juga melantik petualang-petualang (proksi) untuk menjalankan ‘perniagaan’ itu. Manakala tugas ‘promosi’ bagi ‘perniagaan’ itu pula dijalankan oleh ‘firma-firma pengiklanan’ yang dimainkan oleh NGO-NGO pillars. Mungkin dengan perumpamaan itu boleh menjadikan anda sebagai orang-orang yang faham.
No comments:
Post a Comment