Saturday, August 27, 2011

Kenali Malaikat



Malaikat


Malaikat tidak terkira banyaknya , tetapi daripada Al - Quran terdapat sepuluh malaikat yang patut diketahui ...

Makhluk halus yang dijadikan oleh Allah daripada cahaya ( Nur ) yang tidak kelihatan oleh Manusia. , pekerjaan mereka adalah sentiasa mengucap tasbih dan tidak pernah mengingkari perintah dan larangan tuhan.

  • Jibril

Ketua segala malaikat . di tugaskan membawa wahyu kepada rasul

  • Mikail

Malaikat yang ditugaskan untuk menurunkan sesuatu yang berkaitan rezeki seperti mengatur angin, kesuburan tanah dan sebagainya

  • Israfil

Malaikat yang di tugaskan meniup shur ( trompet ) di hari Akhirat . Tiupan pertama, membinasakan keseluruhan alam Dan tiupan kedua akan membangkitkan dan menghidupkan kembali kembali makhluk

  • Izrail

malaikat maut , ditugaskan mecabut nyawa makhluk

  • Raqib dan Atid

Malaikat yang diberikan tugas untuk mencatat amalan baik dan keburukan yang dilakukan oeh manusia di dunia ini. selepas kematian manusia segala laporan amalan akan disimpan untuk dihitung kemudian hari.

  • Munkar dan Nakir

Diberikan tugas untuk menyoal manusia yang telah Mati di alam kubur ( barzah )

  • Ridwan

Malaikat yang diberi tugas untuk menjaga syurga dan nikmatnya.

  • Malik

Malaikat yang diberi tugas menjaga neraka.

No comments:

Post a Comment