Saturday, November 5, 2011

Sister In ISlam MUNAFIQ TOLONG HORMATI ISLAM !






SHAH ALAM – Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), Sister In Islam (SIS) menganggap kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara mengarahkan program Seksualiti Merdeka dibatalkan dan akan menahan sesiapa yang menyertainya sebagai tindakan menghalang hak kebebasan bersuara, berhimpun dan berkongsi idea dengan bebas di negara ini.
Dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, SIS turut mempersoalkan pengharaman program tersebut .
“Kami juga prihatin berkenaan kaedah pengharaman yang hendak dikuatkuasakan.
“Adakah, misalnya, ada perintah pengharaman satu-satu festival? Bagaimana pihak polis hendak menguatkuasakan pengharaman ini? ” katanya.
Kelmarin Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengarahkan program Seksualiti Merdeka 2011 dihentikan serta merta sebelum tindakan undang- undang diambil terhadap penganjur serta peserta yang terlibat.
SIS adalah antara 20 NGO yang memberi sokongan terhadap penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 selain Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Menurutnya, pihaknya faham yang ada Muslim yang membantah idea menghormati kepelbagaian gender dan seksual.
“Kami sendiri berhadapan dengan beberapa laporan polis hanya kerana mempersoalkan prosedur-prosedur jenayah syariah ke atas wanita, dan penerbitan kami yang membincangkan impak ekstremisme agama ke atas wanita Muslim pernah diharamkan oleh pihak berkuasa.
“Kami kecewa kerana Seksualiti Merdeka 2011 pula kini berhadapan dengan nasib intimidasi dan pengaiban yang sama,” katanya.
Oleh itu, SIS meminta orang ramai terutamanya yang beragama Islan agar menggunakan kebijaksanaan apabila berurusan dengan isu-isu dibawa oleh Seksualiti Merdeka.
“Kami juga meminta pihak berkuasa agar memastikan keselamatan dan sekuriti mereka yang terlibat khususnya penganjur, sukarelawan dan penyokong Seksualiti Merdeka,” katanya.


pejuangmelaka - Baik TUKAR NAMA JADI "SISTER IN HELL" lagi bagus ! Kita negara Islam Hormati Sensitiviti Agama Islam walaupun  tidak mahu menghormati Sensitiviti Orang Melayu ! Stupid !


Salam Perjuangan !

No comments:

Post a Comment