KHIANAT
Perbuatan khianat sesama manusia adalah lahirnya dari sifat-sifat kesyaitanan yang dipupuk oleh syaitan yang menghuni di qalbi setiap insan. Haruslah diketahui bahawa dari sudut pandangan Ilmu Ma'arifah bahawa syaitan itu duduknya bermastautin di qalbi setiap insan. Dan apabila kita sedar bahawa syaitan itu duduknya di qalbi maka senanglah kita mengenalpasti bisikan-bisikan kesyaitanan yang mengarah kepada:
- menghasut supaya diri kita melakukan perbuatan mungkar/engkar dalam Sistem Kehidupan Duniawi.
- menghasut supaya mengkafiri perintah dan larangan ALLAH Ta'ala dalam Akidah dan Ibadah Agama.
- menghasut supaya mensyirikkan ALLAH Ta'ala dengan idola-idola dan sesembahan-sesembahan lain samada dari jenis makhluk (manusia atau jin atau haiwan) atau objek (sesuatu yang tidak bernyawa) atau kekuasaan (pemerintah sesat, thaghut perosak ibadah, kerajaan kuku-besi, kuasa undang-undang zalim dsb.).
Khianat adalah suatu perbuatan yang berniat serong ke arah matlamat menganiaya seseorang yang lain samada secara fizikal (penderaan jasad), mental (penderaan jiwa) atau spiritual (penderaan ruhani).
Perbuatan khianat oleh seseorang terhadap seseorang lain yang mukminin yang benar-benar beriman dan menuruti Sirrat-al-Mustaqim dan menghalang seseorang mukminin dalam FISABILILLAH, bolehlah dianggap sebagai memusuhi Agama ALLAH iaini Islam dan memusuhi juga ALLAH, memusuhi juga Rasul-Nya serta memusuhi juga para Malaa'ikat-Nya.
Seseorang Islam yang berkhianat terhadap seseorang Islam yang lain telah nyata melanggar hak batasan seseorang mukmin yang telah ditentukan ALLAH dalam Al-Qur'aanun Mubinun dan hukumnya ialah Kafir kepada Al-Qur'aan dan seterusnya Kafir kepada ALLAH dan Kafir juga kepada Hari Pembalasan.
Seseorang Islam yang khianat kepada masyarakat Islam dalam sesuatu Qariah (negeri) secara Tanpa Haq (dengan Kebathilan) maka jatuhlah hukum ke atasnya sebagai Pengkhianat Agama yang dibahasakan ALLAH Ta'ala sebagai Orang Munafikun. Iaitu seseorang yang mengakui Islam tetapi di sebaliknya memusuhi Agama Islam dan kafir kepada Al-Qur'aan, kafir kepada ALLAH serta kafir kepada Rasul dan Hari Qiyamat (Hari Kebangkitan Semula). Orang-orang munafik yang mengakui Islam ini (tetapi memusuhi Islam) lebih mendatangkan mudarat kepada Agama ALLAH berbanding orang-orang Musyrik yang jelas zahirnya memusuhi Agama ALLAH Ta'ala. Peribahasa Melayu yang menggambarkan sifat-sifat Munafik ini amat jelas pada ungkapan-ungkapan berikut:-
Duri Dalam Daging
Api Dalam Sekam
Gunting Dalam Lipatan
Musuh Dalam Selimut
Harap Pagar, Pagar Makan Padi
Sifat-sifat munafik ini amat berbahaya dalam masyarakat Islam ajma'in kerana sifat keperpuraan mereka yang mahukan kehancuran Agama ALLAH dari suatu sudut yang tersembunyi. Kaum munafik ini telah lama muncul semenjak zaman Anak Adam (diperkisahkan melalui Habil dan Qabil), semenjak zaman Nabi-nabi Terdahulu, semenjak zaman Nabi Muhammad dan sehinggalah di Akhir Zaman sekarang. Ini disebabkan kesombongan yang dihasut oleh syaitan dalam qalbi yang sentiasa menghasut seseorang insan yang lupa akan ketaqwaan terhadap ALLAH lalu terjerat dalam perangkap syaitan yang menghasut supaya memusuhi ALLAH dan mendustai Kalam ALLAH Ta'ala berupa Kitab-kitab Wahyu dari-Nya.
Bahayanya kaum munafik ini ialah mereka boleh meresap dalam kepimpinan (imamah) Pemerintahan sesuatu qariat, menyusup masuk dalam kepimpinan (imamah) sesuatu Ummah.
