Saturday, August 27, 2011

Bantuan PTPTN: Terlupa Kata Laluan


Talian Bantuan, Aduan dan Pertanyaan PTPTN
Ramai pemohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang mengalamimasalah dengan akaun mereka mencari bantuan di Internet. Paling kurang mencari jawapan kepada masalah mereka. Semalam, salah seorang pemohon menghantar SMS kepada saya meminta bantuan. Daripada SMS yang diterima, nampaknya seperti terdesak.
Masalah yang saya nampak dalam situasi ini ialah kata laluan yang digunakan adalah silap. Jadi, anda boleh menggunakan kemudahan ‘Terupa Kata Laluan‘ untuk set semula kata laluan anda. Jika masih tercari-cari dimana letaknya pautan tersebut, anda boleh klik di sini untuk set semula kata laluan PTPTN.
Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan, anda mempunyai beberapa cara untuk menghubungi PTPTN seperti:
  • Soalan-Soalan Lazim PTPTN (FAQ) [Lancar]
  • Telefon Hotline PTPTN di talian +6.03-2080 4455
  • Borang Aduan dan Maklumbalas PTPTN Online [Lancar]
  • Info Centre PTPTN di Damansara atau KL Sentral
Jika anda mempunyai masalah ketika menerima e-mail daripada PTPTN, pastikan anda menambah webmaster@ptptn.gov.my dan webmaster@mx3.ptptn.gov.my di dalam buku alamat emel (Contact List E-mel) dan perlu klik webmaster@ptptn.gov.my dan webmaster@mx3.ptptn.gov.my sebagai bukan SPAM.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment