Wednesday, November 2, 2011

Memperkasakan Dasar Pandang Ke Timur






MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia dan negara Islam yang lain seharusnya memandang ke arah negara timur dan bukannya barat sebagai model pembangunan negara.
Beliau percaya sudah membuat keputusan yang betul dalam memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur iaitu mencontohi etika kerja dan teknik perniagaan daripada Jepun dan Korea Selatan dalam tempoh beliau sebagai perdana menteri.

“Pada masa ini, terdapat banyak sangat masalah dengan negara Barat. Masalah di Barat ialah mereka meminjam terlalu banyak dan tidak boleh membayar semula. Kita tidak boleh ada negara macam itu untuk dijadikan model.
“Jika kita negara seperti China, mereka mempunyai rizab bernilai US$3.2 trilion. Korea boleh hasilkan produk utama lebih baik daripada yang dihasilkan negara di Barat.

“Jepun, yang kita tahu, ialah negara yang kalah dalam peperangan, musnah sepenuhnya, tetapi kembali membangun dan menjadi ekonomi kedua terbesar di dunia. Jika kita mahu tiru atau belajar sesuatu, belajar daripada kejayaan orang lain, bukan daripada kegagalan,” katanya ketika sesi soal jawab di Persidangan Antarabangsa Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi yang ketiga (LIFE 3) di Pulau Langkawi, Kedah semalam.

Persidangan tiga hari itu, bermula kelmarin.Dr Mahathir berkata seseorang itu tidak boleh banyak belajar dari Barat kerana ia satu kegagalan yang total.

“Jadi, kita perlu terus memandang ke Timur dan bukan ke Barat. Barat kini menuju ke arah muflis,” kata beliau. - Bernama

pejuangmelaka- Saya setuju dengan pendapat Tun M. Jangan kerap sangat ke London berjumpa dengan Al-Gore. Buatlah acuan sendiri membina negara Malaysia dan sentiasa berwaspada dengan orang kafir harbi di sekeliling kita. 


Salam Perjuangan !


No comments:

Post a Comment