Video mengagumkan lohong hitam menelan sebutir bintang
Pada akhir Mac 2011, satelit Swift NASA mengesan satu tenaga yang kuat dan luar biasa dari sumber yang baru dalam gugusan bintang Draco. Mereka kemudian sedar bahawa sumber, yang kini dikenali sebagai Swift J1644 57, adalah hasil daripada peristiwa yang benar-benar luar biasa; kebangkitan lubang hitam yang tidak aktif yang sedang menyedut dan membaham sebutir bintang. Galaksi tersebut sangat jauh hinggakan radiasi daripada letupan itu telah mengembara sejauh 3.9 bilion tahun sebelum sampai ke Bumi.
Video di bawah hanyalah sebuah animasi simulasi berdasarkan kejadian lohong hitam yang dikesan oleh satelit tersebut.
Lohong hitam terbentuk daripada bintang yang telah mati dan mengalami proses pemampatan graviti yang sangat hebat dan akan menyedut segala jisim yang berhampiran sama ada bintang, bulan atau planet. Begitukah rupa akhir zaman?

No comments:
Post a Comment