Tuesday, October 4, 2011

MP DAP BAWA PANAS KE PARLIMEN?


MP DAP BAWA ISU HOT KE PARLIMEN.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan tiada sebarang pembelian cincin bernilai AS$24 juta oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata cincin kontroversi berkenaan turut dikembalikan kepada syarikat pemunya cincin itu selepas beberapa hari.
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kes berkenaan kepada JKDM dan pihak mereka mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut,” katanya dalam jawapan bertulis diDewan Rakyat pada Selasa.
Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin mengetahui status siasatan pihak polis dan SPRM berhubung dakwaan pembelian cincin tersebut.
Bagaimanapun menurut Mohamed Nazri, kes berkenaan tidak berada di bawah bidang kuasa SPRM kerana suruhanjaya itu hanya menjalankan siasatan bagi kes rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewenganseperti mana dalam peruntukan Akta SPRM 2009.
Sebelum ini, Rosmah turut menafikan mengenai pembelian cincin berkenaan dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah. OLEH  - ARIFFUDDIN ISHAK

Isu juta-juta dah dibawa masuk ke Dewan Rakyat…. nampaknya ada MP pembangkang yang gagal memahami cerita sebenar berkenaan cincin jutaan ringgit yang didakwa milik Rosmah. Sama ada beliau tahu atau hanya mahu mendapat publisiti murahan di Dewan Rakyat-jawapannya sudah di jawap oleh PAK Aziz.

Sepatutnya MP DAP kena buat penyiasatan sendiri bertanyakan hal sebenar kepada penyebar cerita berkenaan hal cincin dakwaan milik rosmah ini, atau minta chegubard buat pencerahan kepada semua MP pembangkang.

SPRM dan JKDM sahkan dakwaan tiada pembelian cincin tersebut oleh Rosmah-jadi mintalah agar MP Pembangkang yang bijak pandai…usahlah diserabut hal remeh temeh. Gunakan kesempatan di Dewan Rakyat membawa isu-isu rakyat yang lebih mencabar dan membantu rakyat dalam kesusahan.
Itu baru mencabar


pejuangmelaka- Kita saman je pembangkang ni jangan bagi muka.. Bukti semua dah ada..

No comments:

Post a Comment