Wednesday, October 17, 2012

Sindiran "The Dark Knight Rises" Buat Bangsaku

‘Batman : The Dark Knight Rises’


Filem terbaru Batman bertajuk ‘The Dark Knight Rises’. Filem tersebut merupakan sequel dari filem terdahulu yang telah ditayangkan pada sekitar tahun 2008.


 

Pada masa ini kita dapati masyarakat dunia, pejuangmelaka khususkan kepada senario di Malaysia, sering bercakap perihal kebebasan bersuara, hak rakyat, kuasa rakyat, kerajaan tidak adil dan lain-lain. Semuanya diperjuangkan atas nama Human Rights dan demokrasi mutlak ‘Negara Rakyat, Dari Rakyat dan Untuk Rakyat’. Perjuangan ini disuntik dengan sikap kebencian terhadap institusi dan konstitusi yang sah atau lebih tepat disebut sebagai sikap anti-establishment. Seolahnya segala yang dilakukan oleh Kerajaan adalah zalim, tidak adil, korup dan seakan apa juga yang dikehendaki oleh rakyat wajib diberikan. Terdapat pihak yang tidak henti menyeru rakyat untuk mengguling Kerajaan, kononnya kerana rakyat berkuasa, tetapi disebalik itu mereka sendiri berniat untuk berkuasa ke atas rakyat dan menjadi Kerajaan.

Cerita Dark Knight Rises secara tidak langsung pejuangmelaka amati seperti suatu sindiran terhadap gerakan Human Rights dan kuasa rakyat. Bane, watak antagonis filem ini adalah seorang bekas banduan. Beliau bersama kumpulannya telah menyerang pentadbir Kerajaan Gotham City (GC), ahli politik, polis,  ahli korporat serta membebaskan tahanan  penjara dan memerintah GC atas nama kuasa rakyat. Dengan kuasa rakyat ditangannya, Bane melakukan pelbagai penindasan, anarkisme dengan sikap kuku besi. Natijahnya, masyarakat Gotham hidup melarat, menanti masa untuk mati akibat letupan bom jangka nuklear.

Ya, Bane membawa kebebasan kepada rakyat Gotham, kebebasan tanpa batas, kebebasan tanpa perlu tunduk pada sebarang polisi, kebebasan dari undang-undang dan seumpamanya. Bane juga menolak kewujudan Polis GC selagimana pihak Polis tidak mahu tunduk kepada ‘kuasa rakyat’ dan ‘suara rakyat’. Namun ternyata, kebebasan itu membawa padah dan merosakkan keamanan yang dikecapi selama ini. Rakyat hidup dalam ketakutan sambil mengharap agar keamanan dapat dikecapi semula.

Demikianlah serba ringkas berkaitan isi tersirat disebalik filem Dark Knight Rises.
Jika hari ini, di Barat telah ada yang menyindir kepincangan kebebasan ala Human Rights, haruskah kita terhegeh-hegeh membela lantas terus menjadi lembu hak asasi?

LGBT seru jatuhkan Kerajaan Malaysia



Golongan pengamal homoseksual baru-baru ini telah menyeru masyarakat untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib bin Tun Razak kerana DS Najib dan kepimpinan negara tidak menerima hubungan seksual songsang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Seruan tersebut telah disiarkan oleh akhbar online pro Human Rights dan Pakatan Rakyat (PR), MalaysiaKini dan turut dimuatkan dalam laman sesawang Seksualiti Merdeka.
Timbul tanda tanya, jika golongan LGBT kini berniat menjatuhkan Kepimpinan Kerajaan Malaysia pada masa ini, maka pihak manakah yang akan dibantu dan disokong oleh mereka? Pihak manakah yang menurut pengetahuan mereka menyokong perjuangan LGBT?

pejuangmelaka-Fikirkanlah saudara, sejauhmana kebebasan yang anda mahukan. Benarkah segala berkaitan negara adalah hak rakyat, milik rakyat? Andai begitu di mana pula hendak dicampak hak pentadbir dan penguasa? Sejauhmana Rasulullah s.a.w dan semua Khalifah Islam tunduk kepada kehendak rakyat?




No comments:

Post a Comment