Pada 22 September 2012 lalu, satu delegasi seramai kira-kira 12 orang ahli PAS Pulau Pinang diketuai oleh YB Mujahid Yusof Rawa (MP Parit Buntar)
telah mengadakan kunjungan hormat kepada Bishop Sebastian Francis
bertempat di Cathedral of the Holy Spirit untuk mengucapkan tahniah
kepada beliau atas pelantikannya baru-baru ini.
Berita ini saya dapati dari sesawang rasmi Catholic Lawyers Society Malaysia.
Bukanlah kunjungan tersebut yang pejuangmelaka pertikaikan, bagaimanapun apa yang memeranjatkan ialah apabila kedua-dua pihak, yakni pihak PAS dan Bishop Sebastian telah berdoa bersama-sama pada hari tersebut.
Perbuatan
ini ternyata adalah suatu amalan berbaur pluralisme agama, apatah lagi
apabila kedua pihak turut memberi penegasan dengan merujuk Islam dan
Kristian sebagai Warisan Ibrahim (Abrahamic Heritage).
Apakah fahaman ‘Abrahamic Heritage’ ini?
Istilah Abrahamic Heritage in sebenarnya membawa kepada maksud Abrahamic Faiths/ Abrahamic Religion.
Fahaman
ini sebenarnya menyamaratakan agama Islam dengan Yahudi dan Kristian,
dengan mengatakan kononnya ketiga-tiga agama tersebut berasal dari agama
Nabi Ibrahim a.s.
Tujuan
Barat mengetengahkan fahaman yang bertentangan dengan Islam ini
sebenarnya adalah bertujuan bagi memudahkan kerja-kerja meMURTADkan umat
Islam dilakukan melalui pendekatan ‘kita berasal dari agama yang sama’ atau ‘kita agama yang satu’.
Malah, Bishop Sebastian membalas doa tersebut dengan berkata ‘Bapa Kami’ (Our Father).
Malangnya, pihak PAS begitu mudah
menerima pendekatan ini bersama pihak Kristian tanpa memahami permainan
sulit musuh-musuh Islam.
Atau apakah PAS kini mula menjadi lubok penularan aliran sesat ‘Pluralisme And Syiah’?
Teringat pula penulis pada Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang menceritakan bagaimana beliau pernah menyebut tentang kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir (sila baca : http://www.malaysiakini.com/news/211238).
Namun seandainya, perkara demikian boleh
begitu mudah dilakukan oleh para pimpinan PAS, maka benarlah apa yang
diceritakan oleh Ustaz Nasha bahawa adanya keinginan serta usaha pihak tertentu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian (baca di sini : http://www.malaysiakini.com/news/211230).
Dengan
menilai tindak tanduk PAS pada masa ini, apakah pemimpin-pemimpin PAS
masih boleh digelar ulama? Atau mungkinkah merekalah sebenarnya ulama
suk yang mengejar pangkat, jawatan, kerusi, takhta dan kedudukan dunia?
pejuangmelaka-Saya secara peribadi berpendapat, hanya Datuk Dr. Haron Din seorang sahaja sebenar-benar ulama sejati dalam PAS.Manakala yang lain amat meragukan…
No comments:
Post a Comment