. Lihat gambar di bawah ini :
Turutan mereka digulingkan:
1 : Presiden Tunisia – Zine El Abidine ben Ali - digulingkan pada Januari 2011
2 : Presiden Mesir – Hosni Mubarak - digulingkan pada Februari 2011
3 : Presiden Libya – Muammar Muhammad al-Gaddafi - digulingkan 22 Ogos 2011
4 : Presiden Yaman - Ali Abdullah Saleh - saya difahamkan yang beliau masih lagi memerintah, namun menghadapi banyak tentangan dari rakyatnya yang mahukannya berundur setelah kurang lebih 33 tahun memerintah.
Subhanallah. Cuba anda lihat kedudukan mereka bergambar. Jika disusun mengikut urutan kejatuhan mereka ( termasuk Presiden Yaman yang telah ditentang oleh rakyatnya ), telah membentuk angka 1432 Hijrah. Adakah semua ini kebetulan? Adakah Allah telah mengaturkan agar mereka semua digulingkan dalam masa satu tahun hijriyyah? Jawapannya, Allah lebih mengetahui. Tiada yang berlaku secara kebetulan di dunia ini. Allah mampu menunjukkan kekuasaanNya dengan pelbagai cara. Hakikatnya, Allah jua yang telah mengaturkan semua.
Kalau ada yang rasa tak logik pun tak mengapa. Yang penting, kita sama-sama lihat dan fikir.Allah berkuasa mengurniakan kerajaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Dia jugak berkuasa mengambil kembali apa yang telah diberikan, dan semua itu menzahirkan lagi kekuasaanNya sebagai Tuhan yang memerintah sekalian alam..
Mereka semua di gulingkan dengan modus operandi yang sama. Di katakan mempunyai harta dan Hidup mewah. Tidakkah Malaysia juga di katakan begitu ? Mengapa pemimpin tersebut di katakan mempunyai duit simpanan berbillion dan itu menjadi sebab mereka di gulingkan. Ayuh fikirlah di luar batas pemikiran kita !
"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)
Rasa permusuhan orang-orang Barat dan azam mereka untuk menjahanamkan Islam janganlah dipandang ringan dan kecil. Memang Islam tidak mengajar kita mencari musuh. tetapi Allah melalui Al Quran dan Hadis telah memberitahu kita siapa musuh umat Islam; iaitu:
1. Nafsu
2. Syaitan
3. Orang munafiq
4. Yahudi dan Nasrani serta orang kafir lainnya
5. Orang Islam yang hasad dengki.
Terhadap musuh, Islam meminta umatnya bersiap siaga. Kalau mereka menyerang, wajib umat Islam mempertahankan diri dan berperang. Teknik berperang tidak sama. Berperang dengan hawa nafsu dan syaitan tidak sama dengan berperang melawan orang kafir dan orang munafiq. Tidak sama juga dengan cara-cara menghadapi orang-orang musyrik, Yahudi dan Nasrani.
Hari ini umat Islam bukan sahaja tidak bersedia terhadap musuh-musuh lahir seperti Yahudi, Nasrani dan munafiq bahkan juga tidak pun memerangi musuh batin yang sangat jahat itu iaitu hawa nafsu dan syaitan.
Kini Pemimpin Malaysia Di TUDUH memiliki duit berbillion dan HIDUP MEWAH. Tidak samakah modus operandi menjatuhkan negara ISLAM ? Cuba anda fikir sumbangan pemimpin Islam ini kepada DUNIA ISLAM. Sumbangan GADDAFI kepada ISLAM , terlalu banyak yang di sumbangkan kepada ISLAM sehingga Dahulu KITA menggeruninya kerana keberaniaannya melawan BARAT. Kini Malaysia menjadi sasaran.
Berfikirlah bahawa Melayu perlu Bersatu , TAAT pada pemimpin dan mengingati perjuangan ayahanda terdahulu. Sesungguhnya Islam sering menjadi mangsa fitnah dan tuduhan serta serangan yang tidak pernah padam. Semenjak dari zaman kelahirannya, Islam menjadi bahan tohmahan dengan pelbagai gambaran buruk seperti penganjur perpecahan, menggalakan diskriminasi terhadap kaum wanita, mempromosikan undang-undang yang kejam, membawa kepada kemunduran dan berbagai lagi tuduhan. Malah Nabi Muhammad s.a.w seringkali ditohmah dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas samasekali. Bermula dengan IFC , BERSIH , SEKSUALITI MERDEKA dan pelbagai AGENDA lain terus merebak di Malaysia. Tohmahan tentang belanja mewah , CINCIN dan pelbagai lagi terus di perkatakan seperti dialah media yang BENAR dan SAHIH.Logik ke CINCIN 24 JUTA GUNA KUARIER. Kalau SAYA baik pergi ambil CINCIN tu DARI Luar Negara dan Pakai. CUKAI KASTAM PUN TIDAK KENA ! Saman sahaja jika ada BUKTI ! Siapa di BELAKANG MEREKA ? Adakah semua ini HALAL dan di anjurkan ISLAM ?
(Islam) adalah agama pertama yang menyeru dan mempraktikkan demokrasi, di dalam Masjid apabila azan berkumandang dan umat Islam berkumpul bersama untuk solat, demokrasi Islam ini terjelma setiap kali solat lima waktu, di mana orang biasa boleh berdiri bersentuh bahu dengan raja dan masing-masing mengucapkan “Allahuakbar!”. Saya amat takjub dengan kesatuan umat Islam yang menjadikan setiap orang bersaudara.
pejuangmelaka - Berfikirlah sahabat apabila mereka mengatakan pemimpin kita korupsi , hidup dengan kemewahan dan menyuntik kebencian di kalangan sesama ISLAM sebenarnya MEREKA takut KITA BERSATU. Bersatulah bangsaku demi Agama , Bangsa dan Tanah Air !
Salam Perjuangan !
No comments:
Post a Comment