Saturday, November 5, 2011

Laporan Polis oleh GPMS Melaka Terhadap Seksualiti Merdeka !


GPMS Melaka di ketuai TUAN PENGERUSI EN MARWAN BIN ABU KASIM bersama barisan pucuk pimpinan membuat LAPORAN POLIS mengenai ISU Perhimpunan Seksualiti Merdeka. Pihak kami bertekad mempertahankan kesucian Agama Islam daripada di jajah daripada segi psikologi yang di bawa oleh anasir luar yang langsung tidak menghormati SENSITIVITI AGAMA ISLAM. .

Mengikut perkembangan dari masa ke masa tentang pergerakan ini,SEKSUALITI MERDEKA memang mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari dalam negara. Golongan gay, lesbian, pondan, pengkid, dan beberapa golongan yang sukakan hubungan sejenis begitu mempertahankan acara ini kerana kebebasan. "All Malaysian have the right to live and love without fear". Itulah slogan yang dilaung-laungkan oleh pengamal golongan kaum Nabi Luth ini. Kebebasan bersuara memang cukup pantang bagi kita rakyat biasa kerana dengan kebebasan suaralah kerajaan dan pihak atasan dapat mempertimbangkan apa yang pihak bawahan ingin luahkan. Tetapi perlu di ingat bahawa kebebasan bersuara  perlu ada hadnya juga. Peraturan dan undang-undang yang digubal perlulah diikut juga kerana Malaysia di bawah kerajaan berdaulat dan agama Islam adalah agama persekutuan Malaysia yang mana mengikut Islam golongan kaum Nabi Luth ini tidak sepatutnya ada sebagai umat Islam yang beriman.


Semoga ALLAH memberi taufik dan hidayah kepada golongan ini.






Salam Perjuangan !

No comments:

Post a Comment