Sunday, August 28, 2011

Allah Maha Berkuasa


Perihal Allah Maha Berkuasa




Allah Maha Kuasa,Makhluk tiada kuasa.

Maha Berkuasanya Allah itu tuan-tuan...tidak mampu dilawan oleh mana-mana kuasa besar di dunia ini.Amerika,Britain,Perancis,China dan Russia tidak mampu melawan Allah Maha Berkuasa.Jika Amerika,Britain,Perancis,China dan Russia memaksa semua negara-negara di dunia ini untuk lawan Allah Maha Berkuasa sekalipun...belum lagi mampu mengalahkan Allah Maha Berkuasa.Jika seluruh negara-negara di dunia memaksa seluruh penduduk bumi sekalipun,amat jauh untuk menggoyangkan kedudukan Allah Maha Berkuasa.Jika seluruh penduduk bumi bergabung dengan seluruh penduduk langit sekalipun,amat jauh untuk menundukkan kuasa Allah yang Maha Berkuasa.Jika seluruh manusia,jin,syaitan dan segala makhluk yang tercipta bergabung tenaga dan fikiran untuk menjatuhkan kekuasaan Allah Maha Berkuasa,amat-amat dan teramatlah jauh untuk menumbangkan kekuasaan-Nya malah kekuatan yang terkumpul tadi amat-amatlah kecil malah lebih kecil dari kekuatan seekor kuman virus selesema.

Maha Berkuasanya Allah itu ya tuan-tuan yang mulia...mampu menciptakan langit tanpa tiang.Jika kejuruteraan piramid yang dicipta oleh makhluk-Nya sekalipun tidak mampu dipecahkan oleh jurutera Jepun dan Perancis...inikan pula langit tanpa tiang yang Allah Maha Kuasa ciptakan dengan teramat mudah.Lihat bagaimana Allah ciptakan semut,semut yang sekecil itu pun tiada mana-mana jurutera dan saintis mampu menciptakan ya tuan-tuan...tiada manusia genius yang mampu menciptakan seekor semut sama seperti Allah ciptakan seekor semut.



Allah Maha Berkuasa cipta segala-galanya.Allah ciptakan manusia.Allah ciptakan haiwan dan tumbuh-tumbuhan untuk jadi keperluan dan khidmat pada manusia.Allah Maha berkuasa beri rezeki kepada manusia.Tiada manusia yang mampu beri rezeki sama seperti Allah beri rezeki pada dia.Allah beri rezeki bukan sahaja pada manusia,malah Allah uruskan rezeki manusia,jin,haiwan dan tumbuh-tumbuhan.Ulat dalam batu Allah beri rezeki.Kuman dalam kolam Allah berkuasa beri rezeki.

Maha berkuasanya Allah itu tuan-tuan...tidak mampu dilawan oleh mana-mana senjata yang dikatakan berkuasa di dunia.Pistol tidak boleh lawan Allah tuan-tuan.AK-47 tidak boleh lawan Allah tuan-tuan.Machine gun tidak boleh lawan Allah tuan-tuan.Bazooka tidak boleh lawan Allah tuan-tuan.Bom Atom amat jauh sekali melawan kekuasaan Allah tuan-tuan.Ancamlah Allah dan marah sekuat mana pun...ALLAH TETAP MAHA BERKUASA.



Maha Berkuasanya Allah itu tuan-tuan...tidak mampu dicabar oleh mana-mana presiden yang berkuasa sekarang.Barrack Obama tidak mampu mencabar Allah Maha Kuasa.David Cameron tidak mampu cabar Allah Maha Kuasa.Dmitriy Medvedev tidak boleh cabar Allah Maha Kuasa.Ma Ying-Jeou langsung tidak berupaya melawan kuasa Allah Maha Berkuasa.Mereka teramat lemah untuk cabar kuasa Allah Maha Kuasa tuan-tuan...jika semua mereka-mereka ini hantar pasukan-pasukan tentera lengkap bersenjata untuk lawan kuasa Allah...tidak layak satu pasukan pun dihantar untuk lawan mereka...seekor nyamuk aedes yang kecil Allah boleh hantar untuk gigit batang hidung mereka.Barrack Obama boleh menggigil sakit demam denggi berdarah dan mati katak begitu sahaja.Apatah lagi David Cameron,Dmitri Medvedev dan Ma Ying-Jeou.Allah Maha Kuasa bila-bila masa boleh cabut nyawa mereka.




 Allah Maha Kuasa tuan-tuan...tetapi ramai orang tidak tahu betapa Maha Kuasanya Allah itu.Jika manusia tahu betapa Maha Berkuasanya Allah ya tuan-tuan yang mulia...sudah tentu setiap perintah dan larangan Allah,manusia akan patuh sepatuh-patuhnya.Manusia akan tahu betapa berkuasanya Allah bila nyawa sampai ke tenggoroknya.Sampai saat itu,baru manusia sedar DAN TERAMAT-AMAT SEDAR bahawa betapa MAHA BERKUASANYA ALLAH.

Manusia tidak akan kejar HARTA,TAKHTA DAN WANITA bila manusia tahu BETAPA KUASANYA Allah mencukupkan segala keperluannya.Hari ini ada orang kejar harta kerana baginya HARTA AMAT BERKUASA beri dia kesenangan.Hari ini ada orang kejar takhta kerana baginya TAKHTA AMAT BERKUASA beri dia kesenangan.Hari ini ada orang kejar wanita kerana baginya WANITA AMAT BERKUASA beri dia kesenangan.Tetapi bila harta,takhta dan wanita pergi...kesenangan dia pun pergi.JIKA MANUSIA TADI KEJAR ALLAH YANG MERUPAKAN SUMBER KESENANGAN,maka manusia akan dapat KEBAHAGIAAN YANG KEKAL ABADI.Sebab tuan-tuan ada orang yang punya harta yang banyak..tetapi setiap hari hatinya risau jaga hartanya,takut-takut ada perompak merampas hartanya.Ada orang yang duduk atas takhta dan jadi raja,tetapi hatinya gundah gulana takut-takut ada orang rampas takhtanya.Ada orang yang punya isteri cantik tetapi setiap hari hatinya tidak tenang,takut-takut ada orang rampas isterinya.

Sebab apa tuan-tuan?SEBAB ALLAH MAHA BERKUASA BERI KESENANGAN!

Adakah kita mahu faham betapa berkuasanya Allah sekarang atau ketika nyawa sampai ke tenggorok?Pilihlah tuan-tuan yang mulia.



Maha Berkuasanya Allah itu tuan-tuan yang mulia...tidak mampu dikalahkan mana-mana makhluk.Jika Barrack Obama kata dia amat berkuasa...satu hari dia akan mati.Jika anda kata Superman amat berkuasa,Superman akan mati kena cahaya kristal.Jika anda kata Ultraman amat berkuasa,Ultraman akan mati bila mentol di dadanya tetap menyala lebih dari 3 minit.Jika anda kata Terminator amat berkuasa,Terminator akan mati bila direndam dalam tangki penuh dengan besi cair yang panas.Inikan pula saya dan tuan-tuan yang mulia,yang boleh mati akibat seekor nyamuk,malah seekor kuman yang amat kecil.


Jadi tuan-tuan yang mulia...


Siapa paling berkuasa?Siapa yang Maha Berkuasa?Siapa yang paling besar kuasanya?
Sharing is caring.. "Sampaikan dakwah walaupun sepotong ayat"
Harap share di facebook atau twitter anda.. Salam Perjuangan..

No comments:

Post a Comment