Tuesday, October 30, 2012

Adakah ISLAM hanya pada nama ?


Masa berlalu, keadaan berubah dan kita sekarang menjadi sangat keliru dan bingung. Kita tidak perasan mereka (?) sedang mempergunakan sensitiviti kita untuk jayakan apa yang mereka telah tetapkan, apa yang mereka inginkan.
Demi atas slogan perjuangan (mungkin) kita mengenepikan segala amaran. Kita turut membawa agenda mereka (?) untuk menghancurkan diri sendiri. Kita sudah tidak tahu apakah jenis perjuangan yang kita bawa. Islam atau Pluralisma? Islam atau Sosialis? Jika perkara ini dibangkitkan, kita sering menjadi bengis sehingga sanggup mencerca dan menghina.
Amat malang bagi sebahagian dari kita. Di luar sana ramai yang inginkan negara Islam, mahukan pemimpin ulama, mahukan alQuran dijadikan perlembagaan. Ada yang mengatakan Arab Spring itu adalah kebangkitan Islam. Memberi sokongan padu menukar pemimpin melalui demonstrasi. Sayangnya kita tidak diberitahu bahawa apa yang berlaku hanyalah helah terlindung Yahudi melemahkan negara Islam. Samalah seperti satu waktu dahului kita semua percaya Binladen yang lakukan serangan 9/11 di New York. 
Kebodohan kita sendiri menyebabkan kita mudah ditipu. Segala keterangan kita sanggup ketepikan hanya kerana menyangka kita mendapat berita benar. Akhirnya kita dimalukan. Binladen diwartakan telah dibunuh tanpa sebarang bukti. Tiada mayat tiada saksi. 
Sebahagian dari kita sering berhujah sebagai seorang pejuang, sebagai mujahid setaraf para sahabat Rasulullah saw. Mereka berhujah seolah-olah bagai pejuang Islam tulin menentang apa yang mereka katakan sebagai taghut. Dari satu sisi ia kelihatan sangat wajar. Di sisi lain pula kita lihat ianya menguntung musuh Islam pula. Adakah mereka ini semua sedang ditipu?  
Adakah kita semakin matang?
Walaupun bukti nyata telah diangkat kepermukaan dan ianya amat terang, namun entah kenapa ia tetap ditolak mentah-mentah. Sebabnya hati telah menjadi beku dan sukar menerima sanggahan. Sering pula memalingkan hujah ke arah lain. Kenapa ianya terjadi? Sebabnya ialah kita telah bersedia atau merelakan diri menjadi buah catur Yahudi. 
inikah yang kita bawa?
PLURALISMA
adalah Perjuangan Zionis
Pejuangmelaka bawa keluhan seorang sahabat tentang bencana yang sedang kita lalui dewasa ini tanpa kita sedari. Telitilah dengan hati jernih tanpa prasangka. Jika ingin juga bersikap demikian, anda sendirilah yang akan menanggungnya.   
Pejuangmelaka tidak dapat menahan perasaan sedih dan bimbang apabila melihat keadaan umat Islam hari ini, Bukan saja mereka sudah hanyut dengan budaya barat malah mereka sendiri sedang memperjuangkan pemikiran barat tanpa mereka sedari. Malangnya perkara ini berlaku bukan dikalangan orang biasa tetapi para cendekiawan dan pemikir Islam. Semuanya atas dasar “pemikiran terbuka” yang mereka promosikan sehinggakan semuanya kena terbuka termasuk dalam soal-soal asas perjuangan Islam.

Satu senario baru yang rancak berlaku hari ini ialah gejala cuba untuk menghalalkan apa yang diperjuangkan oleh DAP. Mereka menyambut seruan DAP dan cuba “membersihkan” DAP pada mata orang-orang Islam. Mereka melihat dengan mengiyakan perjuangan DAP adalah satu pendekatan yang matang politik dan melambangkan keterbukaan Islam. Saya tidak tahu apa motif mereka di sebalik itu. Apakah mereka sendiri ingin menyertai DAP? atau mereka mahu mengkudakan DAP? atau memang mereka benar-benar yakin dengan perjuangan dan pendekatan DAP?
Parti Warisan

Bagi yang masih tidak nampak siapa DAP sebenarnya, Pejuangmelaka ingin menjelaskan beberapa perkara pokok tentang DAP supaya kita boleh menilai sendiri samaada kita boleh bersama mereka ataupun tidak :-

1. Perlembagaan: Dari segi perlembagaan jelas menunjukkan DAP memperjuangkan ideologi sosialis. Ini amat bertentangna dengan Islam.

2. Malaysian Malaysia. Konsep menghilangkan identiti bangsa memang menjadi dasar perjuangan DAP. Mereka tidak mahu lagi rakyat dinegara ini mengenali diri mereka sebagai Melayu, Cina atau India. Tetapi sebaliknya semuanya berbangsa Malasia. Sekali lalu nampak macam tiak ada apa tetapi disebalinya mereka cuba mneghilangkan yang utamanya iedentiti Melayu. Dengan itu secara otomatiknya Islam yang ada pada orang Melayu dalam perlembagaan akan boleh dipertikaikan.

