Monday, October 24, 2011

Tidak Bebaskah Media kita ?







Tidak hairanlah akhbar Cina merupakan pemangkin kepada Tsunami Politik 2008. Anehnya, akhbar-akhbar ini diedar secara terbuka dan tiada sekatan. Jadi, macam mana timbulnya tuduhan bahawa tiada kebebasan akhbar di Malaysia?


China Press-Nanyang-Sinchew Daily News
China Press

Tarikh: 24 Oktober 2011 (Isnin) m/s A8

Tajuk:Tukar Kerajaan Orang Sabah Sendiri Yang Menentukannya
Lim Kit Siang Mahu Rakyat Sabah Ambil Kesempatan Itu

Berita dalam negeri

23hb Kota Kinabalu, ketua pembangkang di Parlimen Lim Kit Siang berkata, pada PRU akan datang ini adalah peluang baik bagi rakyat Malaysia untuk tukar kerajaan, ini adalah peluang keemasan terakhir, rakyat Sabah adalah sebagai raja untuk tukar kerajaan.

Lim berkata, keputusan yang dibuat oleh rakyat Sabah sama ada mahu tukar kerajaan ataupun tidak, dan rakyat Sabah sahaja yang boleh buat keputusan, siapa yang boleh memerintah kerajaan pusat. Dengan itu ia adalah satu tanggujawab yang berat, jika rakyat Sabah dan Sarawak tidak menyokong Pakatan Rakyat, mungkin kita tidak mampu tukar kerajaan untuk negara ini.

Lim Kit Siang adalah ahli Parlimen Ipoh Timur, malam semalam beliau menghadiri majlis “Malam Mesra DAP” berkata demikian dalam ucapannya, beliau berkata, sejak pemerintahan Barisan Nasional pergerakan negara kita agak lembab dan undur kebelakang, jika dibiarkan begitu, kita tiada harapan dan tiada masa depan untuk bersaing dengan dunia luar.

Jika kerajaan ditukar, kita boleh kembali semula kepada menegakkan keadilan, bersikap berpatutan, adil dan sama rata, keyakinan rakyat akan kembali semula terhadap sikap polis dan undang-undang serta di sektor perkhidmatan awam.

Beliau menegaskan, negeri Sabah telah bertukar 4 kali kerajaan negeri, namun masih tidak dapat selesaikan isu pendatang tanpa izin di Sabah, ini adalah isu dan masalah rasuah, kerana ia melibatkan kuasa kerajaan pusat, dengan itu beliau mahu rakyat negeri Sabah ambil kesempatan tukar kerajaan Malaysia, buat perubahan kepada negeri Sabah.


pejuangmelaka - Harakah dan Suara Keadilan pun bebas dijual dan dibeli oleh orang ramai, kenapa pembangkang terus menerus menuduh tiada kebebasan akhbar di Malaysia? Nak bebas macam mana lagi? Inilah yang dikatakan diberi betis nak peha. Soalannya antara betis dan peha mana sedap ?






Salam Perjuangan !

No comments:

Post a Comment