Sunday, October 23, 2011

Sekilas Penglibatan GPMS di Himpun..


Lagu Rasmi HIMPUN – Selamatkan Akidah






        Barisan kepimpinan GPMS yang hadir pada program Himpun - Selamatkan Akidah bersama kepimpinan GPMS Malaysia. Keberkatan doa dari para sahabat suasana yang panas berubah mendung. Alhamdulillah. Semoga kita terus bersatu bagi menyatukan akidah umat Islam tanpa mengira ideologi politik kerana umat Islam semua adalah bersaudara . 

Dedikasi kepada Tuan Pengerusi GPMS Melaka Encik Marwan bin Abu Kasim.






Selamatkan Akidah 
 
Ayuh kita bersama
Satu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat di cabar
Marilah kita pertahankannya

Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya
Teguh bersama
Dengan keizinan Allah Yang Maha Esa

Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup
Keimanan yang utuh
Tidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasut
Musuh-musuh agama

Mantap Aqidah
Kukuh Agama
Perkasa Ummah
Teguh Negara
Bersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudara

Marilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah
 

Lagu: Isman Hijjaz
Lirik: Atie & edited by Munsyid



Salam Perjuangan !

No comments:

Post a Comment