Friday, November 11, 2011

Antara Pengikut Yahudi dan Nasrani


Antara Pengikut Yahudi dan Nasrani 
Keliru..
  1.  Mereka berjaya membawa fesyen ini ke seluruh pelusuk dunia Islam. Kini giliran individu-individu ternama di sini pula untuk memperkenalkannya kepada para pengikut setia.
  2.  Sebagai tukaran, si pengalak fesyen membuta babi ini akan diangkat di negara-negara barat agar cepat terkenal. Manakala si pengikut setianya pula akan berasa bangga kerana tidak ketinggalan daripada arus kemodenan barat.
  3.  Apatah lagi mahu dilihat secantik orang di sana, barulah perasaan yakin yang membuak-buak memberitahunya, " kini kau berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan wanita-wanita lain di dunia."
  4. Sedangkan Islam telah terlebih dahulu mengariskan jenis-jenis pemakaian tudung wanita: Allah SWT berfirman yang bermaksud Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)
a.Memakai tudung sambil ada jambul diatas- Wanita Yahudi.

b.Memakai tudung sambil selempangnya ke belakang/ atau tidak labuh sehingga menutupi paras dada- Wanita Nasrani. Senjata sulit Yahudi dan Nasrani. 

c.Memakai tudung sambil dilabuhkan hingga ke paras dadanya- Wanita Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”(Surah al-Ahzab, ayat 59). 


Salam Perjuangan !

3 comments:

  1. Ayat penuh An-Nur:31 - "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

    ReplyDelete
  2. zaman skrg xtgk dah..ehehehe

    ReplyDelete
  3. sekarang semuanya nak berfesyen

    ReplyDelete