Kita telah perhatikan kehancuran Ajaran Agama Islam Nabi 'Musa kerana ajarannya telah diselewengkan secara hukum syariat kepada Ajaran Yahudi dan kita telah perhatikan kehancuran Agama Islam Nabi 'Isaa yang ajarannya telah diputarbelitkan secara akidah serta ibadah menjadikan ia Ajaran Nasrani. Semua ini didalangi oleh syaitan-syaitan yang bertopengkan orang-orang 'alim dalam agama (pendita dan rahib) yang menyesatkan isi-isi Kitab Tawrat dan Injil Yang Qodim (Yang Asal) kepada Old & New Testament.
Ini tidak lain tidak bukan ialah perbuatan Khianat Terhadap Agama ALLAH Yang Qodim yang diturunkan melalui Kitab-kitab Wahyu yang disampaikan oleh Para Nabi dan Rasul Yang Di Utus kepada seluruh umat manusia yang berbahasa lisan masing-masing.
Perbuatan "khianat" ini jelas berbeza dengan "perang" kerana "khianat" dilakukan secara semnbunyi manakala "perang" dilakukan secara terbuka. Maka "khianat" berupaya merosakkan Agama dan Masyarakat pada darjah yang lebih serius iaitu secara Kerosakan Dari Dalaman Secara Senyap seperti Sel-sel Kanser yang memusnahkan Sel-sel Normal secara senyap lalu sedar-sedar penyakit menjadi serius dan tidak dapat diikhtiarkan untuk sembuh lagi.
Dalam Peperangan Taktikal Tentera Salib menjarah bumi Islam, para Pengkhianat Dalaman ini diupah atau dirasuah untuk mencetuskan rampasan kuasa terhadap Kekhalifahan/Kesultanan Islam dan membuat kacau bilau dalam sesuatu qariat (negeri) lalu berlakulah peperangan saudara dan kemusnahan dalaman pada sesebuah negeri/negara Islam yang hendak dijajah.
Dalam Peperangan Taktikal Moden, para Pengkhianat Dalaman ini digelar sebagai "Saboteur" yang menjalankan misi-misi sabotaj supaya kekuatan dalaman sesuatu pasukan menjadi lemah ataui musnah.
Dalam Kehidupan Bermasyarakat sesuatu Bangsa, para Pengkhianat Dalaman ini digelar Pengkhianat Bangsa yang belot kepada musuh yang melancarkan peperangan terhadap penaklukan sesuatu bangsa.
Dalam Kehidupan Bermasyarakat Beragama Islam, para Pengkhianat Dalaman ini digelar Munafikun yang memusuhi ALLAH Ta'ala dan Agama-Nya serta memusuhi para Rasul-Nya dan hukuman atas Munafikun ini ialah "Perangi dan Bunuh". Ini berdasarkan Firman ALLAH Ta'ala yang bermaksud berikut:
"Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan, sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itulah orang-orang yang fasik. (QS. At-Tawbah 9:67)
"Hai Nabi, berjihadlah (membunuh) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka ialah neraka Jahannam. Dan itulah tempat kembali yang seburuk-buruknya". (QS. At-Tawbah 9:73)
"Maka mengapa kamu (terpecah) menjadi dua golongan dalam (menghadapi) orang-orang munafik, padahal Allah telah membalikkan mereka kepada kekafiran, disebabkan usaha mereka sendiri? Apakah kamu bermaksud memberi petunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan Allah? Barangsiapa yang disesatkan Allah, sekali-kali kamu tidak mendapatkan jalan (untuk memberi petunjuk) kepadanya. Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka). Maka janganlah kamu jadikan di antara mereka penolong-penolong, hingga mereka berhijrah pada jalan Allah. Maka jika mereka berpaling , tawan dan bunuhlah mereka di mana saja kamu menemuinya, dan janganlah kamu ambil seorangpun di antara mereka menjadi pelindung, dan jangan (pula) menjadi penolong, kecuali orang-orang yang meminta perlindungan kepada sesuatu kaum, yang antara kamu dan kaum itu telah ada perjanjian (damai) atau orang-orang yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa keberatan untuk memerangi kamu dan memerangi kaumnya . Kalau Allah menghendaki, tentu Dia memberi kekuasaan kepada mereka terhadap kamu, lalu pastilah mereka memerangimu. Tetapi jika mereka membiarkan kamu, dan tidak memerangi kamu serta mengemukakan perdamaian kepadamu maka Allah tidak memberi jalan bagimu (untuk menawan dan membunuh) mereka". (QS. An-Nisa 4:88-90)
ALLAH Ta'ala telah berfirman dengan jelas bahawa golongan munafik ini amat merosakkan Agama ALLAH atas kesesuaian hukuman yang berat (perang dan bunuh di mana saja mereka ditemui) untuk mereka.
