Tuesday, October 18, 2011

PAS Sertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) ?

 PAS Sertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) ?


Nasruddin Hassan Tantawi mengumumkan, Pemuda PAS akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) sebelum kepimpinan utama PAS membuat keputusan berhubung perkara itu. Himpunan Sejuta Umat menyatukan seluruh umat Islam tanpa mengira pegangan politik dan peringkat usia.

Ketua Pemuda PAS itu berkata, anggota-anggota Pemuda PAS akan bersama-sama berhimpun dan menjayakan perhimpunan tersebut sama seperti mereka menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Keputusan terbaru Nasruddin Tantawi ini pasti memeningkan sebilangan besar pemimpin berjenama PAS memandangkan PAS sangat dahagakan sokongan daripada kaum bukan Islam. HIMPUN merupakan himpunan umat Islam menentang pemurtadan oleh ekstremis Kristian yang kian berleluasa dari sehari ke sehari.

Dan kalaulah keputusan ini kekal, pastinya ada satu perubahan besar akan berlaku. Dan yang pastinya Nasruddin Tantawi akan menjadi mangsa kemarahan DAP dan PKR!

pejuangmelaka - Walaupun kita PAS atau UMNO tetapi kita adalah ISLAM.. 



SALAM PERJUANGAN !

No comments:

Post a Comment