Gol Awal Jaringan Najib Semalam.
Secara keseluruhannya, ramai yang bersetuju bahawa Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Datuk Sri Najib merupakan satu usaha untuk memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat malah ada yang berpendapat pemberian dari kerajaan BN untuk semua.. ‘semua orang dapat..’
Perlaksanaan setiap peruntukan yang akan dibelanjakan dinantikan dengan penuh girang oleh rakyat tidak kira apa jua fahaman politik mereka, tidak kira apa keturunan bangsa mereka, tidak kira apa fahaman agama yang mereka anuti.
PUTRAJAYA, 15 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata campur tangan kerajaan melalui program khusus telah membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah berkualiti.
Beliau berkata kerajaan melalui program khusus seperti program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk membangunkan perumahan mampu milik bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana yang hidup di bandar-bandar besar sehingga terpaksa menanggung kos perbelanjaan harian yang tinggi khususnya kos pengangkutan.
“Memiliki rumah sendiri adalah satu impian dan cita-cita rakyat yang diambil berat oleh kerajaan. Ini adalah kerana memiliki rumah sendiri akan menyemai perasaan memiliki.
“Kalau tiada campur tangan dan intervensi kerajaan melalui program khusus, maka ramai tidak mampu memiliki rumah yang berkualiti dan berdekatan dengan tempat kerja,” katanya pada Majlis Cabutan Undi Terbuka untuk 560 unit rumah mampu milik pertama yang dikendalikan Unit PR1MA di sini, hari ini.
Najib berkata rumah dan tempat kerja yang berdekatan akan meningkatkan produktiviti kerja.
Beliau berkata penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar telah menimbulkan implikasi yang perlu ditangani kerajaan bagi mengelak tekanan sosioekonomi termasuk harga tanah atau rumah yang melambung tinggi sehingga rumah di kawasan bandar di luar kemampuan rakyat.
“Apabila berlaku keadaan ini, mereka terpaksa tinggal di kawasan berjauhan dari tempat kerja yang akan menimbulkan pelbagai kesukaran, termasuk pertambahan kos pengangkutan.
“Selain mengisi impian dan cita-cita rakyat untuk memiliki rumah, rumah dan tempat kerja yang berdekatan dapat meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos perbelanjaan harian rakyat,” katanya.
Najib turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneruskan usaha untuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik kepada rakyat di negara ini.
Beliau berkata unit PR1MA telah menerima sambutan hangat apabila terlebih langgan 13 kali iaitu lebih daripada 7,000 permohonan untuk mendapatkan 560 unit rumah di sini.
“Permulaan Program PR1MA, kerajaan akan membangunkan lebih banyak projek-projek ini di seluruh negara dalam tempoh terdekat,” katanya.
Najib berkata kerajaan akan menyediakan kemudahan-kemudahan lain seperti Kedai Rakyat 1 Malaysia, Klinik 1Malaysia dan lain-lain untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di bawah Program PR1MA.
Fasa pertama PR1MA yang terletak di Presint 11, di sini, dibangunkan Putrajaya Holdings Sdn Bhd merangkumi 420 unit rumah berkeluasan 815 kaki persegi dan bernilai RM120,000 dan 140 unit yang berkeluasan 1,006 kaki persegi yang bernilai RM150,000.
Harga pasaran unit-unit yang ditawarkan ini berharga RM175,000 dan RM220,000.
pejuangmelaka - Harapanku agar Malaysia terus maju dan Melayu akan bersatu !
Salam Perjuangan

No comments:
Post a Comment