Monday, October 10, 2011

Bangkitlah Melayu !

Bangkitlah Melayu !








Resolusi perhimpunan MCA minggu lepas terus mendesak kerajaan mengarusperdanakan pendidikan vernakular setanding dengan pendidikan kebangsaan. Antara desakan mereka adalah, kerajaan mesti membantu pembangunan lebih 78 peratus sekolah Cina sedia ada melalui peruntukan khas.

Lembaga pentadbir sekolah Cina mesti dirujuk terutama berkaitan penempatan guru besar (pengetua), penolong kanan dan guru bahasa Melayu. Mereka mesti berlatar belakangkan Cina dan boleh berbahasa Cina dengan baik. Masa pembelajaran dan pengajaran bahasa Cina mesti dikekalkan minima 5 period seminggu. Tiap-tiap tahun inilah desakan yang kedengaran ketika perhimpunan tahunan mereka. Tidak perlulah ditanyakan pendapat Gerakan dan parti ultra kiasu.

Soal untuk memandaikan anak Cina yang lemah dalam komunikasi dan gagal dalam penulisan bahasa kebangsaan langsung tidak disentuh. Yang penting bagi mereka, anak Cina mesti pandai dalam bahasa Cina. Sekolah Cina mesti mendapat bantuan lebih dari sebelumnya, penguasaan bahasa Cina mesti diutamakan.

Sebelum ini Perdana Menteri amat bermurah hati bersetuju menyalurkan kutipan cukai arak dan judi kepada sekolah Cina. Mengecualikan cukai terhadap mereka yang memberi sumbangan kepada tabung pembangunan sekolah Cina dan banyak lagi. Pendek kata, sekolah Cina hari ini mendapat perhatian yang begitu tinggi daripada pelbagai pihak. Kerajaan terpaksa tunduk demi mendapatkan undi. Undi pun belum ditentu diberikan kerana undi adalah rahsia. Di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, usahlah dicerita. Peruntukan datang mencurah-curah. Pendek kata, kiri kanan, semua makan, ibarat gergaji dua mata. Buatlah perbandingan antara sekolah kerajaan dengan sekolah vernakular. Mana lebih baik. Kalau tidak percaya pergilah ke salah sebuah sekolah di kampung saya, SK Sungai Ranggam, Kota Setia, Teluk Intan, lihatlah betapa daifnya sekolah ini. Guru besar sekolah tersebut meminta saya memberitahu kementerian supaya membantu sekolah tersebut. Terfikir juga saya, apa yang dibuat oleh wakil rakyat di sana.

Inilah isu yang terus menjadi duri dalam daging yang tidak berkesudahan. Tidak cukup dengan bantuan kepada sekolah Cina setakat ini? Saya memohon dan menasihatkan kerajaan, jika mahu terus mengarus perdanakan sekolah vernakular setanding setanding dengan sekolah kebangsaan, beberapa perkara berikut perlu diberikan perhatian.

Pertama, kerajaan tidak perlu tertakluk atau tunduk kepada desakan atau keputusan lembaga pentadbir sekolah Cina. Kedua, pentadbiran sekolah Cina hendaklah ditentukan oleh pihak kerajaan, bukannya pentadbir sekolah Cina. Ketiga, sebahagian besar tanah sekolah Cina hendaklah diserahkan kepada kerajaan. Keempat, bahasa Melayu hendaklah diajar melebihi period minima bahasa Cina. Jika mereka tidak mahu melakukannya, adalah tidak wajar kerajaan tunduk kepada desakan mereka untuk menyamakan taraf sekolah vernakular dengan sekolah kebangsaan.

Sudah lama saya tidak menyentuh isu kerana saya ingatkan kita semua mengambil iktibar. Namun, keadaan masih tidak berubah. Kita begitu takut dengan ugutan orang Cina kerana undi. Realitinya, undi tetap tidak bertambah. Jika orang Cina Islam lahirkan hasrat yang sama di negara komunis China, kita sudah dapat menjangka nasib mereka. Hatta, berpuasapun tidak dibenarkan.

Yang amat menyedihkan, sama ada pelajar-pelajar Cina boleh menguasai bahasa kebangsaan atau tidak, langsung tidak menjadi agenda atau resolusi. Kita amat serius dengan bahasa ibunda, tetapi tidak kepada agenda negara. Saya tidak nafikan ramai juga orang Melayu menghantar anak-anak ke sekolah vernakular. Tetapi situasinya berbeza. Melayu dapat menguasai bahasa dan budaya Cina. Manakala Cina tetap dengan kecinaannya (keindiaan).

