Thursday, October 6, 2011

Debaran Penantian Bajet 2012


Pembentangan Bajet 2012 ini akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Oktober, 2011, oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak. Pastinya ramai kakitangan awam yang menantikan Pembentangan Bajet 2012 ini dan mengharapkan ada kejutan buat mereka seperti bonus lumayan ataupun kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan awam. Apa pun sama-sama kita nantikan siaran langsung pembentangan bajet 2011 aka Belanjawan 2012  ini nanti.

pembentangan bajet 2012

Bajet 2012 ini memberikan tumpuan kepada pengurusan kos sara hidup rakyat untuk mengurangkan bebanan rakyat bersesuaian dengan slogan “Rakyat Didahulikan Pencapaian Diutamakan”, dan pada masa yang sama menguruskan perkembangan ekonomi negara (Transformasi Ekonomi), dan suka saya memetik update entry dari seorang rakan blogger yang mencadangkan dalam Budget Malaysia 2011 cadangan dari Blogger di blog beliau, yang mana beliau telah mencadangkan agar “Meningkatkan Gaji Minimum” untuk mengurangkan pergantugan kepada pekerja asing, ini satu cadangan yang baik buat semua rakyat Malaysia.
Tahun lepas kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

No comments:

Post a Comment