Menghadapi Fitnah Bukan Islam
Semua ini sebagai strategi
politik dari pemimpin bukan Islam untuk meraih undi dan seterusnya
menimbulkan keluh kesah dikalangan masyarakat bukan Islam ke atas
kepimpinan negara yang didominasi oleh orang-orang Islam-Melayu di
negara ini. Cuba kita perhatikan, bagaimana pemimpin politik bukan Islam
sebulat suara dalam mempertikaikan syariat Islam. Mereka sengaja cuba
menimbulkan keraguan ke atas usaha-usaha Islamisasi di Malaysia.
Persoalan yang ingin pejuangmelaka ajukan ialah :- Apa yang mereka faham tentang pelaksanaan hukum syariah Islam?
- Apa hak mereka untuk mempertikaikan hukum Islam?
Sebenarnya, segala statistik yang
disebut oleh Chua Soi Lek adalah berdasarkan prasangka buruk mereka
yang tidak memahami bentuk keadilan dalam Islam. Secara
tak langsung prasangka begini lahir dari imaginasi atau khayalan mereka
sahaja, tanpa fakta dan pengetahuan yang tepat tentang ajaran Islam. Di sini juga pejuangmelaka ingin kemukakan beberapa cadangan kepada semua pihak :
Khusus buat PAS dan UMNO, saya amat berharap kalian dapat bersama-sama mempertahankan Islam di negara ini. Jika ada kekurangan pada mana-mana pihak, kalian seharusnya menyokong untuk saling memperbetul atau saling memperbaiki satu sama lain. Harus diingat, keberanian pemimpin DAP dan MCA ini adalah akibat perpecahan yang wujud di kalangan pemimpin-pemimpin Islam-Melayu.
- Seluruh umat Islam (ahli sunnah wal jamaah) hendaklah sedar bahawa setiap diri WAJIB berdakwah, yakni menyampaikan kebenaran Islam. Dakwah bukan sekadar bermaksud untuk menyeru seseorang masuk Islam, tetapi memberi kefahaman tentang pelaksanaan hukum-hukum Islam yang bersifat fardhu kifayah kepada umat Islam dan bukan Islam juga adalah satu dakwah. Contohnya tentang sistem syariah Islam, sistem ekonomi Islam, bahaya riba dll. Jika kita membiarkan mereka terus dalam kekeliruan, akhirnya, hudud akan menjadi suatu taboo di negara ini.
- Saya juga berpendapat masyarakat Islam yang terdiri dari kalangan Muslim-Cina (Chinese-Muslim), mempunyai peranan penting dalam memberi input tentang perihal sistem Islam di kalangan masyarakat Cina.
Renungan Untuk Bangsaku !!!
Apa sebenarnya yang kalian mahukan bila ada segelintir yang bersikap seperti dibawah?
Dialog ni adalah BENAR hasil sembang bersama rakan rakan di kedai mamak.
Rakan saya sedang bekerja diofis. Biasa la bila lapar mesti makan. Untuk makluman rakan saya non Malay. Dia jenis open minded dan TIDAK PERKAUMAN! Dan tempat keje dia ni 100% CINA RASIS! ok sambung cite. Kebetulan rakan ni sedang makan roti. brand GARDENIA!!!. Asalnya sembang dalam dialek cina dorang rakan saya translate cite balik kat saya. (saya edit ikut sedap baca yep)
rakan : sambil makan roti GARDENIA.
ofismate CINA RASIS : Woi XXX. Apa pasal ko makan roti ni?
rakan : kenapa pulak? Aku lapar la.
ofismate CINA RASIS : Ko tau tak kita tak boleh makan roti ni. GARDENIA ni!!! Kan ke org cina semua dah BOIKOT! ko ni kenapa makan roti GARDENIA ni? Kan ke sekarang kita semua pakat beli roti MASSIMO je.
rakan : Aku dah lama makan roti GARDENIA. Sedap je. Apa masalah?
ofismate CINA RASIS : Kan ke roti GARDENIA ni org MElayu punya! Org kerajaan punya. Ko makan makan roti ni macam ko bagi duit kat org Melayu! Lagi baik ko makan MASSIMO aje. Massimo tu cina punya.
rakan : Oh. Macam tu ke. So korang dah boikot GARDENIA ke?
ofismate CINA RASIS : Ye la. Kita Boikot Melayu ma. Mesti sokong bisnes cina. Org Melayu ni dah cukup kaya. Duit cukai kerajaan kutip semua bagi kat org Melayu. Kenapa kita nak sokong company Melayu lagi. Bagi mereka bangrap la.
rakan : uh oh. Macam tu ke. (terkedu la kawan tu).
ofismate CINA RASIS : Ye lah. Kenapa kita nak support org Melayu. Kerajaan dah banyak tolong mereka. Kita mana ada kerajaan tolong. Orang Melayu banyak dapat advantage dari kerajaan. Duit kita pulah dikutip banyak bagi kat org Melayu. Kita dapat apa? Tarak apa la.
rakan : ....... (terdiam sambil terus mengunyah roti Gardenia tu)
ofismate CINA RASIS : Orang Melayu dah banyak kaya. Kerajaan dah banyak tolong. Sekarang masa kita boikot bisnes Melayu dan support bisnes cina saja. Ko stop makan Gardenia. Ingat tu. Kita support Massimo saja. Atau beli saja kat kedai roti cina saja.
BERSATULAH MELAYU !!!
No comments:
Post a Comment