Thursday, November 3, 2011

KAMI BANTAH PERHIMPUNAN SEKSUALITI MERDEKA 2011


KAMI BANTAH PERHIMPUNAN SEKSUALITI MERDEKA 2011 

Nampaknya Malaysia semakin lama semakin di ambang kehancuran dek kerana beberapa orang monyet suruhan negara luar yang mahukan Malaysia hancur dan menghapuskan pemerintahan Raja Melayu dan Agama Islam. Ini bukan dongengan lagi wahai sahabat. Inilah ancaman terbesar dan dugaan maha dahsyat untuk kita. Sekarang kita dapat lihat siapa yang mengikut acuan yang benar dan siapa yang sudah terpesong jauh. Namun kita bukan hendak mencari salah siapa. Kita hanya mahu mengkaji seterusnya bertindak dengan fikiran yang waras dan matang.

S. Ambiga, Ketua Gerakan BERSIH 2.0, adalah salah seorang pencatur yang hebat di Malaysia. Dia dapat menipu orang Melayu di dalam PKR dan PAS yang beragama Islam dengan rencana yang cukup licik. Dia dapat menyucuk jarum yang halus ke minda pengikut-pengikut pemimpin pilihan seperti Nik Aziz dan Anwar supaya dapat mengikut jalannya. Selepas BERSIH 2.0 mendapat tentang yang maha dahsyat dari semua golongan masyarakat Malaysia tidak kira dari berbagai bangsa dan agama semata-mata mahu kononnya membersihkan pilihanraya yang katanya tidak adil kerana pakatan rakyat tidak dapat memerintah Malaysia semasa PRU-12 lepas.

Kita tinggalkan dahulu BERSIH 2.0 yang tidak mendapat sambutan itu. Sekarang, S. Ambiga telah berjaya buat kali kedua menipudaya masyarakat Malaysia yang terpengaruh dengan ideologinya supaya dapat menjayakan satu himpunan Lesbian, Gay, Bi-sexual dan Transgender di Malaysia yang sedang berlangsung dan dikhabarkan mendapat sambutan yang hangat dari dalam dan luar negara. Ini hanyalah rancangan terpencilnya sahaja sebelum proksi Yahudi-Israel ini dan dibantu oleh Bro. Anwar Bin Ibrahim menjalankan agenda yang lebih licik dan merbahaya kepada keamanan negara dan kedaulatan Raja Melayu dan Islam.


Mengikut perkembangan dari masa ke masa tentang pergerakan ini,SEKSUALITI MERDEKA memang mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari dalam negara. Golongan gay, lesbian, pondan, pengkid, dan beberapa golongan yang sukakan hubungan sejenis begitu mempertahankan acara ini kerana kebebasan. "All Malaysian have the right to live and love without fear". Itulah slogan yang dilaung-laungkan oleh pengamal golongan kaum Nabi Luth ini. Kebebasan bersuara memang cukup pantang bagi kita rakyat biasa kerana dengan kebebasan suaralah kerajaan dan pihak atasan dapat mempertimbangkan apa yang pihak bawahan ingin luahkan. Tetapi perlu di ingat bahawa kebebasan bersuara  perlu ada hadnya juga. Peraturan dan undang-undang yang digubal perlulah diikut juga kerana Malaysia di bawah kerajaan berdaulat dan agama Islam adalah agama persekutuan Malaysia yang mana mengikut Islam golongan kaum Nabi Luth ini tidak sepatutnya ada sebagai umat Islam yang beriman.

Siapa yang kata golongan LGBT ini tidak mendapat hak nya masing-masing? Selama ini kerajaan tidak mengusik secuit pun golongan ini. Hak apa lagi yang dimahukan oleh Ambiga dan golongan-golongan-nya di Malaysia? Hak untuk hidup, hak untuk dicintai. Semua itu kerajaan langsung tidak mengganggu gugat golongan ini kerana mereka juga manusia dan layak hidup di bumi Allah ini. Cumanya kita di Malaysia memang mendapat tentangan yang amat tegas kerana kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. 


Sebenarnya tidak ada faedah langsung pun penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 ini. Acara ini hanya salah satu propaganda golongan LGBT supaya kerajaan Malaysia mengiktiraf golongan ini di Malaysia dan seterusnya menghalalkan perkahwinan sejenis yang amat digeruni oleh umat Islam di Malaysia malah di dunia. Ini semua hanyalah rancangan jahat Yahudi-Israel melalui proksi-proksinya di Malaysia supaya negara ini mendapat aib yang maha dahsyat dan mungkin akan dikutuk sekeras-kerasnya dari negara luar. Malah tidak mustahil jika maruah Malaysia juga akan tercemar dan ini lah rancangan jahat Yahudi yang ingin menjatuhkan negara-negara Islam di dunia. Negara Malaysia cukup kuat untuk diperangi dan mereka mencari idea lain untuk menewaskan Malaysia iaitu dengan perang psikologi. 

No comments:

Post a Comment