Saturday, August 27, 2011

Kisah buat Renungan..





Alkisah, maka tersebut lah sebuah cerita di zaman Nabi Sulaiman. Ada pun pada masa itu, akan berlakulah sebuah pilihanraya untuk memilih Penghulu hutan. Dan berebut-rebutlah diantara binatang-binatang didalam hutan untuk mencari pengaruh, supaya dapat dipilih menjadi Penghulu.
Seekor burung nuri datang berjumpa Nabi Sulaiman. “Salam Tuan. Saya ingin menyampaikan berita sedih. Ada pun pada masa ini, cuaca sangat lah sejuk dan saya merasa sangat kasihan melihat beruk-beruk dihutan menggigil kesejukan. Kesian beruk-beruk tu. Saya mencadangkan supaya kerajaan Tuan dapat menyediakan satu projek perumahan untuk beruk-beruk miskin ini.”
“Tapi bukankah beruk-beruk ini sememangnya tinggal dihutan tanpa rumah?” tanya Nabi sulaiman.
“Betul Tuan. Tapi bukankah lebih baik kalau kita dapat meningkatkan taraf hidup beruk-beruk ini dengan menyediakan tempat tinggal tetap?” kata burung nuri.
Nabi Sulaiman bersetuju.” Tapi, nak buat rumah mengambil masa yang lama. Kita boleh masukkan dalam Rancangan Jangka Panjang kita. Tapi kamu kena cari jalan untuk menyelesaikan masalah beruk-beruk dalam jangka pendek. Masalah kesejukan ini boleh diatasi dengan menyalakan api untuk memanaskan diri mereka.” Kata Nabi Sulaiman.
Burung nuri pun terbang kekawasan dimana beruk-beruk itu berada dan memberitahu kepada beruk-beruk tersebut tentang dasar-dasar kerajaan Nabi Sulaiman. Burung nuri juga memberitahu tentang pelan jangka panjang Nabi Sulaiman. Dan akhirnya burung nuri memberitahu penyelesaian jangka pendek iaitu menyalakan api.
“Api tu macam mana?” tanya seekor beruk.
Burung nuri garu kepala ”Api tu sejenis benda yang bercahaya dan boleh mengeluarkan haba panas.”. katanya sambil beredar dari situ. Lagi banyak yang ditanya oleh beruk tu nanti…lagi susah nak jawab.
Berruk-beruk mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan burung nuri. Selepas itu, mereka pun keluar mencari api.
Beruk-beruk ini ternampak kelip-kelip sedang terbang sambil mengeluarkan cahaya. Beruk-beruk ini menyangkakan bahawa kelip-kelip itu adalah api. Mereka pun beramai-ramai bergotong royong menangkap kelip-kelip. Dah jadi macam satu pesta.
Selepas menangkap kelip-kelip tersebut, beruk-beruk itu mengumpulkannya disatu akwasan lapang…dan untuk memastikan “api” itu tidak mati atau terbang ditiup angin, beruk-beruk itu menutup kelip-kelip yang ditangkap dengan daun-daun kering. Selepas itu, mereka beramai-ramai mula meniup kelip-kelip tersebut dengan harapan ianya akan menyala.
Seekor burung punai memerhatikan gelagat beruk-beruk ini dan kerana merasa simpati…burung punai pun menghampiri beruk-beruk itu.
“Apa yang kamu semua buat tu?” tanya burung punai kepada beruk-beruk tersebut.
“Kami sedang menyalakan api. Cukup bagus api ini…belum menyala pun kami sudah mula terasa panas.” Kata salah seekor dari beruk tersebut.
“Apa yang bercahaya dalam timbunan daun-daun itu?” tanya burung punai lagi.
“Itulah api.”
“Apa yang kamu buat ni salah. Yang itu bukan api…tapi kelip-kelip. Ia tidak akan menyala dan tidak dapat memberikan kepanasan.” Kata burung punai.
“Hey bodoh!” kata beruk satu lagi. “Kamu tak percaya hadis Nabi Sulaiman? Nabi Sulaiman kata bahawa yang bercahaya itu ialah api. Kami juga sudah dapat merasakan kepanasan sekarang. “ kata beruk itu lagi.
“Salah tu. Jangan jadi bodoh. Bukan semua yang bercahaya itu api. Dan kepanasan yang kamu rasakan sekarang bukanlah dari kelip-kelip itu…tapi kerana pergerakan kamu. Dan apabila kamu semua duduk rapat-rapat beramai-ramai, maka badan kamu juga mengeluarkan haba. Itu sebab kamu rasa panas.” Kata burung punai.
Mendengar kata-kata burung punai yang mengatakan beruk-beruk itu bodoh..salah seekor dari beruk tersebut terus menangkap burung punai tersebut dan menghempaskannya kebatang pokok.
Kesian burung punai kerana menemui ajalnya dibatang pokok.
Siapa yang bodoh?

Sharing is caring.. "Sampaikan dakwah walaupun sepotong ayat"
Harap share di facebook atau twitter anda.. Salam Perjuangan.

No comments:

Post a Comment