Saturday, October 22, 2011

100,000 ahli pelbagai NGO dijangka hadiri Himpun


100,000 ahli pelbagai NGO dijangka hadiri Himpun




Hampir 100,000 ahli daripada kira-kira 3,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka menghadiri Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam di sini, esok.

Menurut Setiausaha Himpun, Aminuddin Yahaya, antara NGO berkenaan adalah Gabungan Wawasan Generasi Felda, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Front Bertindak Anti Murtad, persatuan bekas polis dan tentera, persatuan silat, persatuan Islam, persatuan pelajar dan lain-lain.

Beliau berkata, jumlah tersebut tidak termasuk orang awam yang bukan ahli NGO dan mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

''Kita memang telah membuat persediaan rapi terutama dari segi keselamatan dan pengisian untuk majlis yang akan berlangsung kira-kira empat jam ini.

''Dengan sokongan yang diterima, kata beliau, Himpun yakin sasaran untuk memperkasakan suara umat Islam dalam menegakkan syiar Islam serta mencegah murtad akan tercapai," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

mengenai Himpun, Aminuddin berkata, seramai 1,500 anggota pihak keselamatan dan sekretariat ditugaskan menjaga keamanan.

Jelas beliau, pihaknya juga telah menyiapkan pentas untuk persembahan dan ceramah bagi mengisi majlis yang dijangka bermula pukul 2 petang hingga 6 petang itu.

''Kita telah membuat persiapan di stadium sejak semalam dan kita optimis majlis ini akan berjalan lancar baik daripada segi pengisian mahu pun keselamatan.

''Jadi saya minta semua umat Islam hadir beramai-ramai membawa keluarga bagi memberikan sokongan," katanya.

pejuangmelaka - Saya akan menyertai perhimpunan ini demi menyelamatkan Akidah bangsaku..  Tidak sanggup melihat minoriti 10% mendominasi Agamaku dan mewujudkan Gereja Terbesar ! Selamatkan Islam di Bumi Tercinta ini ..


Salam Perjuangan

No comments:

Post a Comment