Tuesday, October 9, 2012

Hentikan Murtad dan Pluralisme !!!

Sudah agak lama Pejuangmelaka tidak membicarakan isu gejala murtad dan kristianisasi. Mungkin ini disebabkan umat Islam disibukkan dengan isu politik yang tak berkesudahan. Seringkali, bila politik masyarakat Muslim tidak stabil dan berantakkan, musuh Islam akan mudah menyusup masuk dan bergerak bagi memusnahkan ummah. Demikianlah yang sedang kita hadapi kini, umat Islam dipecahbelah, bercakaran sesama sendiri hanya disebabkan perbezaan parti politik yang dipimpin, di dukung dan di sokong.

Pejuangmelaka yakin gerakan kristianisasi atau pemurtadan ummah masih terus giat berlangsung secara senyap dan teratur. Kelekaan kita dalam menghadapi isu ini akan membawa kepada masalah yang lebih besar di kemudian hari. Masih ingatkah kita bagaimana institusi Islam di negara ini contohnya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di’serang’ oleh beberapa pihak termasuklah pemimpin PAS, Dato’ Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) yang tidak senang dengan tindakan JAIS memerangi pemurtadan ummah yang berlaku di Selangor khususnya ketika Dewan DUMC diserbu JAIS kerana mendapati wujudnya usaha Kristianisasi dilakukan pihak terbabit.
 

Malah usaha untuk memberi pendedahan kepada para guru di sekolah tentang bahaya gerakan pemurtadan turut ditentang keras oleh pimpinan Pembangkang. Ketika Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor bertajuk ‘Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralisme Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru?’ , Ketua Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lantang menyifatkan bahawa penganjuran seminar tersebut adalah suatu yang MENJIJIKKAN. Anwar Ibrahim dengan sengaja menuding ianya sebagai ‘usaha politik’, sedang hakikatnya seminar tersebut sebagai salah satu langkah pihak berkuasa memberi penjelasan ke arah menangani gerakan murtad. Apakah perkara yang tergolong dalam konteks amar makruf nahi mungkar suatu yang perbuatan keji di sisi Islam?

Selain melalui pemberian wang (rasuah akidah), makanan dan pusat tuisyen, usaha memurtadkan umat Islam turut cuba dilakukan dengan cara yang lebih strategik apabila pihak gereja Kristian di negara ini memohon menggunakan kalimah ALLAH di dalam Bible. Sekali lagi, kita melihat permintaan gereja Kristian itu mendapat sokongan padu Khalid Samad, Anwar Ibrahim dan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA).

 

Nampaknya Anwar Ibrahim, Khalid Samad dan MAZA tidak faham tentang suruhan ALLAH dan tanggungjawab Muslim dalam membanteras penyelewengan akidah.

Jika diperhatikan, gerakan murtad di negara-negara Islam khasnya Malaysia turut didalangi pihak pejuang Human Rights Movement (HRM). Atas nama hak asasi manusia serta kebebasan beragama, mereka mencanang supaya kerajaan Malaysia membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang Kristian dan membenarkan umat Islam murtad. Mereka beralasan bahawa pertukaran agama adalah sebahagian dari kebebasan memilih dan kebebasan kepercayaan di mana ianya adalah hak individu.
Itu adalah cara mereka menentang Islam di negara kita. Kebebasan agama kata mereka. Jadi tak salah untuk menukar agama. Namun bagaimana pula situasi di Barat dan Eropah?

 

Di negara-negara Barat dan Eropah, Islam sedang menerima tentangan hebat oleh beberapa organisasi yang digerakkan oleh HRM seperti Stop Islamization of America (SIOA) dan Stop Islamisation of Europe (SIOE). Pada Januari 2012, kedua-dua pertubuhan ini telah bergabung membentuk satu pertubuhan yang dinamakan sebagai Stop Islamization of Nations (SION), bertujuan mengkoordinasi tugas bagi menghalang masyarakat Barat memeluk agama Islam. Malah, perkara ini menjadi misi utama SIOE sebagaimana dicatatkan pada blog mereka : ‘SIOE exists to legally combat the overt and covert expansion of Islam in Europe.’
Petikan akhbar The Reuters menyebut “The human rights organizations Stop Islamization of America (SIOA) and Stop Islamisation of Europe (SIOE) are joining together to create a new global force determined to defend free societies globally: Stop Islamization of Nations (SION).” Klik di sini : http://www.reuters.com/article/2012/01/17/idUS133243+17-Jan-2012+PRN20120117
 

Maka di mana letaknya kebebasan beragama dan kebebasan memilih yang diperjuangkan oleh Human Rights? Di mana letaknya hak individu seperti yang sering mereka laungkan? Tidakkah HRM dilihat bersikap kontradik dalam soal ‘freedom of religion’ bawaan mereka? Apakah mereka sedang cuba menghapus Islam dari muka Bumi ini?
Jika mereka atas sebab Human Rights boleh menghalang orang lain dari menukar agama dan menganut agama Islam, maka apa salahnya untuk kita menghalang orang Islam menjadi murtad dan menukar agama? Human Rights sebenarnya melakukan double standard ke atas umat Islam. Ia bukan untuk keamanan dunia seperti yang selalu diwar-warkan, sebaliknya Human Rights mahu menghapuskan agama Islam!!!
Dapatkah anda lihat bagaimana berbezanya bentuk tindakan HRM ke atas Islam? Ia adalah satu gerakan talam dua muka. Tidak ubah seperti wajah ‘Two Face’, watak antagonis dalam filem/ animasi Batman.
Oleh yang demikian, pejuangmelaka mencadangkan agar umat Islam di Malaysia bersikap lebih berhati-hati dengan agenda hak asasi manusia.  

pejuangmelaka-Hak asasi hanyalah ibarat topeng bagi menyembunyikan wajah ke-syaitan-an mereka bagi memurtadkan lebih ramai umat Islam di samping menambahkan kebencian masyarakat dunia terhadap Islam!!

No comments:

Post a Comment