Pendidikan - Ulama mesti beri jalan keluar !
Sekarang ini isu pendidikan negara diperkatakan semula oleh semua,namun sistem pendidikan manakah yang paling tepat dan bagaimana pula ingin menegakkannya.Persoalan ini telah menjerumuskan manusia moden kedalam jurang kekeliruan yang sangat dalam.Isu pendidikan terus hangat walaupun berbagai bagai dasar dan akta pendidikan telah dicipta dan dilaksanakan.
Apa yang pasti,manusia mesti kembali kepada sistem pendidikan Rasulullah kerana ia telah terbukti berjaya membawa keamanan dan kebahagiaan sejagat 1400 tahun yang lampau.Tugas ini sudah menjadi keperluan yang sangat mendesak justeru persoalan pendidikan ini muncul sebagai masalah paling kronik pada abad ke 20 dan ke-21 ini.
Rasulullah SAW dididik oleh Allah,dan kemudiannya baginda mendidik manusia dengan sebaik baik didikan.Hanya bagindalah pemimpin yang berjaya mendidik manusia untuk memikul dua tugas secara serentak iaitu sebagai hamba dan sebagai khalifah Allah.Para sahabat yang dididik oleh baginda mempunyai hati yang akrab dengan Allah sebagai hamba,manakala sebagai khalifah,fikiran dan tenaga lahir mereka mengatur kehidupan manusia.Mereka dipuji oleh Allah dan disanjung baktinya oleh manusia.Sejarah hidup mereka terus menjadi sebutan,cita cita dan tauladan manusia sepanjang zaman.
Arus kebangkitan islam yang semakin hebat ini telah menimbulkan hasrat yang kuat dikalangan pejuang-pejuangnya untuk mencungkil kembali khazanah peninggalan Rasulullah SAW yang mulia itu.Malangnya ramai pejuang hanya berjaya mencungkil 'jasad lahir' saja daripada pendidikan Rasullah tetapi gagal menggali roh pendidikan islam itu.Akibatnya,lahirlah generasi yang lemah,beku dan menyerah kalah kepada keadaan ataupun golongan yang terlalu agresif,ekstrim,emosional dan kasar dalam perjuangan.
Ada pula yang terjebak dengan perangkap musuh dengan mencampur adukkan sistem pendidikan islam dengan sistem pendidikan sekular kerana mereka percaya cara itu lebih praktikal dan lebih toleran.Malah,ada diantara mereka yang berjuang untuk mmenyamaratakan segalanya atas alasan liberal atau pluralisme.Tetapi sedarlah kita bahawa Allah menolak formula itu melalui firmannya dalam surah Al-baqarah:42..."Dan janganlah kamu campur-adukkan antara yang hak dan yang bathil,dan janganlah kamu sembunyikan yang haq itu sedangkan kamu mengetahuinya..."
Selagi pendidikan Rasulullah SAW tidak dapat ditegakkan,selagi itulah islam tidak akan dapat didaulatkan kembali.Sesungguhnya islam dibangunkan dengan kekuatan Taqwa iaitu kekuatan yang lebih utama daripada kekuatan fizikal,ekonomi,ketenteraan dan lain lain kekuatan lahiriah.Tanpa Taqwa,pejuang islam akan gagal walau setepat atau sebijak manapun mereka mengaturkan perjuangan.
Taqwa hanya dapat dihasilkan oleh sistem pendidikan yang tepat.Sebab itulah...kembali kepada pendidikan Rasulullah adalah perkara utama yang perlu dibuat oleh kita semua.
Oleh itu,siapakah lagi orang selain pakar akademik yang akan menggerakkan usaha ini kalau bukan para ulama???Mereka mesti tampil untuk menjelaskan dasar,matlamat dan kaedah pendidikan Rasulullah.Ayuh para ulama dan ilmuan agama terbilang...marilah bersatu berjuang untuk anak bangsa dan ummat islam dengan bantuan dari segi ilmu dijalan Allah!!!Usahlah kalian menyibukkan diri dan melekakan diri dengan bermain politik murahan yang hanya sekadar untuk memenuhi keperluan perut kalian saja.Usahlah menjual agama ini demi sedikit habuan dunia yang sementara dan tidak kekal ini.
Masa terlalu suntuk untuk kita terus dibuai oleh teori dan falsafah yang berlarut larutan...Apa yang penting sekarang ialah tindakan!!!
Firman Allah..."Berbuatlah,nanti Allah,Rasul dan orang mukmin akan menilai"...- At-Taubah:135.
No comments:
Post a Comment