Kesan Buruk Akibat Judi
Amalan warisan syaitan cetus porak-peranda dalam masyarakat...
BERJUDI adalah jalan singkat yang salah untuk mengejar kekayaan dan wang ringgit. Judi disebut ‘Al-Maisir’ dalam Bahasa Arab dan ditafsirkan sebagai suatu bentuk permainan beradu nasib, menggunakan wang atau harta benda sebagai taruhan dengan pemenang akan mendapat hasil taruhan berlipat ganda.
Islam menegah umatnya daripada bergelumang dengan perjudian yang ternyata bersifat keji dan amalan warisan syaitan. Selaras dengan firman Allah bermaksud:
“Wahai orang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, mengundi nasib dengan batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?” (Surah al-Maidah, ayat 90-91)
Seseorang yang meraih hasil daripada perjudian, ketahuilah ia sumber haram dan tidak diberkati Allah. Maka, kesan seterusnya terpaksa ditanggung akibat berjudi adalah ahli keluarga sendiri.
Apabila rezeki haram disogok ke mulut isteri, anak dan sebati menjadi darah daging mereka, tidak mustahil kesan negatif akan terserlah sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.
Contohnya, luntur nilai silaturahim sesama keluarga, kehidupan porak-peranda, tiada kepercayaan dan hormat-menghormati, sukar mencapai kejayaan dalam apa juga yang dilaksanakan, terjebak dalam masalah sosial dan sebagainya.

pejuangmelaka - Harap masalah perjudian di Melaka dapat di tangani dengan segera. Banyak laporan yang di terima tentang kewujudan pusat-pusat ini di Melaka yang tumbuh seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Sedih melihat bangsaku menjadi mangsa , orang kampung bergadai maruah dan akhirnya agamaku menjadi sindiran.
Salam Perjuangan !
No comments:
Post a Comment