Wednesday, August 31, 2011

Ilmu Peperangan


Ilmu Sabil



ILMU SABIL


Bab 1: Usul Sabil, Kebal Sabil dan Senjata Sabil



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

ALLAH haynu, sijaa laynu!

Insan kami di dalam dakwat NURULLAHU!

Nur Muhammad dalam sifat FAKHULLAHU!

Kebai aku bukanlah aku Kebai diriku yaa Rasul ALLAH!

Aku tahu akan isi aku tetap Teguh!

Tetap Seni Raa senjatakan aku!

Berkat guruku, 'insya ALLAH!

Berkat dalam kandung kalimat ALLAH!

Nabi Muhammad yaa Rasul ALLAH!

ALLAH yang memberi berkat!

Nabi Muhammad memberi Cahaya!

Cahaya Nur, Cahaya Muhammad!

Cahaya bangkit yaa Rasul ALLAH!

Fa'alamnahu...."laa ilaha illa Allahu, laa ilaha illa Allahu, laa ilaha illa Allahu...
(zikir tahlil laa ilaha illa Allahu ini sebanyak yg boleh, selama yg kuasa, sehingga peluh sejuk, meremang bulu roma dan timbul bintil-bintil pada liang roma).

Kemudian sebut:
Ya ALLAH ya Tuhan aku! Yang aku tuntut ilmu Kebai diri aku! Aku nak lawan musuh Nabi!!!


Nota:
1.     Ayat-ayat bertulisan hitam di atas diamalkan bila-bila masa setiap masa sehingga sebati dalam diri.
2.     Sila Rujuk Makrifat bagi kalimat-kalimat di atas dalam Al-Qur’aan.




Bab 2: Amalan Zikir Sabil Sewaktu Subuh


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ قَدْطَ قَدْهِلَتِيْ اَدْرِكْنيِ يَا رَسُولُ الله
(Salawat 300 X)


يَا ذَ الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامَ
(Zikir 125 X )




Bab 3: Amalan Sabil, Waktu Hendak Turun Pijak Tanah Pergi Berperang


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

1.     Syarat yg pertama - Mesti ada air sembahyang (elok buat sembahyang sunat 2 rakaat dahulu)

2.     Syarat yg kedua - Membaca Surat Yaa-siiiiin sekali dan minum airnya.
Caranya:
a.     Baca ‘aauzubi-Allahi min assyaithanirrajim…tiup dalam segelas air.
b.    Baca Bismi AllahirRahmaanirRahiim..tiup dalam gelas air.
c.     Baca Surat Yaa Siiiiin Ayat 1 – 83, tiup setiap kali dalam gelas
d.    Minum airnya sambil niat dalam hati mohon ALLAH beri kekuatan dan pertolongan.
e.     Jika berjamaah, maka boleh dibacakan Yaa-Siiin cara berjamaah dan hembus ke dalam takungan air yang lebih besar lalu dikongsi minum bersama.
   
3.     Syarat yg ketiga – Jangan tamak harta dunia melainkan senjata sahaja yg boleh dirampas daripada musuh. Harta musuh yang kalah perang di tangan kita (selain senjata) jangan di usik. (Pengajaran dari Perang Uhud yang mana Tentera Islam kalah kerana pecah barisan akibat tamakkan harta dan kaum wanita yang musuh bawa sebagai umpan)

4.     Syarat yg keempat - Membaca ayat ini 10X ketika sedang di atas rumah atau sebelum turun pijak ke tanah.

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Lā 'Ilāha 'Illā 'Anta Subĥānaka 'Innī Kuntu Mina Až-Žālimīn
10 X baca

(Nota: Wirid Berserah oleh Dhā An-Nūn yang di ambil daripada penghujung Ayat 87, Surat Al-Anbiya
Terjemahan: “Tiada lain yang berhak melainkan Engkau! sesungguhnya aku ini telah menjadikan diriku sendiri dari orang yang zalim.)


5.     Syarat yg kelima - Membaca ayat ini 33X, waktu turun dari rumah (mula pijak tanah) sehingga sampai kepada musuh. Baca lebih tak mengapa, tetapi baca terkurang tak boleh. Misalnya jika kita berada di Kota Bharu tetapi hendak berperang di Johor, maka di baca sepanjang perjalanan menaiki kenderaan pun tak mengapa. Misalan lain jika musuh amat hampir, misalnya tentera musuh berkumpul di depan rumah, bacalah di depan muka pintu sahaja.

وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَىٰ أَمْرِهِ
Wa Allāhu Ghālibun `Alá 'Amrihi
33 X baca

(Nota: Zikir Ism-ul-Adhom ini oleh Nabi Yūsuf yang di ambil dari Ayat 21, Surat Yūsuf.
Terjemahan:  “Dan ALLAH-Dia, Satu-Satu-Nya Yang Mengatasi di atas segala Perintah-Nya ini”)



6.     Syarat keenam - Membaca Zikir ini ketika telah berada di Medan Perang. Dibaca zikir ini sebanyak yang mampu seketika melihat bilangan musuh sedang bertambah ramai. Juga boleh dibaca depan muka pintu kalau musuh terlalu dekat dengan rumah.

يَا ذَ الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامَ
Yaa Dh Al-Jalāli Wa Al-'Ikrāma
(Sebanyak yang mampu)


(Nota: Zikir Isim ALLAH ini asalnya di ambil dari Ayat 27 dan 78, Surat Ar-Rahmaan. Perkataan “Dhū” dan Dhidiganti dengan “Dh” atas sebab ma’arifah sabdaan Nabi dan bahasa.
 Dhū: Pemilik-Itu (jauh)
Dh: Pemilik-Ini (amat dekat)
Terjemahan: “Wahai Pemilik-Ini Segala Kehormatan (Maruah)  dan Kemuliaan ini”   
Kehormatan (Jalal) berbeza dengan Terhormat (Majid). Bermaksud kemenangan dalam FisabiliLLAH menaikkan maruah Agama ALLAH.
Yaa: Wahai, ditambah supaya menunjukkan seruan kepada ALLAH, bagi menyokong perubahan Dhū kepadaDh. Bahawa kita masih menyeru ALLAH tetapi ALLAH berada amat dekat memerhatikan agar kita menang.

Dari Anas:
Bahawa Rasul ALLAH bersabda: "Zikir dengan kerap: `Yaa Dh al-Jalali waal-Ikram!" [At-Tirmidhi]

7.     Syarat Ketujuh - Baca Bismi Allāhi Ar-Raĥmāni Ar-Raĥīmi dan mulai berlawan dengan musuh.


ALHAMDULILLAHI RABB UL’ALAMIIN.
 Aku perturunkan kepada sesiapa untuk diamalkan atau untuk diperkembangkan kerana sebarang ilmu yang tidak diperkembangkan hanyalah sia-sia untuk pengamalnya dan lagi barang sesiapa yang menyembunyikan ilmu dari Ayat-ayat Al-Qur’aan nescaya ia akan dilaknat oleh semua makhluk yang boleh melaknat.

Ijazah Mutlaknya menjadi atau tidaknya ilmu ini semata-mata dari ketentuan milik ALLAHU RABB UL’ALAMIIN.

ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR!
WA LILLAHI AL-HAMD!



Sharing is caring.. "Sampaikan dakwah walaupun sepotong ayat"
Harap share di facebook atau twitter anda.. Salam Perjuangan..

No comments:

Post a Comment