Inilah dilema pendidikan negara yang kita hadapi sekian lama. Tidak salah memandaikan anak kita dengan bahasa ibunda. Tetapi apakah langkah yang dibuat untuk memandaikan anak kita dengan bahasa negara? Pihak ultra kiasu terus mendakwa bahawa sekolah vernakular adalah satu kekuatan. Tetapi pernahkah kajian dibuat untuk melihat kesan sekolah vernakular ke atas pembangunan negara bangsa dan integrasi nasional?

Selaku ahli akademik, saya pernah memohon grant untuk melakukan kajian seperti ini tetapi ditolak mentah-mentah atas alasan sensitif. Jawatan kuasa penilai terdiri kalangan bebal dan pandir. Saya amat hairan, perkara sebesar ini melibat masa depan negara dikatakan tidak penting. Sedangkan ada kajian yang tidak penting dianggap penting.

Kita hanya melihat dari sudut yang positif, sedangkan sudut yang negatif, yang sudah tentu implikasinya lebih besar tidak mahu dibincangkan. Saya memohon kepada kerajaan supaya memberikan kami grant untuk membuat kajian ini secara menyeluruh. Implikasi sekolah vernakular ke atas pembangunan negara bangsa.

Sepatutnya orang Cina berlapang dada menerima pandangan-pandangan daripada pihak berautoriti bukannya defensif. Kita seharus merasa bertuah kerana dapat mengekalkan pendidikan ibunda di sini. Di negara lain, seperti Indonesia dan Thailand, bukan sahaja pendidikan vernakular diharamkan, hubungan dengan negara asal diputuskan sama sekali. Kelonggaran hanya diberikan pada tahun-tahun 1990an. Tidak seperti kita, tidak pernah melarang sama sekali. Saya yakin, jika dibuat kajian, sebahagian besar rakyat Malaysia, berhubung dan membuat lawatan yang amat kerap di negara asal. Pernahkah kerajaan menghalang?

Menurut Aimee Dawis (2002), orang Indonesia Cina yang membuat kajian mengenai orang Cina di sana, pada tahun 1965 hingga 1998, kerajaan Indonesia mengharamkan penggunaan bahasa Cina, tulisan Cina dan alat komunikasi Cina secara paksa. Semua perayaan kebudayaan orang Cina termasuk menyambut Tahun Baru Cina. Hubungan dengan China diputuskan sama sekali.

Bandingkan dengan negara kita, saban tahun sekolah Cina bertambah, perayaan kebudayaan bukan Islam disambut secara besar-besaran sehingga menenggelamkan perayaan kebesaran umat Islam. Malah cuti umumpun hampir sama dengan cuti perayaan agama rasmi ini. Masihkah kita tidak bersyukur?

Memanipulasikan situasi politik Melayu hari ini amat tidak wajar sama sekali. Walaupun nampak kerajaan berlembut kerana terpaksa, di peringkat bawah dibincangkan secara hangat. Kita terus menyimpan dendam. Jika tidak percaya, layari laman-laman web yang ada pada hari ini. Amat malang sama sekali, ramai kalangan kita yang tidak dapat mengikuti penulisan-penulisan rakyat Malaysia dalam bahasa Cina. Jika tidak, saudara semua akan dapat tahu bagaimana penghinaan dibuat. Janganlah hanya obses dengan Namewee sahaja. Saya juga tidak nafikan ada juga orang Melayu bertindak sedemikian.

Rakyat Malaysia sepatutnya fasih berbahasa kebangsaan. Tidak timbul soal ada yang langsung tidak dapat bertutur dan memahami bangsa kebangsaan. Buatlah kajian mendalam dalam isu ini. Bancian 2010 yang dibuat oleh jabatan perangkaan sudah cukup membuktikannya. Adakah perkara ini dibincangkan dalam perhimpunan MCA, Gerakan dan parti ultra kiasu? Ingatlah, titik permulaan dalam pembentukan Bangsa Malaysia tersebut terletak pada sistem pembelajaran negara kita. Sikap terhadap rakyat Malaysia ini harus di bentuk dari peringkat asas. Justeru, desakan demi desakan daripada ultra kiasu ini mesti dikaji secara mendalam. Janganlah kerana mahukan undi kita terpaksa melukut di tepi gantang. Akhirnya nanti, siapakah yang akan menerima akibatnya. Saya tidak nafikan kekuatan kata-kata unity in diversity. Tetapi bacalah bersama kesan multiculturalism yang semakin menghantui negara-negara barat hari ini yang konon memperjuang kebebasan hak asasi manusia. Katakan Benar walaupun Pahit.. Ingatlah Bangsaku !





Salam Perjuangan !

No comments:

Post a Comment