Wednesday, July 20, 2011

Jejak Kenabian

Sunnah Rasulullah, Cara Terbaik Jejak Kenabian





Bismillahirrahmanirrahim, sunnah rasulullah saw ni adalah satu perkara yang mesti diketahui oleh para muslimin dan muslimat. Kerana ia menunjukkan bahawa kasih dan sayang kita kepada baginda.


Hari ini, kita akan membincangkan mengenai sunnah rasulullah saw. Mengapa perlu kita mengetahui sunnah baginda?. Kerana ianya menunjukkan betapa kita menyayangi baginda sebagai nabi kita dan mengakui bahawa itulah cara kita mencintai baginda Muhammad SAW.

Sunnah Rasulullah Dalam Kehidupan
Terdapat banyak sunnah rasulullah jika kita teliti dalam kehidupan harian kita. Saya nak bermula dengan cara makan. Nabi Muhammad SAW, menyarankan agar memakai tiga jari dalam apa apa jua makanan. Ini menunjukkan sifat keperibadian seseorang dan merupakann salah satu cara untuk berdoa mendapat sifat kehambaan. Sekiranya makan dengan 5 jari, di namakan rakus, makan dengan 4 jari, namanya tamak, makan dengan 2 jari, namanya sombong dan makan dengan 1 jari, maknanya mencela. Jadi kita pilih sunnah rasulullah, iaitu makan dengan tiga jari.

Sunnah rasulullah dalam kehidupan yang lain adalah cara tidur. Baginda tidur mengiring ke sebelah kanan. Mengapa baginda tidur mengiring ya? Supaya senang nak berjaga malam. Dengan mengiring ke kanan, ia akan melambangkan satu posiisi kalimah “Muhammad”. Cuba korang tidur, tangan tu letak bawah pipi, dan korang akan nampak badan korang membentuk perkataan “Muhammad” dalam jawi.


Sunnah Rasulullah saw dalam ibadat
Dalam ibadat juga, kita dapat mengikuti sunnah rasulullah saw demi mengikuti jejak baginda. Lihat mengapa sunnah rasulullah memakai serban. Serban ni selain menimbulkan kewarakan, mengikuti jejak nabi, secara sains nya ia dapat merangsang neuron neuron dalam otak. Ini menjadikan kita lebih cerdas. Lihat, bagaimana orang jepun dah pun mengamalkan sunnah rasulullah saw secara tak sengaja. Diorang akan ikat satu kain di kepala jika diorang bekerja keras.

Kita lihat pula bagaimana rasulullah saw berdoa. Caranya khusyuk, tawaduk, bersifat hamba, dan menadah tangan. Jadi, berdoalah dengan menadah tangan, sambil menunduk kebumi, tanda kita ini hamba yang hina.

Sunnah Rasulullah SAW
Kadang kadang saya bengang orang yang memandang serong kepada orang yang mengamalkan sunnah nabi ni. Bukan orang kafir, tapi orang islam sendiri pun rasa cam tak selesa nak amalkan sunnah. Sedih saya tengok. Saya amalkan sunnah rasulullah dalam kehidupan harian seperti makan pakai tangan

Tak pasal pasal mereka kata saya orang kampung, makan pakai tangan ni tak best la, kotor la. Masya ALLAH, tapi bila kita nak menyampaikan sesuatu, kita kena berhikmah. Ikut sunnah rasullullah dalam berdakwah. Jadi, senyap sahaja. Bukan bermakna bacul, tapi diam yang berhikmah..

Semoga kita terus mengikut tapak nabi SAW dari belakang, kerana kita Umat nya, dan Hamba kepada ALLAH.

No comments:

Post a Comment