Belajarlah Berlapang Dada
CUBA selami diri sendiri, lihat dan teliti terhadap setiap perkara yang tidak kena dengan diri kita. Jangan fikir diri sudah cukup waras untuk melihat atau menilai sesuatu menggunakan kecenderungan akal yang sihat dan tajam. Lihat apa yang tidak kena dengan diri kita sendiri.
Apa sebenarnya yang kita mahu kalau semua perkara dilihat serba tidak kena pada pandangan kita sendiri? Kamu suruh orang itu ikut cara kamu, kemudian orang itu pun ikut, malangnya kamu lihat masih ada yang tidak kena walaupun orang itu sudah buat apa yang kamu suruh. Bagi kamu, apa saja yang orang itu buat memang akan jadi serba tak kena.
Kamu suruh orang lain berlapang dada seperti kamu. Kamu suruh orang lain tidak berburuk sangka terhadap orang lain melainkan hanya berbaik sangka seperti yang kamu sedang kempen menjadikan diri kamu sebagai contoh untuk diikuti orang lain. Malangnya, kamu sendiri berburuk sangka terhadap orang lain dengan menganggap orang lain itu semua serba tidak kena dalam setiap pekerjaannya.
Orang lain yang tidak kena atau memang ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kamu itu? Ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kamu itu wahai insan, sedarlah. Kamu sendiri sebenarnya ada yang tidak kena kerana asyik menuduh orang lain serba tidak kena. Apa yang tidak kena dengan diri kamu wahai insan? Apa yang kamu mahu sebenarnya sehingga semua orang kamu anggap serba tidak kena?
Ini satu penyakit yang melanda orang kita. Penyakit serba tak kena. Melihat semua perkara sebagai tak kena (tidak betul). Melihat orang lain sebagai serba tak kena. Orang lain semua dilihat sebagai salah atau pesalah, setiap yang dibuat orang lain dilihat sebagai tak kena. Bagi orang ada penyakit hati seperti itu, hanya dia dan puak-puak yang sealiran dengan pemikirannya sahaja yang serba betul.
Apakah aliran pemikirannya itu wahai tuan-tuan dan puan-puan semua? Aliran pemikiran yang berserabut, keliru dan kematu akal. Dialah sebenarnya yang tidak kena, dialah sebenarnya yang ada something wrong pada tingkat kewarasannya. Pemikiran bercelaru yang dikematukan dan dibantutkan oleh penyakit prejudis dan paranoia ringan.
Saya tidak mahu bercakap mengenai orang lain atau bangsa lain. Saya hanya mahu bercakap mengenai masalah penyakit ini yang sudah lama berkematu dalam pemikiran orang-orang kita iaitu Melayu kerana saya mahu orang Melayu dapat berfikir dengan sihat dan adil dalam pemikirannya.
Orang yang berpenyakit hati seperti itu biasanya tidak boleh lihat orang-orang yang tidak sealiran dengannya (dalam perenggan seterusnya, kita istilahkan orang yang tidak sealiran dengan puak ini sebagai musuhdalam konteks artikel ini) duduk senang. Semua perkara yang diperbuat oleh musuh mereka itu mahu di-protes sederas-derasnya meskipun yang dibuat oleh musuh mereka itu adalah betul walaupun kurang tepat.
Seboleh-bolehnya semua perkara mahu di-protes dan dikatakan sebagai tidak kena atau tidak betul. Walhal, orang yang ada penyakit serba tak kena itu hanya tahu memprotes tetapi gagal tampil dengan idea yang lebih bernas dan lebih tepat. Hanya mulut mereka yang tahu memprotes sehingga bersembur air liur keluar memuntahkan rasa ihsan dan mencemari lantai insan. Hakikatnya, tidak berani tampil berdiri dengan pendapat yang dikatakan lebih bagus daripada pendapat sang musuh atau seteru mereka itu.
Kamu suruh orang lain berlapang dada, sedangkan dada kamu sendiri yang tidak pernah dilapangkan. Kamu suruh orang berbaik sangka sesama insan sedangkan hati kamu sendiri yang dipenuhi penyakit buruk sangka, memang ada yang tidak kena dengan diri kamu. Memang ada. Jangan tipu.
Apa masalah sebenarnya?pejuangmelaka - Walaupun kamu UMNO atau PAS terimalah kelemahan masing2.. Bersatulah Demi ISLAM walaupun berlainan ideologi ! Bodohnya kita jika kerana pemikiran sempit tidak bertegur sapa bahkan pemimpin atasan boleh duduk semeja .. Bersatulah bangsaku !
Salam Perjuangan !
No comments:
Post a Comment