Sedangkan Yahudi yang dilaknat Allah itu, sedangkan kitab Injil yang berbahasa Hebrew itu, pun mereka tidak mahu menganut Kristian. Apatah lagi umat Melayu yang kental dengan al-Quran itu.
Ajaran al-Masihi itu telah lupus apabila Nabi Muhammad ditabalkan sebagai Rasulullah. Demi menghormati mereka digelar sebagai ahlul-kitab.
Tetapi Methodist, Katolik atau Protestan itu bukanlah ajaran al-Masihi kerana mereka mengubahsuai mengikut suka hati. Contohnya, kahwin sejenis. Dan ajaran-ajaran ini adalah versi sesat al-Masihi, umpama ajaran Guru Yahya...
Contoh lain kunun-nya "Nabi Isa sayangkan saya..." Entah iya ke? Silap haribulan Nabi Isa mengutuk perbuatan mereka ini yang memandai-mandai menggunakan nama baginda.
Kita tahu Nabi Isa masih hidup. Kita juga menanti kedatangan baginda untuk menyelamatkan akidah. Tetapi akidah yang hendak diselamatkan adalah akidah Islam syariat Nabi Muhammad!
Mari kita semak betul-betul kenapa Jesus of Nazareth mesti hidup lama.
Lihat surah al-Kahfi. Pesan Rasulullah, dengan amalan membaca surah ini akan menjadi benteng terhadap fitnah Dajjal. Lihat lebih dalam isi surah tersebut. Ia jurus kepada sejarah dan pengajaran. Soalan: apa hal dengan sejarah hendak menolak fitnah Dajjal? Ya, pelik.
Tetapi lihat lagi, ia tentang Zulkarnain, pemuda-pemuda gua, wang emas dan perak. Bukankah pemuda-pemuda gua itu contoh manusia boleh dihidupkan lama mengikut kehendak Allah? Begitu juga Nabi Isa. Tentang wang emas dan perak, bukankah dengan wang boleh mengelak fitnah? Disebabkan miskin, Melayu sanggup menggadai akidah.
Pejuangmelaka hairan, dari kecil hinggalah dewasa Pejuangmelaka dengar ustad-ustad kampong janggut bersepahitu sentiasa menekankan isu 'sesungguhnya harta dan kekayaan itu tidak baik...'. Ia seolah-olah sebuah templat ceramah yang diulang-ulang. Ia seolah-olah sebuah prosidur halus untuk melemahkan Islam. Sedangkan Islam itu agama yang menjayakan kehidupan. Oleh kerana minda kita ditekankan isu pemilikan harta itu jahat, maka terkial-kial mencari wang apabila terdesak. Maklumlah tiada simpanan. Nasib baik ada Bank Rakyat. Mujur ada bonus setengah bulan gaji.
Apabila kita semak nenek-moyang kita dan ulama dahulukala mereka tekad mencari kekayaan namun pegangan agama mereka kukuh.
Tentang Zulkarnain, umum sudah maklum baginda adalah moyang purba Raja-Raja Melayu. Kalau bukan dengan kuasa Raja-Raja Melayu yang mempertahankan Islam sudah lama kita kecundang. Itulah rahsia yang diwasiatkan Nabi Muhammad. Malangnya, ustad-ustad itu suruh budak-budak hafal ayat dari surah ini untuk dibaca ulang-ulang sebagai jampi serapah.
Jikalau Nabi Isa diwafatkan. Apa jadi? Isu ibu Maryam tidak akan selesai. Isu anak Tuhan juga tidak akan selesai. Sampai kiamat manusia menelan fitnah Tuhan turunkan anaknya untuk menebus segala dosa manusia. Ridiculous! Perlukah Tuhan menurunkan anak biologi untuk supaya manusia menyembahNya?
Tak payahlah Pejuangmelaka cerita panjang. Kerna Melayu yang telah murtad asalnya seorang yang
i) kecewa dalam hidup lantaran kesunyian (..I was so alone...)
ii) memang tak faham Allah (I never understood why God blah blah blah...)
iii) nafsu hendakkan kesenangan dunia (Yeah! I want more.)
iv) fikir kabul doanya akan segera turun dari langit seperti magika (I prayed but nothing happened. God ignored me.)
Semasa Pejuangmelaka di perantauan dahulu, ada seorang paderi ini suka singgah di asrama untuk beramah-mesra dengan pelajar-pelajar Melayu. Sekali itu, Pejuangmelaka dan rakan-rakan dijemput untuk meraikan malam raya atau disebut Christmas Eve.
Maklumlah zaman remaja ini seronok main-main. Jadi kami pun menyanyilah pada malam itu, makan-makan dan sembang-sembang. Paderi tersebut menunjukkan sebuah kitab terjemahan al-Quran di dalam bilik studi beliau. Rupa-rupanya al-Quran dijadikan bahan kajian.
Oleh kerana itu, kali kedua beliau singgah di asrama, Pejuangmelaka halau saja Pak Paderi itu kerana memang tujuannya untuk memurtadkan pelajar-pelajar Melayu. Soalan: bagaimana beliau tahu lokasi asrama budak-budak Melayu?
Sebenarnya orang-orang Kristian ini masih tidak faham. Mereka suka bercerita tentang forgiveness, caring, love. Tetapi, bagi orang-orang Islam itu bukanlah isunya. Isu utama ialah mengaku Allah dan Nabi Muhammad. Forgiveness, caring, love datang seiring bagi pengamalnya. Apabila kebanyakan orang-orang Islam tidak ada forgiveness, caring, love, maka dosa bagi mereka. Dan mereka bukanlah lambang Islam. Islam sarat dengan forgiveness, caring, love.
Malang sekali, pejuangmelaka terjumpa ramai orang-orang Islam walaupun yang kental dengan pakaian Arabnya begitu kasar sekali dengan sesama Muslim. Gemar menghukum, suka pandang sengetpada orang yang tidak sehaluan dengan mereka. Siapakah yang sudi, di pagi Aidilfitri untuk menjenguk budak-budak gelandangan di Chow Kit? Pak-Pak Paderi sanggup mengadakan jamuan hari raya. Jadi sama-samalah kita merasa sakit di akhirat nanti lantaran sombongnya kita sesama Muslim. Tak payahlah royat pasal Isle atau ceramah subuh demi politik untuk menjatuhkan sesama Muslim.
Kita, orang Islam, perkara utama ialah Allah mesti dengan Muhammad. Tidak boleh Allah dan Jesus of Nazareth. Kita Sembah-Hyang atau 'sembah tuhan satu'. Allah itu, meminjam kata-kata Chesney Hawke,"I am the one and only". Bukan dua atau tiga.
Pejuangmelaka sungguh sayu dengan sebuah doa ini
"Ya Tuhanku, Jadikan aku seorang yang mendirikan sembahyang, begitupun anak-anakku. Ya Tuhan kami! Dan perkenanlah doaku!" (Surah Ibrahim, ayat 40)
No comments:
Post a Comment