Saturday, October 1, 2011

Hukum Hudud dari Perspeksi Majlis Peguam


Hukum Hudud dari Perspeksi Majlis Peguam




KUALA LUMPUR: Majlis Peguam pada Jumaat meminta semua pihak supaya menghentikan retrotik masing-masing mengenai pelaksanaan hukum Hudud dengan menyatakan ia tidak boleh dilaksanakan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan rangka kerja perundangan negara ketika ini.
Presidennya Lim Chee Wee berkata hukum Hudud, yakni undang-undang keseksaaan, tertakluk di bawah bidang kuasa Parlimen.
"Undang-undang seperti sedia ada tidak membenarkan pelaksanaan Hudud olehnegeri-negeri. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan negeri menggubal undang-undang mewujudkan peruntukan kesalahan seseorang keluar Islam, yang bertentangan dengan prinsip Islam dan hukuman berkaitan," katanya dalam kenyataan.
Lim berkata kesalahan-kesalahan itu tidak boleh termasuk perkara dalam lingkungan bidang kuasa kerajaan pusat.
"Oleh itu, tidak boleh ada replikasi sebarang kesalahan dalam lingkunganundang-undang persekutuan dengan tahap hukuman yang berbeza hanya bagi orangIslam," katanya. "Malah, undang-undang ini jika digubal seharusnya konsisten dengan kebebasanfundamental yang dijamin kepada semua warga negara termasuk orang Islam di bawahBahagian II Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Lim berkata hukum Hudud, jika dilaksanakan di Malaysia, hanya untuk orang Islam dan tidak untuk bukan-Islam menunjukkan ia bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.
"Ia akan mengakibatkan prosedur bercapah, peraturan keterangan dan hukuman berhubung kesalahan jenayah diaplikasikan kepada orang Islam berbanding bukan Islam.
"Seorang Islam juga akan terdedah kepada dua bentuk pendakwaan atau sabitankesalahan berbeza - satu di bawah Hudud dan satu lagi di bawah Kanun Keseksaan,bercanggah dengan Artikel 7(2) Perlembagaan Persekutuan," katanya.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment