Tuesday, October 4, 2011

SOKONG Utusan Saman Namewee


SOKONG Utusan Saman Namewee



Kami sebagai blogger menyokong usaha Utusan Malaysia utk menyaman Namewee.

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Jabatan Pengarang Utusan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung kenyataan lucah terhadap organisasi serta wartawan Fauziah Arof yang dikeluarkan oleh Namewee menerusi satu klip video yang tersebar di Internet baru-baru ini.
Laporan polis itu dibuat berikutan tindakan Namewee yang menyalahguna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar Utusan Malaysiaserta mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee... yang disiarkan pada bulan lalu.
Menurut Penasihat Undang-undang, Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan, Mohd. Jefri Daman, penerbitan klip video berdurasi dua minit 43 saat itu telah mengundang komen-komen negatif orang ramai terhadap akhbar dan wartawan berkenaan.



"Tindakan Namewee itu dilihat merendahkan martabat wartawan dan akhbarUtusan Malaysia sebagai rasis, bodoh, menjatuhkan imej syarikat dengan tuduhan melampau serta menggunakan bahasa lucah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 


Memang melampau sangat si anak cina sorang ni. Terlalu biadap memperlekehkan orang Melayu.

No comments:

Post a Comment