Apabila kita lalai dalam mengingati Ayat-ayat Tuhan lalu gagal untuk mengenalpasti sifat-sifat munafik oleh golongan munafik yang pandai bersembunyi di sebalik Keislaman Palsu mereka maka tidaklah menjadi suatu kehairanan apabila golongan munafik ini menerajui pemerintahan sesebuah negara Islam atau menjadi pemimpin-pemimpin (para imam) dalam menyesatkan sebahagian besar ummah. MEREKA INI DIGELAR DAJJAL PENGKHIANAT AGAMA DAN PEROSAK PENGHIDUPAN!
Adalah tidak menjadi perkara yang patut dihairani jika isteri kita, suami kita atau saudara kita atau jiran kita menjadi sebahagian dari Golongan Munafik kerana mereka lalai dalam mengingati Ayat-ayat ALLAH Ta'ala dan kita lupa bahawa syaitan sentiasa menghasut dari suatu tempat yang tersembunyi di qalbi setiap insan. Hal ini telah dikisahkan melalui isteri Nabi Lut dan anak-isteri Nabi Nuh dan mereka ini berpura-pura Islam sebaliknya menjadi MUSUH DALAM SELIMUT dan GUNTING DALAM LIPATAN.
Celaan ALLAH Ta'ala ke atas orang Munafik yang bertopengkan Islam yang membentuk Al-Ahzaab Pengkhianat Agama.
Akhirnya saya coretkan suatu ilmu dari amalan Ilmu Ruh Selendang Merah khuisus untuk memohon dari ALLAH Ta'ala supaya MENJAUHI DIRI KITA DARIPADA KHIANAT MANUSIA DAN MINTA MENGENALI SIAPAKAH ORANG YANG HENDAK BERBUAT KHIANAT.
بسم الله الرحمن الرحيم
بِسْمِ اللهِ الشَّافِيْ, بِسْمِ اللهِ الْكَافِيْ, بِسْمِ اللهِ الْمَعَافِيْ, بِسْمِ اللهِ الْوَافِيْ, بِسْمِ اللهِ رَبِّ السَّمَوَاتِ وَالْاَرْضِ, بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لَاَيُضّرُمَعَ اَسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْاَرْضِ وَلَاَ فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
بِسْمِ اللهِ الشَّافِيْ, بِسْمِ اللهِ الْكَافِيْ, بِسْمِ اللهِ الْمَعَافِيْ, بِسْمِ اللهِ الْوَافِيْ, بِسْمِ اللهِ رَبِّ السَّمَوَاتِ وَالْاَرْضِ, بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لَاَيُضّرُمَعَ اَسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْاَرْضِ وَلَاَ فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
(3X BISMILLAH TUJUH)
يَا مَكَسَلْمِينَا, تَمْلِيْخَا, مَرْطُوْنُسْ, سَارِبُوْنُسْ, ذُوْنَوَانُسْ, نَيْنُوْنُسْ, فَلْيَسْتَطْيُوْنُسْ, قِطْمِيرْ, بِرَحْمَتِكَ يـَـــــــا أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
(3X BACAAN)
اِلَى حَضَرَةٍ شَيِغْ سَبْعَةٌ وَثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْ شَيْءٌ لِلَّهِ لَهُمُ الْفَاتِحَهْ
(3X BACAAN)
Hadiahkan Al-Fatihah kepada Ashabul Kahfi
(1x AL-FATIHAH)
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَـــــاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا.
(QS. Al-Kahfi 18:110)
(1x BACAAN)
MANASIK/TATACARA:
NIAT DALAM HATI "YAA ALLAHU SELAMATKAN-KU, KELUARGA-KU DAN HARTA BENDA-KU" DAN MINTA ALLAH TA'ALA BERITAHU BARANGSIAPA YANG HENDAK MENGANIAYAI AKU. DIAMALKAN SETIAP HARI SEHINGGA SEDARAH SEDAGING. NESCAYA ALLAH TA'ALA AKAN SELAMATKAN DARI KHIANAT, TUNJUKKAN PENGKHIANAT DAN MUSNAHKAN PENGKHIANAT YANG CUBA BERKHIANAT.
Selamat Hari Kemerdekaan Ke 54.. Salam Perjuangan
Sharing is caring.. "Sampaikan dakwah walaupun sepotong ayat"
Harap share di facebook atau twitter anda.. Salam Perjuangan..
No comments:
Post a Comment