Menu Babi : Pakatan Rakyat permainkan sensitiviti umat Islam?
Belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia di mana sebuah kerajaan negeri dengan sengaja mempermain-mainkan sensitiviti masyarakat Islam.
Berbeza benar apabila DAP mendapat kuasa dan apabila mereka menjadikan PKR sebagai proksi di Selangor. Sensitiviti umat Islam diuji dan DAP cuba ‘memperkenalkan’ sesuatu yang selama ini menjadi taboo kepada umat Islam, kononnya untuk mengajar umat Islam di negara ini agar lebih berfikiran terbuka dan menerima kepelbagaian dengan mendidik mereka menerusi kebiasaan.
Itulah yang berlaku pada Julai 2011 apabila akhbar Selangor Times yang merupakan akhbar milik Kerajaan Negeri Selangor menyiarkan satu muka surat penuh promosi produk daging babi. Keluaran yang dimaksudkan adalah keluaran 1-3 Julai 2011. Ianya mengenai Restoran Tean Kitchen di SS2, Petaling Jaya yang menjual lapan jenis produk babi.
Apa yang mengejutkan ialah, Kerajaan Negeri Selangor seolah-olah tidak sensitif dengan mempromosikan makanan tersebut pada ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadat puasa.
Promosi yang sama turut dilakukan oleh sebuah akhbar arus perdana. Walaupun akhbar berkenaan menarik semula artikel tersebut dan meminta maaf, namun berdasarkan tindakan yang dilakukan oleh Pakatan dalam isu ini, sememangnya mereka tidak pernah berminat untuk melihat keharmonian kaum dan agama berlangsung secara aman sebaliknya, Pakatan cuba memastikan umat Islam menerima pemaksaan nilai-nilai yang selama ini dibentengi oleh Perlembagaan dan saling hormat-menghormati di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.
Pakatan seolah-olah cuba mendidik, produk babi bukanlah satu kesalahan. Umat Islam di negara ini perlu menerima babi sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka. Pakatan dan DAP mahu umat Islam di Selangor tidak marah, tidak jijik dan tidak bencikan babi.
pejuangmelaka- Mula-mula suka babi , selepas itu suka Bersih , Suka fitnah, Suka Seksualiti Merdeka Akhirnya Kaumku Di Azab !
Nauzubillahminzalik !
No comments:
Post a Comment