Saturday, August 27, 2011

QPR MUNGKIN BAWA MASUK SAFEE SALI DAN KHAIRUL FAHMI






QPR MUNGKIN BAWA MASUK SAFEE SALI DAN KHAIRUL FAHMI | KBS SEDIA BEKERJASAMA DENGAN QUEENS PARK RANGERS (QPR)|

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia mengkaji jalinan kerjasama dengan kelab Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) yang dimiliki Tan Sri Tony Fernandes untuk program pembangunan bola sepak negara sekiranya kelab tersebut mempunyai akademi latihan yang baik.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ini kerana terdapat sesetengah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) hanya mempunyai pemain terbaik yang dibeli dari luar seperti kelab Manchester United dan Chelsea. Ahmad Shabery berkata demikian sebagai mengulas saranan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada Fernandes agar tidak melupakan bola sepak negara ini sekalipun akur QPR merupakan hak teraju bersama syarikat induk penerbangan AirAsia itu.

Ahmad Shabery berkata beliau sendiri sebelum ini telah berjumpa dengan Datuk Kamarudin Meranun, yang kini menjadi ahli lembaga pengarah kelab QPR untuk membincangkan bentuk kerjasama yang boleh dijalankan untuk membantu pembangunan bola sepak negara.


Jika kerjasama ini menjadi, bukan sahaja Khairul Fahmi atau Safee Sali sahaja dapat peluang menimba pengalaman disana. Malah ramai lagi pemain muda akan dapat peluang untuk berlatih dan diberi pendedahan dipentas eropah.

No comments:

Post a Comment