Wednesday, October 26, 2011

“Jangan Dustakan Nabi. Jangan Gunakan Nama Nabi Untuk Pecah-Belah”


 “Jangan Dustakan Nabi. Jangan Gunakan Nama Nabi Untuk Pecah-Belah”



Bercita-cita Menyatukan Umat Islam Di Malaysia.
“Jika kita tidak dapat bersatu padu, umat Islam akan ditimpa bala”
“Jangan gunakan nama Nabi untuk kita berpecah-belah di dalam masjid”

1- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam menyatakan bahawa enakmen murtad  telah wujud sejak 1980 dan pihak yang terlibat boleh didakwa di mahkamah sivil.

Antara negeri yang menguatkuasakan enakmen itu ialah Terengganu, Kelantan, Selangor, Melaka, Kedah, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Perlis.

2- Walaubagaimana pun Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan “Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam” belum cukup kuat bagi membendung gejala memurtadkan umat Islam.

Enakmen itu bukan sahaja tidak menyeluruh, malah hukuman yang dikenakan juga adalah ringan di samping ketidakmampuan jabatan agama Islam negeri dalam aspek siasatan dan tenaga kerja.

“Saya sendiri telah memaklumkan kepada Perdana Menteri mengenai keperluan undang-undang sekatan terhadap gejala dan kegiatan memurtadkan umat Islam dengan berpaksikan Perlembagaan dilaksanakan di peringkat Persekutuan dan dimasukkan dalam undang-undang Kanun Keseksaan,”

“Ia mesti jadi keutamaan. Selepas ini Himpun akan bergerak ke setiap negeri. Kita mahu setiap umat Islam memahami dan menyuarakan bantahan,”
-      Harussani dipetik Bernama.

Sehubungan itu, Harussani berkata amat penting bagi kerajaan melaksanakan deklarasi “10 Tuntutan Himpunan Sejuta Umat (Himpun)” yang berlangsung pada Sabtu lepas 22 Oktober.


Terdahulu ketika berucap merasmikan Surau Mustapha Kamal di Bukit Merah Laketown Resort di sini, Harussani berkata

“Mereka yang menjadikan masjid sebagai tempat bergaduh, mencari pengaruh politik dan mengintip rahsia orang Islam adalah munafik serta fasik”

“Nabi (Muhammad) tidak berpolitik di dalam masjid, baginda menerima wahyu daripada Allah dan menyampaikannya didalam masjid. Jangan dustakan Nabi (Muhammad). Jangan gunakan nama Nabi Muhammad untuk kita berpecah-belah di dalam masjid,”

“Jika itu dibiarkan dan kita tidak dapat bersatu padu, saya khuatir umat Islam akan ditimpa bala, ini yang saya selalu ingatkan. Malangnya ada pihak yang memperlekehkan dan mengatakan bahawa Islam bukan agama yang menyeru supaya umatnya berkumpul dan berhimpun,” .

Beliau juga meminta parti politik dan seluruh umat Islam di negara ini supaya tidak menjadikan fahaman politik sebagai halangan untuk bersatu serta menggadaikan negara dan agama Islam.

2 comments:

  1. entahlah... macam amcam dah berlaku di malaysia skrg nih... jadi fikir fikirlah yg mana bermanfaat dan yg mana merosakkan.. undi ditangan anda..

    layan hbo,axn,starworld,discovery channel, live radio dan lain lain percuma secara online di sini..-->> http://liveradio.super-resources.com

    ReplyDelete