Segi Tiga Bermuda, terus menjadi misteri
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama ALLAH kita mulakan hidup, hanya kepada ALLAH jualah kita menamatkan hidup kita. Pada hari ni terpanggil untuk berbicara mengenai segi tiga bermuda dengan korang semua. Ya, sesiapa pun mungkin mengetahui sejarah mengenai segitiga bermuda kan?. Berbagai teori berbagai penceritaan mengenai segi tiga bermuda ni kan. Jadi, post kali ini kita akan mengupas secara umum mengenai segitiga bermuda.
Kawasan Segitiga Bermuda
Kawasan segitiga bermuda boleh diketahui adalah satu cantuman dari 3 titik pertemuan iaitu Florida, Miami dan Puerto Rico. Kawasan ini mula dikenal pasti sebagai titik hitam kepada mana mana anak kapal dan anak kapal terbang apabila insiden pertama yang berlaku pada Christopher Columbus, iaitu penemu negara Amerika. Ketika itu semasa pelayaran, Christopher telah mengalami masalah navigasi dalam pelayarannya, Namun, Christopher selamat dan kawasan tersebut terus diberi The Bermuda Triangle ataupun kawasan segi tiga bermuda.
Segitiga bermuda menurut Islam
Di dalam konteks ini, kita akan membicarakan mengenai bagaimanakah falsafah islam memandang segi tiga bermuda menurut islam. Setelah diamati dari hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa jauhi tempat yang menjadi titik pertemuan antara dingin dan panas, jelaslah bahawa kawasan tersebut merupakan markas terbesar syaitan dan sekutunya.
Melihat dari struktur geografi, segi tiga bermuda terletak di tengah kawasan pertembungan aliran sejuk antara Afrika dan Amerika Syarikat. Jadi, jika ingin mengetahui dimanakah kawasan feveret syaitan, cari je kat mana ada pertembungan antara dingin dan panas. Antara contoh adalah di awan, bila mana angin sejuk dan panas sering berpusar membentuk awan. Begitulah keadaannya di segi tiga bermuda.
Satu teori lagi adalah dikemukakan oleh Imam Makrifatullah Al Arsy . Segitiga bermuda menurut islam , beliau menegakkan bahawa disitulah terletaknya sebuah telaga yang diberi nama air Kehidupan. Disaat akhir zaman nanti, Imam Mahdi akan keluar melalui telaga tersebut dengan memakai jubah kebiruan. Kini, Nabi Khidir AS lah yang menjadi penjaga kepada air kehidupan tersebut.
Segi Tiga Bermuda Terus Misteri
Masih difahamkan bahawa terdapat banyak lagi teori yang berkaitan dengan segi tiga bermuda ini. Pada permulaan kepada segi tiga bermuda yang misteri ini adalah penemuan sebuah piramid yang berbentuk tegak di dasar laut. Kajian ini telah dipelopori oleh seorang sarjana barat yang menjalankan kajian terhadap misteri segi tiga bermuda ini. Piramid itu lebih besar dari piramid yang dibina ketika zaman Firaun.
Antara misteri lain adalah, ia sering dikaitkan dengan UFO, penculikan jin, dan sebagainya.
Kesimpulan akhir terhadap segi tiga bermuda.
Ia masih menjadi tanda misteri, masih tak terungkai. Ataupun mungkin sudah terungkai tapi hanya di kalangan ahli yang lebih tahu. Tetapi apa yang saya tahu dan hasil dari pembacaan adalah, sebenarnya syaitan dan dajjal mengawal dan mengelilingi lalu membentuk satu pertahanan di kawasan segitiga bermuda itu. Mengapa? Kerana disitu terdapat rahsia alam yang sangat besar, jika terbocor kepada manusia, mereka akan kalah. Mereka tidak mendiami segi tiga bermuda, tetapi menghalang dari manusia mengeksplorasi kawasan tersebut.
Sungguh tinggi perbendahaaran ALLAH.. Subhanallah… Semoga iman kita semua bertambah
dah beberapa kali belayar melalui bermuda triangle nie .. alhamdullillah .. setakat nie x da apa 2 yg ber laku
ReplyDeletekalau dpt cari lg detail psal segi tiga bermuda ni, hope bole share same2. thanks ^^
ReplyDelete