Wednesday, October 26, 2011

Perspeksi Kaum Cina Tentang Hudud


Ridhuan Tee dedahkan Kaum Cina memang tolak Hudud.


Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mendakwa kajian menunjukkan ke atas kaum berbangsa Cina di Malaysia mendapati golongan itu cenderung untuk memilih pemimpin yang korup berbanding pemimpin yang menegakkan negara Islam.

"Mana satu yang kaum Cina suka antara PAS dan UMNO, dia (kajian) kata kaum Cina sedia maklum kepimpinan UMNO itu korup, PAS satu kepimpinan yang berintegriti, tetapi antara kepimpinan negara Islam dengan kepimpinan korup, kaum Cina akan memilih calon yang korup daripada memilih calon yang akan menegakkan undang-udang Islam."

Ridhuan berkata demikian dalam Wacana Sinar (Siri-8) Hudud-Dilema dan Pelaksanaan dipremis Kumpulan KarangKraf di sini hari ini.

Ridhuan menggambarkan persepsi seumpama ini adalah antara kekangan yang membataskan pelaksanaan hudud di Malaysia.

"Saya melihat persepsi masyarakat cina terhadap Islam ini tidak nampak peningkatan yang begitu baik, kita lihat tersebut tidak berubah."

Ridhuan yang juga merupakan Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu turut mempersoalkan sejauh mana umat Islam bersatu sebagai persiapan mendepani persepsi negatif bangsa lain terhadap Islam.

Mendepani permasalahan ini, Ridhuan antaranya berpandangan agar PAS dan UMNO bergabung untuk sama-sama memainkan peranan melaksanakan hudud.

"Tidak ada cara lain, mereka perlu duduk semeja bincang masa depan agama kita ini supaya tidak dipijak-pijak sedemikian rupa."


Wacana Sinar antara lain menampilkan Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohd Isa Abd Rasip sebagai panel.

No comments:

Post a Comment