Ketika isu Seksualiti Merdeka mula menjadi topik utama,bekas Mufti Perlis,Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertanyakan sendiri dalam twitternya kepada Anwar Ibrahim.
“DS Anwar, betulkah Ambiga nak buat perhimpunan terbuka untuk rakyat menyokong gay dan transexual? Jika benar ini sudah berlebihan”, tanya Dr Asri kepada Anwar.
Dr Asri membangkitkan perkara itu dengan merujuk satu kenyataan berkenaan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan dijadual akan merasmikan program sambutan tahunan gay dan lesbian yang dinamakan ‘Seksualiti Merdeka 2011 : Queer Without Fear’ pada 9 November, di The Annexe Gallery, Kuala Lumpur.
“Masih menunggu penjelasan Ambiga”, jawab Anwar kepada @realDrMAZA, twitter milik Dr Asri yang turut disalinkan kepada @ShazGhaF, twitter milik penyokong Ketua Umum PKR itu.
Sebelum ini @ShazGhaF yang turut mendapat twitter pertanyaan Dr Asri itu menyoal balas bekas Mufti Perlis itu dengan berkata; “Kenapa tanya Anwar kenapa tidak tanya @ambiga_s terus?”.
Dr Asri sebelum ini dalam twitternya menyatakan pendiriannya tegas tidak bersetuju dengan sebarang bentuk perhimpunan yang berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan kepada LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgander) kerana bertentangan dengan Islam.

“Saya menentang keras hasrat utk mengadakan perhimpunan menghalalkan gay, lesbian dan transeksual. Haram muslim menyokong dalam apa bentuk pun.
"Mana-mana parti yang bersetuju dengan kempen menghalalkan gay dan trnsexual terbuka untuk semua rakyat, tak layak menjadi kerajaan untuk Malaysia!”, tegasnya.
Twitter penyokong Anwar @ShazGhaF tidak dibalas oleh Dr Asri kerana beliau bertanyakan sendiri kepada Ketua Umum PKR itu dan bukannya pihak lain.
Lagipun, sebagai bekas mufti, beliau perlu bertanya terus kepada seorang ‘ketua yang beragama Islam’ yang disebut-sebut sebagai payung pihak lain yang bukan Islam.
Sebenarnya rasa hati bekas mufti itu bahawa Ambiga berkait rapat dengan Anwar, bukan lagi satu rahsia. Malah Anwar sendiri pernah mengesahkan bahawa beliau boleh sahaja memberikan arahan pada bila-bila masa kepada Ambiga untuk membatalkan penganjuran perhimpunan haram BERSIH 2.0 baru-baru ini.
Walaupun Anwar seperti menyembunyikan kaitannya dengan Seksualiti Merdeka, namun Pang Khee Teik, penganjur program LGBT itu mendedahkannya.
“Saya fikir disebabkan faktor Ambiga. Ia telah dipolitikkan.Agensi kerajaan telah menggunakan segala peluang untuk membangkitkan sentimen terhadap Ambiga dan Anwar Ibrahim”, kata Pang kepada FMT yang turut mengaitkan dengan nama Ketua Umum PKR, walaupun hanya Pengerusi BERSIH 2.0 yang dijemputnya untuk merasmikan program tahunan Seksualiti Merdeka 2011.
Berdasarkan komunikasi twitter Anwar dengan Dr Asri,Ketua Umum PKR seolah-olah menunjukkan sikap tidak tahu menahu dan tidak menyokong program tersebut, namun berbeza dengan kenyataan terbarunya, di lobi parlimen semalam.Pada awalnya, kenyataan Anwar kelihatan berbelit-belit antara menyokong atau tidak program tersebut, namun setelah dianalisis keseluruhan ucapan itu, semakin jelas dapat disimpulkan bahawa Anwar menyokong program Seksualiti Merdeka 2011 itu.
“Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim mempertahankan hak penganjur dan penyokong festival Seksualiti Merdeka 2011 kerana menyifatkannya sebagai medan perbincangan dan pertemuan bagi golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT).
Menurutnya, pada masa sama beliau membidas pihak-pihak yang mengecam penganjuran festival ini terutamanya mereka yang berterusan menghina penganjur dan individu yang menyokongnya”, katanya seperti dilaporkan sinarharian.com.
No comments:
Post a Comment