3. Memeperjuangkan Pluralisma. Jelas DAP amat beriman dengan konsep pluralisma ini iaitu menyamakan semua agama. Maka sebab itu bantuan diberikan kepada semua agama. Kedudukan semua agama juga diberi pengiktirafan dan layanan yang sama juga diberi pada semua agama.

4. Memperjuangakn Liberalisma. DAP juga amat kuat meperjuangakan liberlaisma yang mengutamakan kehendak manusia dan mengiktiraf kebebasan setiap individu dalam menentukan apa yang mereka ingin lakukan tanpa boleh digugat. Maka sebab itu LGBT dan yang seumpamnya boleh diterima oleh mereka sebagai sebahagian hak asasi manusia.

5. Menolak hukum Islam. Kenyataan membuktikan bahawa sudah beberapa kali pimpinan utama DAP menolak hukum Islam dan menyatakan bahawa PR tidak menjadikan perlaksanaan hukum Islam sebagai dasar perjuangan. Hujah yang mengatakan mereka semakin dekat kepada Islam adalah hujah yang sangat dangkal yang tidak ada bukti kukuh. Hanya mereka yang buta saja gagal untuk memahami sikap DAP ini.

Banyak lagi yang boleh dinukilkan terhadap DAP yang tidak memungkinkan mana-mana umat Islam boleh menerima perjuangan mereka. Bagi mereka yang cuba untuk menjernihkan DAP dan mengajak umat Islam menyokong DAP adalah seorang yang dangkal ilmunya. Mungkin mereka ada niat lain yang tersembunyi yang hanya Allah saja yang tahu, Namun mereka jangan lupa bahawa tindakan mereka ini akan menambahkan kekeliruan dikalangan umat Islam dan mereka akan bertanggungjawab di hadapan Allah nanti.

Pejuangmelaka harap umat Islam sedar.
Rata-rata kita sedang diasuh untuk menghalalkan DAP walaupun merekalah musuh bangsa kita yang paling nyata. Kita tidak sanggup menyanggah mereka walaupun jelas dan terang bahawa mereka amat menentang Islam melalui agenda mereka untuk penghapusan apa sahaja yang beridentitikan Melayu.
Kita rela bersahabat semata-mata kerana mendengar "ucapan" mereka bahawa mereka akan menyokong kita. Apa yang mereka akan sokong? Negara Islam? Perlembagaan Islam? Menukar Perlembagaan mengikut alQuran? Menghapuskan maksiat, judi, arak, rumah urut, pelacuran, zina, liwat? Tidak. Jauh sekali sangkaan kita. Mereka hanya berpura-pura sebagaimana Yahudi lakukan. Mereka mempergunakan kita untuk merampas apa yang ada pada kita. Mereka adalah topeng Yahudi wa Nasara yang akan menghapuskan Islam dalam negara ini disamping menghapuskan hak istimewa Bumiputra.
Lupakah kita peristiwa rusuhan 13 mei dahulu adalah disebabkan tindak tanduk DAP? Kini demi sesuatu kepentingan kita sanggup memuliakan dan memaafkan mereka, tetapi yang paling aib ialah kita sanggup mengikuti apa sahaja yang mereka utarakan. Dalam arti kata lain kita menjadi "takut" kehilangan mereka. Sebagaimana nanti kita takut kehilangan sokongan dari Yahudi (baca USA). Fikiran telah dijajah, kita rupanya belum merdeka sepenuhnya.
Mampukah Islam ditegakkan nanti? Adakah DAP akan memberi ruang untuk meletakkan Islam sebagai keutamaan dalam pemerintahan negara? Malah seperti yang diketahui, merekalah sebenarnya dalang yang bekerja belakang tabir memurtadkan orang Islam. Majoriti penyokong DAP adalah Kristian, adakah kita tidak tahu ataupun kita sengaja tidak mahu mengambil tahu atau pura-pura tidak percaya? Faktanya, Kristian tak akan pernah memaafkan Islam sejak dari zaman perang salib lagi. Mereka terus menerus berusaha meranapkan Islam sehingga akar umbi. Namun mereka cuba sembunyikannya. Hanya yang berakal waras mampu menghidu niat mereka. Kalau tak percaya tanya sendiri Dr Haron Din secara semuka.

Musykilnya, bagaimana kita sudi tidur sebantal dan seselimut dengan mereka? Tidakkah terasa betapa hanyirnya bau air liur basi mereka? 
Tidak mustahil nanti, kita akan terngadah bila sudah terhantuk. Adakah amaran ini masih berguna pada waktu itu?

Bersatulah Bangsaku !!!

No comments:

Post a Comment